28.6.15

Artikel Harian Metro : Helmi Sobri, Ahmad Rajaie, Ainun Jariah (Terpanggil Martabatkan Seni Khat)




Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 

azimfitri@mediaprima.com.my




Kuala Lumpur: “Saya terpanggil untuk memartabatkan 
seni penulisan khat di Malaysia selepas 
melihat kurangnya karya sedemikian di tanah air. Seni 
seumpama itu dimartabatkan selaras
 dengan industri seni lain,” kata Ahmad Rajaei Awang.

Ahmad Rajaei yang mempunyai pengalaman luas dalam 
penulisan khat memberitahu, idea itu
 tercetus pada 2003 selepas beliau berhasrat 
mengembangkan bakatnya dalam seni penulisan 
kaligrafi Islam.

Menurut anak jati Kuala Terengganu yang berusia 33
 tahun ini, minatnya yang mendalam 
dalam seni penulisan khat menjadikannya 
bersungguh-sungguh mengembangkan seni warisan
 Islam itu sehingga ia menjadi antara punca pendapatannya.



Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, kurangnya 
pembabitan anak seni di Malaysia 
dalam tulisan khat sehingga peminat tulisan itu yang ingin 
mengumpul koleksi khat terpaksa 
membeli di luar negara menyebabkan dia ingin 
membangunkan seni kaligrafi Islam berkenaan.

“Saya menghasilkan tulisan kaligrafi khat ini menggunakan 
kanvas selain beberapa peralatan lain.
 Ia ada dijual daripada harga serendah RM600 hingga 
RM25,000 bergantung kepada panjang
 tulisan dan kerumitan menghasilkannya.

“Antara karya tulisan khat yang sering saya hasilkan
 ialah tulisan ayat al-Quran, zikir dan sajak,”
 katanya ketika ditemui di pameran 48 karya khat kumpulan
 Qalam Warisan di lobi bangunan 
The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP),
 Jalan Riong, di sini, semalam.

Pameran yang berlangsung sejak 1 Jun dan berakhir pada 
28 Jun ini turut mempamerkan 
karya penulis khat lain seperti Muhammad Zulhelmi Sobri 
dan Ainun Jariah Yaacob.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 11:10 AM






Read more...

27.6.15

Artikel Harian Metro : Firdaus Mahadi (Lonjak Seni Khat)





Oleh Fatin Farhana Japre 

rencana@hmetro.com.my





Kaligrafi ialah sejenis karya seni rupa yang menekan keindahan bentuk huruf yang dimodifikasi atau digayakan sehingga mempunyai nilai estetika.
Perkataan kaligrafi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios bermaksud indah manakala graphia bererti tulisan atau coretan.
Kaligrafi adalah karya seni ukiran tangan yang artistik selain memiliki nilai seni estetika tinggi.
Di Malaysia, penemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan khat Arab diguna pakai di alam Melayu sejak ratusan tahun, contohnya tulisan itu diukir di atas kayu keras.
Ini keistimewaan seni khat di Malaysia yang diwarisi turun-temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam.
Namun, kecintaan terhadap seni khat kini semakin pupus memandangkan ramai generasi muda yang tidak tahu membaca Jawi.
Justeru, Festival Belia Putrajaya 2015 anjuran Kementerian Belia dan Sukan membawa kelainan tahun ini dengan melantik 25 mentor untuk memberi peluang kepada belia berkongsi bakat mereka.
Satu daripada 25 mentor yang dipilih Rakan Muda ialah Mohammad Firdaus Mahadi, 31, yang mahir dalam seni khat.
Katanya, seni khat ini perlu dipelajari kerana kebanyakan belia semakin susah membaca Jawi.
“Saya pernah mengajar bengkel seni khat dan seorang remaja lelaki memberitahu dia tidak tahu Jawi, tetapi bertanya bolehkah dia belajar seni khat.
“Rugi jika belajar khat, tetapi tidak tahu Jawi, justeru inilah peluang saya untuk membantu golongan belia,” katanya.
Menurutnya, belia yang berminat diajar seni khat secara berperingkat dan santai.
“Mereka diberi peralatan asas penulisan seni khat seperti kertas seni yang boleh mengalirkan dakwat, batang kayu seperti resam atau handam dan dakwat khas.
“Saya mengambil masa selama tiga jam mengajar peserta, tetapi satu jam terakhir peserta diberi peluang menghasilkan produk mereka iaitu batik khat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 1:33 PM

Read more...

24.6.15

Pameran Khat : " Tawaf " di Publika Solaris Dutamas

Bersama rakan saya, Firdaus Mahadi,Shah Tumin, Fadil Sulaiman dan Dr Azlin Hamidon.
13 Jun hingga 27 Julai 2015.



Read more...

22.6.15

Design : Proposal Kad Kahwin

Ada pelbagai design boleh dibuat. Gabungan khat thuluth dan nasakh. Terpulang pada anda untuk memilih yang mudah dibaca atau yang susah dibaca tapi penuh berseni ( sebenarnya ia bergantung kepada susunan huruf dalam perkataan itu), keduanya mempunyai peminatnya tersendiri.






Read more...

20.6.15

Design : Thuluth Nama Satu Keluarga Dalam Bulatan

Nama ayah dan ibu dalam sayu bulatan dan setiap anak dalam bulatan berasingan.


Read more...

19.6.15

Design : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Ghani

Madrasah
Tuan Guru Haji Abdul Ghani (thuluth)
Maahad Tahfiz wal Qiraat Addin 16 (nasakh)

Masih dalam proposal : Khat untuk design signboard.


Pilihan kedua dengan menggunakan khat thuluth.


Read more...

16.6.15

Ayat Tentang Ramadhan 1436 dan Kewajipan Berpuasa Karya 2015

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 1436 !

Hasil karya baru 2015, dibuat dengan khat thuluth, nasakh dan diwani jali sempena Ramadhan 1436.
Dari segi susunan huruf belum sempurna sebab dibuat spontan tanpa lakaran.


Yang first ni kelam kabut thuluthnya...nasakh pun sama


Yang kedua thuluthnya agak lebih baik berbanding yang pertama.





Yang nasakh ni pun masih ada yang perlu diperbaiki. InsyaAllah bila jumpa master2 nanti akan disemak. Proses pembelajaran kita memang takkan habis sampai mati. Selagi boleh diperbaiki, haluskanlah tulisan khat kita, jangan mudah berpuas hati dengan mutu tulisan kita.

Read more...

14.6.15

Kelas Khat Mingguan 2015 di Galeri Seni Johor, Johor Bahru




Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

...untuk makluman pihak Galeri Seni Johor dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Johor akan menganjurkan kelas seni khat pada hari Sabtu 2 kali sebulan bermula pada bulan Februari 2015.

Tenaga Pengajar yang akan menurunkan ilmu berkenaan dengan penulisan khat adalah Ustaz Jainal Sakiban...penyertaan dibuka kepada sesiapa yang berminat dan terhad kepada 20 orang peserta sahaja..kepada tenaga pengajar Yayasan Warisan Johor yang ingin memantapkan lagi teknik penulisan khat juga dijemput untuk menyertai kelas ini...

sehubungan dengan itu kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut bolehlah mengubungi kami di talian 07-2263266 untuk pendaftaran...terima kasih..











Post lain berkaitan kelas khat :-




[
posted from Bloggeroid

Read more...

Kursus Khat Ramadhan di Gurun, Kedah

Sila hubungi nombor dalam poster ya untuk maklumat lanjut.


Read more...

11.6.15

Design : Thuluth Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran TV Alhijrah

Set untuk pengacaraan sepanjang majlis berlangsung bersama dengan pengacara Shahrul Faizie Zaini di TV Alhijrah jam 8.30 malam.

Read more...

6.6.15

Bengkel Photoshop dan Mesyuarat Agung PSKK Cawangan Johor 2015

Bengkel Photoshop 4-5 Jun
5 Jun 11 pagi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor

Tarikh : 4-5 Jun 2015
Tempat : Endau Beach Resort, Mersing

Keputusan Pemilihan :

Pengerusi : Ustaz Jainal Sakiban (kekal)
Timbalan Pengerusi : Imam Azman Mokmen (kekal)
Setiausaha : Encik Shahrizal Sahlan (kekal)
Bendahari : Puan Huzaimah

Ahli Jawatankuasa Daerah :

Johor Bahru :
1. En. Jomaithir bin Johari
2. Puan Norhayati bt Abd. Rahman

Muar :
1. En Zamri bin Amid
2. En. Badrul Hisyam bin Mat Hayin

Batu Pahat :
1. En. Zulkifli bin Sukar
2. En. Rahman Sahlan

Segamat :
1. En. Amran bin Shukor
2. En. Rumaja bin Sarmin

Kluang :
1. En. Syed Syahrizal bin Syed Omar
2. En Norizam bin Haji Ismail

Pontian :
1. Tn Hj Shafie bin Kadar
2. En Abd Rahman bin Darom

Kota Tinggi :
1. En Jalaluddin bin Mispan
2. En Zaini bin Amid

Mersing :
1. En Mohd Noh bin Mahat

Ledang :
1. En Mahsuri bin Samsi
2. En Mahmod bin Abd Rahim

Kulaijaya :
1. En Abd Aziz
2. En Abd Majid Ismail

Terdapat perubahan pada jawatankuasa daerah dan penubuhan Biro Pendidikan dan Biro Pameran.
















Read more...

Kelas Khat Cuti Sekolah di Sri Medan Batu Pahat

Tarikh : 3 Jun 2015
Tempat : Pusat Pengajian Al-Quran Darul Hikmah Sri Menanti Sri Medan
Peserta : 6 orang
Masa : 10 pagi - 1.30 tengahari






Read more...

2.6.15

Pameran : Seni Khat Warisan Sepanjang Zaman di Galeri NSTP

Bersama rakan saya Helmi Sobri dan Ahmad Rajaie serta Walidatul Istiqlal.
1-26 Jun 2015


Read more...