19.9.11

Keputusan Pertandingan Khat di Plaza Angsana

Semalam 18hb September 2011 telah berlangsung Pertandingan Seni Khat Terbuka di Plaza Angsana Johor Bahru, ramai jugak yang masuk. rasanya ada dalam 80> peserta. dan ramai yang hebat-hebat bertanding. Untuk kategori terbuka 15 tahun ke atas, khat yang dipertandingkan ialah khat Thuluth dan peserta perlu menulis Surah al-Fatihah dalam masa dua jam. Menurut kata Ustaz Jainal Sakiban, Pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Johor, markah akan diambill kira dari segi kaedah sahaja jadi zukhruf hanya yang ringkas sahaja. Hakim pertandingan selain Ustaz Jainal ialah Ustaz Zamri Amid dan Ustaz Asrak Osman.


Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat keempat. Johan ialah Ust Syukri, naib johan Ust Rumaja (SMKA Segamat). Ok la jugak sebab saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Akan datang saya akan perbaiki lagi insyaAllah.