Memaparkan catatan dengan label karnival tv alhijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karnival tv alhijrah. Papar semua catatan

14.11.12

Logo 'Hijrah Bersama' TV Alhijrah kini berwajah baru

Selamat Menyambut Ulangtahun Kedua 
TV Alhijrah !



LiputanSaluran (UHF)Frekuensi (MHz)
Alor Setar, KedahCH 32559.25Ipoh, PerakCH 55743.25Lembah KlangCH 55743.25TerengganuCH 41631.25Kuantan,PahangCH 22479.25Mersing,JohorCH 40623.25Kuching,SarawakCH 37599.25Kota Kinabalu,SabahCH 37599.25KelantanCH 48687.25



Alhamdulillah...logo khat Hijrah Bersama yang berwarna merah tahun lepas kini berubah wajah lebih segar. Terima kasih TV ALHIJRAH !!!
Read more...

Khat Solution @ Promo Facebook Tv Alhijrah

Tarikh : 8 November 2012

Jom imarahkan booth TVAlhijrah & temui personaliti kami seperti Chef Ammar, Amie Sofea, Wan Kamarudin Wan Ibrahim, Dr Ezani, Raja Farah, Ustaz Shahridzan Daud At Turabi serta ramai lagi di Program Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Warga Pondok & Majlis Pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia di Masjid Taman Bukit Indah, hari ini. Siaran langsung di TVAlhijrah jam 4.00petang.


tengah khusyuk menulis...
chef ammar...masak dari hati masak with eemann....



Read more...

30.1.12

Aktiviti di booth TV Alhijrah @Karnival Karangkraf 2012

Chef Is Menu Alam
 
ustaz Amin Idris - Assalamualaikum
Pelakon drama Maqam
pertandingan menulis khat

 
nazirah , syafiq pengacara assalamualaikum

SHAH ALAM 27 JANUARI - Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan pada hari Jumaat 27 Januari hingga Ahad 29 Januari telah mendapat sambutan yang luarbiasa daripada pengunjung. Walaupun ruang parking terhad, nampaknya itu tak menghalang pengunjung daripada membanjiri karnival ini yang diadakan di Kompleks Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Sepana 15/3 Persiaran Selangor. Pening juga masa mula-mula nak cari tempat ni. Ianya terletak di dalam kawasan perindustrian.

Booth TV Alhijrah telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung. antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan khat, pertandingan laungan azan, kuiz, ceramah Ustaz Don, sesi promosi drama Maqam yang dibintangi oleh Razali Hussein, Syakila, Zulkifli, Shahrulnizam, Dato' Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Lisdawati dan Lydiawati.


Sesi ceramah Ustaz Don telah berlangsung pada hari Ahad 29 Januari. Peminat dah tunggu sejak pukul 2 petang lagi. Lebih kurang pukul 3 Ustaz Don sampai dan terus menyampaikan ceramah Cinta Rasul  sempena Maulidurrasul yang dah tak lama lagi ni.

Serentak dengan acara berkenaan, Seni Khat Solution telah mengadakan demo menulis khat nama bersaiz a4 dengan harga hanya RM10 sahaja. Demo ini telah mendapat perhatian Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Abu Bakar, Datuk Bandar Shah Alam dan ramai lagi. Abdul Rahman juga diberi kepercayaan untuk mengadili pertandingan khat dan pertandingan azan. Selepas ini kami akan mengadakan pameran di booth TV Alhijrah di Karnival Cinta Masjid di Masjid Kg Batu, Sentul, Kuala Lumpur.
 
--
Abdul Rahman bin Sahalan
Founder and Calligrapher
Seni Khat Solution
Batu Pahat Johor
013-7107022
www.khatsolution.com.my
http://seni-khat.blogspot.com
Read more...