Memaparkan catatan dengan label kemahkotaan sultan johor 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemahkotaan sultan johor 2015. Papar semua catatan

10.3.15

Khat " Daulat Tuanku" sempena Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015



Hasil karya abang saya, Ustaz Othman bin Sahalan selaku Ketua Jabatan Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam Johor Marsah yang dipamerkan di seluruh negeri Johor.

Penggunaan khat Thuluth dan khat Ijaazah menjadikan karya ni boleh dianggap "rare"...

Warna biru background memang warna rasmi istana untuk iklan2. Dan paling beat ialah...semuanya bertulis Jawi....tahniah pada pihak Istana Johor dan kompeni yang dapat kontrak ni....

Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diadakan pada 10 Februari 1960 di Istana Besar, Johor Baharu.

JOHOR BAHARU (Bernama) -- Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac ini.Bakal menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli berkata istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM."Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Feb 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah dipejabatnya, di sini, baru-baru ini.

MENGAPA PENTINGNYA ISTIADAT KEMAHKOTAAN

Abdul Rahim berkata kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat.Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh Menteri Besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor."Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.

Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik takhta.Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN TONJOL BUDAYA MELAYU, BARAT DAN ISLAM

Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, terdapat sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan yang akan bermula 16 Mac ini, yang menampilkan adunan tiga kebudayaan iaitu budaya Melayu, Islam dan Barat.Misalnya, istiadat Siram Tabal yang akan diadakan pada 21 Mac, mempunyai ciri-ciri adat istiadat Melayu, yang menggunakan air dari ulu sungai dari 10 buah daerah dalam negeri Johor."Adat istiadat yang kita gunakan adalah mengikut warisan iaitu berdoa, bertepung tawar, bersiram dan lain-lain lagi," kata beliau.Sehari sebelum itu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar dan semua masjid-masjid jamek di daerah, bagi memberi peluang rakyat untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta mendoakan agar istiadat kemahkotaan baginda berjalan dengan lancar.Selain itu, pemakaian mahkota kepada Sultan Ibrahim serta istiadat Menghadap Takzim adalah mengikut budaya barat, kata beliau.

MAHKOTA SEBAGAI LAMBANG KEMODENAN DIRAJA JOHOR
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli

Kredit kesultananjohor.blogspot.com




posted from Bloggeroid



Haaa...yang ni pulak ialah Sate Sahlan Sri Medan, sate kegemaran Sultan Johor. Bapa kami telah menjual sate sejak puluhan tahun lepas. Tapi sejak kunjungan Tuanku ke gerai di Sri Medan Batu Pahat ni, dah semakin ramai pelanggan dan makin famous. Alhamdulillah wassyukru Lillah....













Read more...