27.10.12

Aktiviti Dalam Bengkel Khat Kami




 OBJEKTIF PROGRAM

¡  Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi
¡  Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat
¡  Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
¡  Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
¡  Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat

KELEBIHAN MEMPELAJARI PENULISAN KHAT

·         Menjadi nilai tambah bagi peserta  dalam kehidupan

·         Dengan  menulis khat berterusan, secara automatik kita akan lebih mudah membaca tulisan  jawi dan Arab dan pastinya memudahkan kita membaca al-Quran

·         Mendidik diri kita dengan kesabaran,  ketabahan dan ketekunan

·         Melatih diri dalam menghayati tulisan khat di tempat awam dan menyemai minat mencintai khat dan jawi

·         Dengan menulis ayat al-Quran dan al-Hadith, kita akan menjiwai setiap amalan yang kita buat dan seterusnya menghayati ibadah seharian yang akan menghasilkan ketenangan jiwa yang begitu indah



AKTIVITI
Masa                      :           4 atau 8  jam /sesi

Aktiviti
Pengisian
Tempoh
Slot 1:

Slideshow:
Pengenalan Seni Khat  


- Sejarah ringkas
- Asas-asas am penulisan khat
- Peralatan menulis khat
- Teknik memegang pen khat

½
  jam
Slot 2:
1.Pengenalan Teknik Penulisan dan     Huruf-huruf Khat Gaya Nasakh


- Menulis huruf tunggal berpandukan slide

- Peserta membuat latih tubi

 ½
 jam
Slot 3:
Latihan Amali 1




- Menulis huruf bersambung berpandukan slide

Tugasan:
- menulis huruf yang terpilih


 1/2
 jam

Slot 4 :
Kuiz

-Menulis nama sendiri dalam khat dan penyampaian hadiah
½ jam
 Pameran hasil karya khat

-Demonstrasi Penulisan Khat Spontan
-mempamerkan hasilan produk khat seperti frame nama keluarga, bookmark, nama pelajar, dan sebagainya

Sepanjang program berjalan

PERALATAN MENULIS KHAT (yang kami sediakan)

1. Pena/Qalam Buluh dan resam  yang telah diraut
2. Dakwat hitam dan bekas dakwat
3. Art Paper (kertas licin)
4. Kertas kerja
5. Buku panduan dan latihan amali

Call/ Whatsapp kami 0137027770