15.11.11

Bengkel Seni Khat SK Tengku Mahmood Iskandar 1 Pontian

PONTIAN Jumaat 11/11/11 - SK Tengku Mahmood Iskandar di sini telah mengadakan sebuah program untuk pelajar Tahun 6 yang bertajuk ' Bengkel Mengenal Seni Khat'. Seramai 100 orang pelajar tahun 6 telah menyertai program ini yang diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Seni Khat Solution.

Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menimbulkan minat dan mencungkil bakat menulis khat pelajar-pelajar ini. Walaupun diadakan dalam tempoh yang singkat iaitu dari pukul 8.30 pagi-11.45 pagi, sesuai dengan tajuknya iaitu bengkel mengenal khat, para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis khat dan mempelajari asas khat yang paling penting iaitu khat Nasakh.

Pelajar juga ditunjukkan cara memegang pena buluh dan menulis menggunakan buluh dan resam. Alhamdulillah, para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dalam mengikuti program ini sehingga tamat. Diharap program seperti ini akan berterusan dengan adanya sokongan dari pihak sekolah. Ameen..

Suruh ambil gambar terus posing semuanya..


Wah tekun betulla adik kita ni..

adik yang belah kanan ni kagum betul dengan tulisan kawan sebelah sampai nganga...

Sempat mesyuarat tingkap lagi tu..

Khusyuk wal khusyu'..