4.2.12

Temui Kami di booth Tv Alhijrah, Karnival Cinta Masjid, Kampung Batu Muda Sentul


KUALA LUMPUR 4 Februari - Karnival Cinta Masjid akan diadakan di Masjid Kampung Batu Muda, Sentul pada 4 dan 5 Februari (Sabtu dan Ahad). Karnival yang julung kali dijalankan ini akan dipenuhi dengan pelbagai program yang berfaedah dan menarik. Antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan menulis khat, pertandingan azan, kuiz dan sesi ramahmesra bersama personaliti Tv Alhijrah.


Karnival ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk ke masjid dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan sebagaimana zaman sebelum ini. Serentak dengan karnival ini ini pada hari Ahad akan diadakan sambutan Maulidurrasul. Insya Allah ustaz Don akan menyampaikan ceramah di sana.

Lokasi Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu bolehlah rujuk di link ini http://www.mycen.my/masjid-saidina-hamzah

--
Abdul Rahman bin Sahalan
Founder and Calligrapher
Seni Khat Solution
Batu Pahat Johor
013-7107022
www.khatsolution.com.my
http://seni-khat.blogspot.com