Memaparkan catatan dengan label karnival cinta Masjid 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karnival cinta Masjid 2012. Papar semua catatan

18.4.12

Cinta Masjid TV Alhijrah @ Ampang (Masjid Al-Azim Pandan Indah)

Banner Utama Program

Tentatif Program

Demo di hadapan YB Dato' Seri Ong Tee Kiat

Diapit oleh dua srikandi, Ustazah Amie Sofea, Juara dari Program Realiti Solehah TV Alhijrah dan                                                                     Ezani Farhana, Juara Masterchef Malaysia 

Bersama Ardi Herman pembaca berita TV Alhijrah (adik Ally Iskandar)

Yang ini ialah Opick, penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, lagu tema yang baru dalam cerita " Tentang Dhia", lakonan Adi Putra dan Nora Danish

Terimalah cenderahati ni ya pak Opick..

Bersama Sahabat seperjuangan Gajir dari gajir Kaligrafi..painting dia ni memang pergh...superb

Sedutan akhbar Sinar Harian :

KUALA LUMPUR - Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah Siri Kedua di Masjid Al -Azim Pandan Indah di sini hari ini menerima sambutan luar biasa apabila ribuan pengunjung menyertai pelbagai program dan aktiviti yang diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif  Al-Hijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda berkata, program ini adalah kali kedua dianjurkan untuk menggalakkan masyarakat mencintai dan mendekati masjid.

Katanya, pada kali ini, Masjid Al-Azim dipilih menjadi lokasi program berdasarkan reputasi masjid yang amat baik dalam mengadakan aktiviti dan program bersama masyarakat di sini.

“Selain masyarakat dan jemaah bersama-sama menyertai program dan aktiviti yang diadakan, kesempatan ini  TV Al-Hijrah juga ingin menonjolkan Masjid Al-Azim menerusi media supaya masjid-masjid lain dapat mencontohi masjid ini.

"Pada masa yang sama, Program Cinta Masjid ini merupakan tanggungjawab sosial korporat  TV Al-Hijrah kepada masyarakat yang sentiasa menyokong penyiaran ini," katanya kepada Sinar Harian.

Bukhari berkata, sebagai stesen penyiaran yang baru, TV Al-Hijrah sentiasa ingin mendekati masyarakat dan penonton agar TV Al-Hijrah lebih dikenali.

Katanya, inilah masanya juga untuk penonton mengenali lebih dekat lagi kakitangan stesen, mengenali pengacara, apakah program dan kandungan TV Al-Hijrah dan pelbagai lagi.

"Program seumpama ini akan turut bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan masyarakat dengan masjid menjadi paksinya dan masyarakat akan memenuhi pengisian program yang akan diadakan," katanya.

Jelasnya lagi, program kali ini juga mendapat kerjasama dengan akhbar Sinar Harian yang membawa pengisian ilmu supaya masyarakat akan lebih tertarik dengan buku berilmiah.

Antara pengisian Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah adalah demonstrasi seni tulisan khat, 60 minit bersama Ustaz Don, pertandingan azan, dan pidato, qasidah, pertandingan memakai hijab, sukan rakyat, cinta al-Quran bersama teknik Al-Bahgdadi dan pelbagai lagi.


Read more...