30.9.15

PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 31 Oktober 2015





PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015

TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:

Tarikh: 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Yayasan Warisan Johor,Jalan Mariamah, Johor Bahru
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

ANJURAN

Yayasan Warisan Johor
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan dalam bentuk Spontan:

Kategori Pelajar berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).

Kategori Terbuka berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thulus).

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi.

Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:

Dakwat hitam
Pen khat / Calligraphy Pen
Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid.
Lain-lain alat keperluan sendiri.
Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.

Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thuluth bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.

Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 9.30 pagi setengah jam sebelum pertandingan dimulakan.

Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.

Peserta akan diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.

Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur.

Ahli Jawatankuasa Pengelola tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PENGADILAN

Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.

Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan.

Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indah dan menarik.

Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai bingkai tulisan adalah dialu-alukan bagi memperindahkan lagi karya yang dihasilkan, tetapi markah tidak akan diambil.

BORANG PENYERTAAN

Borang penyertaan boleh didapati daripada:

Urusetia Pertandingan Seni Khat

Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor,
( Rahman Sahlan H/P: 013-7027770).

Atau:

Yayasan Warisan Johor
(Siti Raihan H/P: 012-4771058)

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada:

Urusetia Festival Kesenian Islam Negeri Johor
Bhg. Pembangunan Seni Budaya
Yayasan Warisan Johor,
JKR 303,Jalan Mariamah,
80100 Johor Bahru

Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklah:

Menghubungi Urusetia Pertandingan di telefon atau whatsapp : 013-7027770;

TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH PADA 20 OKTOBER 2015
















BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015
___

(KATEGORI)

Kategori Terbuka (16 Tahun ke atas)

Kategori Pelajar (Bawah 15 Tahun)

Tarikh: 31 0KTOBER 2015 (SABTU)
Tempat: Kompleks Yayasan Warisan Johor,Jalan Mariamah, Johor Bahru
Masa: 10.00 PAGI – 1.00 PETANG

MAKLUMAT PESERTA

Nama :
Alamat :
Tarikh Lahir :
Peserta bawah 15 tahun:
Sekolah :



Read more...

29.9.15

Pertandingan Seni Khat Festival Kesenian Islam Johor 31 Oktober 2015

Tarikh tutup penyertaan 20 Oktober 2015.
Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan
Sila hubungi whatsapp Urusetia 0137027770 untuk pendaftaran.

PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015

TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:

Tarikh: 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Yayasan Warisan Johor,Jalan Mariamah, Johor Bahru
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

ANJURAN

Yayasan Warisan Johor
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan dalam bentuk Spontan:

Kategori Pelajar berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).

Kategori Terbuka berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thulus).

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi.

Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:

Dakwat hitam
Pen khat / Calligraphy Pen
Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid.
Lain-lain alat keperluan sendiri.
Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.

Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thuluth bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.

Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 9.30 pagi setengah jam sebelum pertandingan dimulakan.

Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.

Peserta akan diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.

Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur.

Ahli Jawatankuasa Pengelola tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PENGADILAN

Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.

Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan.

Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indah dan menarik.

Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai bingkai tulisan adalah dialu-alukan bagi memperindahkan lagi karya yang dihasilkan, tetapi markah tidak akan diambil.

HADIAH PERTANDINGAN

Hadian berupa wang tunai akan diberikan kepada pemenang-pemenang pertama, kedua, ketiga dan hadiah saguhati seperti berikut:

Kategori Pelajar umur 15 tahun ke bawah:

Pertama:RM 300.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 200.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 100.00 dan hadiah iringan
10 hadiah saguhati setiap satu RM 50.00




Kategori Terbuka umur 16 tahun ke atas:

Pertama: RM 700.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 500.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 300.00 dan hadiah iringan
10 hadiah saguhati setiap satu RM 100.00

Sijil penyertaan dan cenderahati akan diberikan kepada peserta yang mengambil bahagian.

BORNG PENYERTAAN

Borang penyertaan boleh didapati daripada:

Urusetia Pertandingan Seni Khat
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor,
( Rahman Sahlan H/P: 013-7027770).

Atau:

Yayasan Warisan Johor
(Siti Raihan H/P: 012-4771058)

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada:

Urusetia Festival Kesenian Islam Negeri Johor
Bhg. Pembangunan Seni Budaya
Yayasan Warisan Johor,
JKR 303,Jalan Mariamah,
80100 Johor Bahru

Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklah:

Menghubungi Urusetia Pertandingan di telefon atau whatsapp : 013-7027770;

TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH PADA 20 OKTOBER 2015











BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015

Nama :
Alamat :
Tarikh Lahir :
Peserta bawah 15 tahun:
Sekolah :

Read more...

28.9.15

Demo dan Pameran: Ekspo Buku Islam Pahang

Tarikh: 26 September hingga 4 Oktober 2015
Masa : 10 am - 10 pm
Bersama Gajir Kaligrafi


Bergabung dengan team Gajirkaligrafi...


Bunting Ekspo Buku Islam Pahang kali ke 14...


Selfie dulu bro...


Paintings for sale...mari2


Read more...

Pameran Khat: Attoiyibah الطيبة di Balai NSTP

Bersama Haji Ghafur dan rakan-rakan mulai 9 September hingga 2 Oktober 2015


Read more...

Pertandingan Seni Khat Universiti Malaya 30 September 2015

Ada 2 kali pertandingan ni...nak tau lebih lanjut sila hubungi nombor dalam poster ya....

Read more...

21.9.15

Logo Khat : Al-Qadry Exclusive Jubba in Kufi Square

Rekaan logo untuk disulam pada jubah lelaki eksklusif yang sangat menarik. Simple dan benar2 nampak eksklusif!













Rekaan awal adalah seperti berikut:





Setelah dikemaskini, tuan punya al-Qadry memilih untuk menggunakan logo KUFI.








Selamat maju jaya ya al-Qadry Exclusive!
Read more...

20.9.15

Pakcik Osman dan 41 Gitarnya

Kalau pakcik Ramlee (P.Ramlee) ada Ali Baba dan 40 penyamun, pakcik Osman ada 41 gitar. KHAT DIWANI JALI dibentuk menjadi gitar dengan begitu teliti, setiap satu dibuat penuh perhatian walaupun kecil.
Pakcik Osman belajar membuat gitar di Sepanyol. Nama guru beliau ialah Jose Romanillos.
Setiap satu gitar custom yang beliau buat akan diabadikan dengan stiker nama "Osman Mohd Noor" عثمان محمد نور yang ditulis satu persatu bersaiz 10x15 cm.
Pakcik Osman memang legend!








Masih segak walaupun umur dah 7 series...



Ini hasil karya saya untuk pakcik Osman awal tahun 2013....nama 3 orang sahabat pembuat gitar









Gitar custom ini adalah gitar akustik. Setiap satu bahagiannya diimport dari luar negara. Proses menghasilkannya juga rumit dan mengambil masa yang lama.
Read more...