Profil

Seni Khat Solution adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam perniagaan berasaskan seni khat dan jawi. Syarikat ini ditubuhkan pada 26 September 2011 telah beroperasi sebelum ini dengan nama AR Khat Design sejak November 2010.

Pada dasarnya syarikat memberikan perkhidmatan dalam bidang hiasan dalaman, percetakan, pengiklanan, galeri seni, membekal alat tulis, alat bantuan mengajar, motivasi dan bengkel mengajar. Pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta serta individu.

Sebelum Seni Khat Solution ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara sambilan selama beberapa tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam perniagaan dalam bidang ini. Dengan pengalaman dalam penulisan khat selama 17 tahun dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini pemilik telah mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan ini.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat : SENI KHAT SOLUTION

No. Pendaftaran : JR0025366-X

Tarikh Penubuhan : 26 September 2011

Alamat Berdaftar : T/L 19 Kampung Parit Baru, Sri Medan  83400  Batu Pahat, Johor.


Pemilik : Abdul Rahman bin Sahalan

Taraf Syarikat : 100% Bumiputra

Jenis Perniagaan : Hiasan dalaman, percetakan, pengiklanan, galeri seni, membekal alat tulis, alat bantuan mengajar, motivasi dan bengkel mengajar.

Profil Pemilik

Abdul Rahman bin Sahalan

Pengenalan

Penulis mula mengenal seni khat sewaktu berusia 12 tahun dengan mewakili sekolah dalam pertandingan seni khat peringkat sekolah agama sehinggalah ke peringkat negeri Johor. Dengan bimbingan Ustaz Yusuf bin Othman, Guru Besar Sekolah Agama Sri Pasir, Sri Medan (sekarang beliau bertugas sebagai Nazir Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor) pada tahun 1995, penulis mengorak langkah meneruskan aktiviti seni khat sehingga sekarang. Berbekalkan pengalaman selama 17 tahun dalam penulisan khat, penulis sedia memberikan khidmat yang berkaitan dengan seni khat kepada masyarakat khususnya di Malaysia.
Mula menuntut seni khat dengan bimbingan Ustaz Yusuf bin Othman, Guru Besar Sekolah Agama Sri Pasir, Sri Medan (sekarang beliau bertugas sebagai Nazir Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor) pada tahun 1995. Pernah berguru dengan penulis khat terkenal Johor ; Ustaz Ahmad bin Songkrim (sekarang Imam di Masjid Pontian) dan Ustaz Zamri bin Amid (Seni Khat Nusantara Sdn Bhd).
Pengalaman
·         Penulis Khat di Seni Khat Nusantara Sdn Bhd (2010)
·         Guru Sandaran  di SMA Parit Raja, Batu Pahat dan SMK Tinggi Batu Pahat

Latarbelakang Pendidikan

·         Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar 2007

Kemahiran

Penulisan Seni Khat
Khat Thuluth, Nasakh, Riq’ah, Diwani, Farisi

Mahir
Teknologi Maklumat
Word, Excel, Powerpoint

Mahir

Anugerah :


1.Johan Pertandingan Seni Khat Sekolah Agama Peringkat Negeri Johor 1996
2.Johan Pertandingan Seni Khat Bawah 13 Tahun PKENJ Peringkat Negeri Johor 1996
3.Johan Pertandingan Seni Khat Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Johor 1997
4.Naib Johan Pertandingan Seni Khat Maal Hijrah, Plaza Angsana Johor Bahru 2000
5.Naib Johan Pertandingan Seni Khat Konvokesyen Marsah 2002
6. Tempat keempat Pertandingan Seni Khat terbuka, Plaza Angsana 18 September 2011

Lantikan :    
                                                                                                                               
 1. Hakim Pertandingan Seni Khat Konvokesyen MARSAH 2003
2. Penulis Sijil Diploma IPT Islam Johor  (MARSAH) 2005 
3. Jurulatih Seni Khat SMA Parit Raja Batu Pahat 2008
 4. Ketua Unit Seni Khat, Kelab Kesenian Maahad Johor 2001



 Gambar di dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad 16 Jun 1996
sewaktu memenangi tempat pertama Pertandingan Seni Khat Pelajar Sekolah Peringkat Negeri Johor
Penulis (membelakangi kamera) .Gambar dalam Jurnal Halaman Bestari Perbadanan Johor 1996 dalam artikel 'Seni Khat'