29.3.15

Artikel Kosmo : Khat Pada Duit " Bank Negara Malaysia "

# Oh...sekarang baru pakcik tauuu.....



JARI-JEMARI tua Sulaiman Awang kemas menulis khat nasakh di atas sehelai lembaran kertas putih. Tulisan jawi yang dinukil menggunakan pen jenis fountain itu kelihatan cukup sempurna.“Sebenarnya, saya lebih suka menggunakan pen kayu daripada batang pelepah pokok resam. Biarpun sedikit leceh kerana perlu dicelupkan dengan dakwat, namun hasilnya lebih cantik dan kemasberbanding pen biasa yang banyak dijual di pasaran,” ujarnya tersenyum.

Penjelasan yang diberikan pesara agensi kerajaan itu segera dicatat ke dalam buku nota. Apa tidaknya, di kesempatan itulah kru Jurnal dapat berkongsi serta mengupas pengalaman salah seorang penyumbang kepada cetakan jawi yang digunakan dalam wang kertas Malaysia hari ini.

Mungkin bagi kebanyakan orang, tiada apa yang lebih penting pada sehelai wang kertas selain nilainya tidak kiralah sama ada kecil atau besar.Namun, bagi Sulaiman, setiap perincian khususnya cetakan tulisan jawi ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada duit kertasitu memberikan nilai sentimental kepada dirinya.Manakan tidak, warga emas berusia 73 tahun itu sendiri adalah tulang belakang di sebalik kehalusan seni cetakan berkenaan.

Pernah berkhidmat dengan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai seorang kartunis dari tahun 1962 sehingga 1970 dengan menggunakan nama pena ‘Shamsul’, Sulaiman memberitahu, tulisan jawi jenis nasakh rekaannya itu diabadikan pada setiap wang kertas Ringgit Malaysia keluaran tahun 1997 bermula daripada RM2 hingga RM1,000.“Ia sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga walaupun saya tidak dikenali ramai,” katanya merendah diri.

Menang tender

SULAIMAN mempamerkan kemahiran menulis khat nasakh pada sehelai kertas.Mengimbas kembali kenangan kira-kira 15 tahun lalu, Sulaiman atau lebih mesra di sapa Tuan Haji memberitahu, peluang menulis tulisan khat pada wang kertas itu datang tanpa dirancang.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai peluang untuk menulis tulisan khat pada wang kertas Malaysia oleh seorang individu yang juga pemilik sebuah syarikat pengiklanan yang dikenali sebagai Haji Mohamad.“Dia minta saya cuba nasib dengan menghantar perkataan ‘Bank Negara’ yang ditulis dalam tulisan jawi berbentuk khat nasakh kepada pihak Bank Negara untuk masuk tender,” katanya.

Berbicara lanjut, Sulaiman yang pernah memegang jawatan sebagaiPegawai Seni Reka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberitahu, Pihak Bank Negara yang tertarik dengan seni khat nasakh tulisan tangannya itu telah menawarkan tender berjumlah RM10,000 untuk mencetak tulisan khat tersebut pada keluaran duit kertas bermula daripada wang kertas RM2 sehingga RM1,000 pada tahun 1997.

“Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, dia beritahu, saya berjaya menang tender tersebut dan dikehendaki menulis perkataan ‘Bank Negara’ dalam ejaan jawi untuk dicetak pada duit kertas Malaysia.“Apabila wang kertas baharu itu siap, saya seperti tidak percaya bahawa perkataan yang tertera pada permukaan depan dan belakang wang kertas tersebut merupakan tulisan tangan saya sendiri,” katanya yang mempelajari seni tulisan khat semasa menuntut di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi, di Bagan Serai, Perak sekitar tahun 50-an.

Ternyata bakat seni yang dimiliki oleh Sulaiman tidak terhenti begitu sahaja apabila anak sulungnya, Kamarul Khazim Sulaiman, 44, turut mewarisi bakat seni daripada bapanya.Ibarat kata pepatah, ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’,Kamarul yang juga merupakan seorang kartunis di salah sebuah syarikat akhbar harian, turut menjadikan bapanya sebagai idola dalam dalam kerjayanya sekarang.“Kemahiran menulis tulisan khat ini perlu diasah sejak kecil kerana ia memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi,” tutur Kamarul yang pernah membantu bapanya menulis tulisan khat pada batu nesan selepas tamat persekolahan sekitar lewat tahun 70-an.

Revolusi

KOLEKSI wang kertas siri pertama dan siri kedua yang dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.Selain kehalusan seni tulisan khat nasakh, wang kertas Malaysia turut menampilkan pembaharuan yang menggabungkan pelbagai inovasi dan ciri keselamatan yang lebih canggih dan terjamin berbanding wang sebelum ini.

Menurut sumber dari Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, wang kertas Malaysia telah mengalami empat siri perubahan bermula dari tahun 1967 apabila Bank Negara Malaysia mula mengedarkan mata wang Malaysia siri pertama bagi menggantikan mata wang Malaya yang dihentikan edarannya pada 16 Januari 1969.Berbeza dengan mata wang yang diguna pakai pada hari ini yang menggunakan nilai Ringgit Malaysia, nilai wang pada ketika itu masih menggunakan simbol dolar ($) yang dicetak pada wang kertas siri pertama.

Wang kertas siri pertama yang dikeluarkan pada tahun 1967 telah mengetengahkan konsep bercorak geometri yang dicetak pada wang kertas bernilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1,000.“Penggunaan mata wang si­ri pertama itu bertahan sela­ma berpuluh tahun sebelum pihak Bank Negara Malaysia memperkenalkan mata wang siri kedua pada tahun 1982 yang lebih menonjolkan ciri-ciri seni dan budaya di Malaysia,” kata sumber itu.

Bagi edaran siri kedua itu, Bank Negara Malaysia telah memperjuangkan wang kertas yang dicetak dengan artifak kesenian yang melambangkan simbol-simbol budaya yang terdapat Malaysia.“Sebagai contoh, cetakan corak pada wang kertas siri kedua lebih menonjolkan sisi budaya seperti keris, terabai atau perisai pahlawan Iban, ukiran kerawang, bunga-bungaan dan monumen bersejarah,” tambah sumber itu lagi.

Mesra pengguna

POHON pitis Kelantan yang digunakan pada awal kurun ke-19 di Tanah Melayu selepas kemasukan pengaruh Islam.Menurut sumber tersebut, Bank Negara Malaysia mem­perkenalkansekali lagi wajah baharu wang kertas Malaysia dengan melancarkanedaran wang kertas berkon­sepkan Wawasan 2020 yang lebih tam­pak moden dan terkini pada tahun 1996.

“Cetakan corak pada wang kertas ketika ini memaparkan lambang kepesatan pemba­ngunan di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, satelit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.“Namun, rekaan corak pada wang kertas siri ketiga ini masih mengekalkan unsur-unsur budaya dengan memaparkan keindahanalam semula jadi seperti Gunung Kinabalu yang dicetak pada wang kertas RM1,” katanya.

Selepas melalui tiga siri transformasi, Bank Negara Malaysia sekali lagi menelusuri perubahan apabila memperkenalkan mata wang sirikeempat yang lebih berkualiti dan mesra pengguna pada tahun 2012.Menggabungkan pelbagai inovasi daripada rekaan terda­hulu, wang kertas itu lebih se­la­mat dan canggih apabila menggunakan material polimer pada mata wang bernilai RM1 dan RM5.

“Diilhamkan daripada ciri-ciri Malaysia yang tersendiri, wang kertas baharu ini memaparkan ekspresi tradisional bermotifkan seni dan kraftangan tradisional, alam semula jadi dan tradisi negara,” ujar sumber Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia itu.
posted from Bloggeroid









# Terima kasih akhbar Kosmo
Read more...

Artikel Sinar Harian : Faisal Alwie


Lihat blog rakan saya ni : http://faisalalwiesart.blogspot.com

SIAPA sangka daripada seorang yang meminati bidang perakaunan dan bekerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) suatu ketika dahulu, kini beliau menjadi usahawan seni kaligrafi Islam menggunakan gabungan abstrak dan tulisan khat.Itulah yang dilalui oleh Muhammad Faisal Alwie yang tidak mempunyai sebarang kelayakan mahupun pengalaman dalam bidang seni, namun akhirnya memulakan perniagaan dengan menceburi bidang tersebut.

Menurut Muhammad Faisal, beliau tidak pernah merancang untuk menjadi usahawan memandangkan minatnya lebih kepada perakaunan dan juga muzik ketika itu.“Saya memang mempunyai kumpulan muzik sendiri dan entah macam mana dalam pada masa sama timbul ilham untuk saya melukis kaligrafi Islam dan memuat naiknya dalam akaun Facebook saya.“Dari situ saya dapat pelbagai komen positif dan ramai bertanya adakah itu hasil tangan saya dan ada di antara mereka mula menempah lukisan tersebut,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan graduan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kali terakhir mempelajari tulisan khat adalah ketika berada di tingkatan tiga.“Masa itu saya mempelajari khat di salah sebuah sekolah menengah di Chemor, Perak dan ia hanya sementara sahaja dan kemudian saya sudah tidak mempelajarinya.“Tetapi ilmu yang dipelajari itu masih ada dan itulah yang saya gunakan mula-mula berniaga dan sampai sekarang saya masih lagimempelajari seni kaligrafi Islam dan juga khat bagi menambah baik penulisan saya,” katanya.

Mula melukis sekadar suka

Muhammad Faisal berkata, selepas mengambil risiko menerima tempahan melalui Facebook, beliau yakin untuk meneruskan perniagaan itu secara sambilan memandangkan permintaan sentiasa ada.“Jadi saya ambil keputusan berniaga secara sambilan dan hanya menjalankan perniagaan melalui atas talian (online) sahaja memandangkan saya masih bekerja di LHDN ketika itu.“Kemudian, saya ambil keputusan untuk buka kedai sendiri di Rawang memandangkan permintaan tempahan meningkat dan saya memerlukan ruang untuk melukis dan mencari ilham,” katanya.

Menurutnya, selepas menyedari beliau perlu memberi perhatian dankomitmen sepenuhnya kepada perniagaan, dia akhirnya mengambilkeputusan untuk berhenti bekerja dengan LHDN pada 2014.“Pada Ogos 2014 saya membuat satu lagi keputusan penting apabila memberanikan diri untuk menutup kedai di Rawang dan berpindah ke Shah Alam memandangkan banyak permintaan yang saya terima dari Shah Alam,” katanya.

Muhammad Faisal juga berkata, Shah Alam merupakan lokasi yang strategik bagi beliau mengembangkan perniagaannya masa akan datang.Dua minggu tanpa jualanSebut sahaja usahawan yang berjaya bertahan dalam dunia perniagaan pasti mereka ada rahsia kejayaan dan kesusahan yang pernah ditempuhi dalam mengukuhkan perniagaan mereka.Begitu juga Muhammad Faisal yang pernah hampir berputus asa di pertengahan jalan dalam dunia perniagaan apabila beliau diuji dengan tidak mendapat sebarang hasil jualan untuk tempoh dua minggu.

“Ujian terbesar saya bila tidak mendapat sebarang hasil jualan daripada lukisan saya selama dua minggu. Masa mula-mula tiada jualan saya tidak tahu berapa lama lagi ia akan berlarutan sehingga tidak senang duduk.“Masa tu saya sudah kelam kabut memikirkan mana nak pusing duit untuk modal, bayar sewa kedai, bil perniagaan, sewa kereta. Bayangkan semua sekali berada dalam fikiran pada satu masa,” katanya.Beliau yang hampir berputus asa kemudian mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada dirinya mencari semula di mana silapnya di sebalik masalah yang melanda dan mencari jalan penyelesaian.“Saya ambil masa tiga hari bercuti dan fikir sedalam-dalamnya dan mencari semangat yang hilang dengan berfikir secara positif menganggap ia adalah sebahagian daripada cabaran dalam dunia perniagaan.“Alhamdulillah saya berjaya menempuhi ujian tersebut dan kembali bangun meneruskan perjuangan selain mendapatkan nasihat dan motivasi daripada mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan,” katanya.

Lebih 10 lukisan dijual sebulan

Ditanya mengenai tempahan lukisan kaligrafi Islam olehnya, Muhammad Faisal berkata, di awal permulaan beliau menerima tempahan di antara tiga ke lima lukisan sebulan daripada pelanggan.“Tetapi sekarang Alhamdulillah saya menerima tempahan lebih daripada 10 lukisan dalam satu bulan mengikut permintaan pelanggan.“Dari segi harga yang saya tawarkan ia bergantung kepada saiz danjenis lukisan yang saya jual, daripada serendah RM30 hingga beribu ringgit,” katanya.Menurutnya, lukisan buatannya juga bukan sahaja mendapat tempahan dari dalam Malaysia, malah ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei."Saya banyak menerima tempahan pelanggan untuk melukis nama mereka mahupun keluarga mereka dalam pelbagai bentuk seperti pokok dan burung merpati," katanya.

posted from Bloggeroid



# Terima kasih akhbar Sinar Harian.

Read more...

26.3.15

KufiStamp : Cop Rubber Stamp Kufi

Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

Cop biasa :

Saiz 25mmx25mm
RM 35 termasuk design nama dalam kufi dan poslaju.
CONTOH NAMA : MUHAMMAD NURAMIN BIN ZAKARIA

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.




Cop Ready Ink :

(Bulat)
Saiz 30x30mm
RM 55 termasuk design dan poslaju







Pocket stamp pun ada :
RM 45 termasuk design dan poslaju

posted from Bloggeroid




Poket stamp biasa
RM 35 termasuk poslaju







Post berkaitan KUFI :





Read more...

17.3.15

Kertas Nanas : Khat Nama "Ismail Sabri"

Nama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di atas kertas yang diperbuat dari daun Nanas.




posted from Bloggeroid


Read more...

14.3.15

Kanvas Painting : Family Tree 2 Kuntum Tulip

Saiz : 50x60 cm, Acrylic on canvas handpainting
Harga : RM 500.00








posted from Bloggeroid

Read more...

11.3.15

Bengkel Khat 16 Mac 2015 anjuran Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

# InsyaAllah bulan Mei 2015 nanti ada 2 siri bengkel. Nantikan hebahan kami!

Yuran RM 50.00 ( Terhad 40 orang sahaja)
Tarikh : 16 Mac 2015 ( Hari Isnin)
Hari Ahad pun boleh call sebab Johor cuti Jumaat Sabtu.
Sila hubungi 07-2263430

Bengkel Asas Seni Khat 1 ini akan dikelolakan oleh Ustaz Othman bin Sahalan, Ketua Jabatan Pengajian Islam MARSAH yang berpengalaman luas dalam bidang seni khat.
Kursus ini diadakan sehari 8.30 pagi hingga 4.30 petang .


posted from Bloggeroid














Read more...

10.3.15

Khat " Daulat Tuanku" sempena Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015



Hasil karya abang saya, Ustaz Othman bin Sahalan selaku Ketua Jabatan Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam Johor Marsah yang dipamerkan di seluruh negeri Johor.

Penggunaan khat Thuluth dan khat Ijaazah menjadikan karya ni boleh dianggap "rare"...

Warna biru background memang warna rasmi istana untuk iklan2. Dan paling beat ialah...semuanya bertulis Jawi....tahniah pada pihak Istana Johor dan kompeni yang dapat kontrak ni....

Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diadakan pada 10 Februari 1960 di Istana Besar, Johor Baharu.

JOHOR BAHARU (Bernama) -- Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac ini.Bakal menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli berkata istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM."Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Feb 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah dipejabatnya, di sini, baru-baru ini.

MENGAPA PENTINGNYA ISTIADAT KEMAHKOTAAN

Abdul Rahim berkata kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat.Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh Menteri Besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor."Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.

Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik takhta.Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN TONJOL BUDAYA MELAYU, BARAT DAN ISLAM

Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, terdapat sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan yang akan bermula 16 Mac ini, yang menampilkan adunan tiga kebudayaan iaitu budaya Melayu, Islam dan Barat.Misalnya, istiadat Siram Tabal yang akan diadakan pada 21 Mac, mempunyai ciri-ciri adat istiadat Melayu, yang menggunakan air dari ulu sungai dari 10 buah daerah dalam negeri Johor."Adat istiadat yang kita gunakan adalah mengikut warisan iaitu berdoa, bertepung tawar, bersiram dan lain-lain lagi," kata beliau.Sehari sebelum itu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar dan semua masjid-masjid jamek di daerah, bagi memberi peluang rakyat untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta mendoakan agar istiadat kemahkotaan baginda berjalan dengan lancar.Selain itu, pemakaian mahkota kepada Sultan Ibrahim serta istiadat Menghadap Takzim adalah mengikut budaya barat, kata beliau.

MAHKOTA SEBAGAI LAMBANG KEMODENAN DIRAJA JOHOR
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli

Kredit kesultananjohor.blogspot.com




posted from Bloggeroid



Haaa...yang ni pulak ialah Sate Sahlan Sri Medan, sate kegemaran Sultan Johor. Bapa kami telah menjual sate sejak puluhan tahun lepas. Tapi sejak kunjungan Tuanku ke gerai di Sri Medan Batu Pahat ni, dah semakin ramai pelanggan dan makin famous. Alhamdulillah wassyukru Lillah....













Read more...

Frame : Khat Nama Bersaiz A4 Bentuk Love, Burung dan Bunga

Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, harijadi dan ulangrahun. Urgent...
RM 50.00 /pcs siap pos

Call/whatsapp 0137027770






posted from Bloggeroid




Read more...