Halaman
▼
31.5.11
Bengkel Khat Guru-guru Zon Yong Peng
Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas 26/5/2011 bengkel khat telah berjalan dengan jayanya di
SK Seri Telok, Parit Yaani, Yong Peng, Batu Pahat. Seramai 40 orang guru Pendidikan Islam dan
j-Qaf bagi Zon Yong Peng telah bersama-sama mempelajari teknik khat terkini daripada AR Khat
Design.
Menurut Setiausaha Guru-guru Pendidikan Islam Zon Yong Peng, Ustazah Nor Laila Salehan,
bengkel yang julung kali diadakan ini amat penting bagi menambah kemahiran guru-guru dalam
pengajaran khat di kelas. Insya-Allah selepas ini akan diadakan pula bengkel bagi pelajar SK
Seri Telok terutamanya pelajar yang terlibat dengan j-Qaf.
23.5.11
Belajar Khat SK Sri Maimon Parit Sulong
Pada hari Sabtu yang lepas, 21 Mei 2011, SK Sri Maimon telah mengadakan Bengkel Khat untuk guru dan kakitangan sekolah. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Pelbagai acara telah diatur antaranya ialah kaedah mengenali jenis khat, cara-cara menulis menggunakan buluh dan demo khat spontan. Berdasarkan respon yang diterima, bengkel khat ini sangat menarik walaupun dalam masa yang singkat. Sijil dalam tulisan khat untuk semua peserta telah disampaikan pada akhir program.
Insya Allah, minggu depan 26hb Mei 2011 saya telah mendapat jemputan untuk mengadakan bengkel khat di Sekolah Kebangsaan Seri Telok Parit Yaani Yong Peng, Batu Pahat. Bengkel ini untuk guru-guru Pendidikan Islam seluruh Zon Yong Peng. Lebih kurang ada 60-70 orang guru akan menyertainya. Alhamdulillah...
21.5.11
Belajar Khat : SK Sri Maimon Parit Sulong
Pada hari Sabtu yang lepas, 21 hb Mei SK Sri Maimon Parit Sulong Baatu Pahat telah mengadakan Bengkel Khat untuk pengisian LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Seramai 42 orang guru dan kakitangan sekolah telah menghadiri bengkel ini.
Dalam bengkel ini peserta akan diberikan panduan bagaimana mengenali jenis khat, kaedah menulis yang betul dan demo menulis khat spontan. Alhamdulillah, ramai yang bertanyakan soalan dan pendapat menunjukkan bahawa seni khat masih ramai penggemarnya.
Insya Allah hari Khamis depan 26 Mei saya akan mengelolakan bengkel khat di SK Sri Telok Yong Peng Johor untuk guru-guru dan kakitangan sekolah Zon Yong Peng:
Dalam bengkel ini peserta akan diberikan panduan bagaimana mengenali jenis khat, kaedah menulis yang betul dan demo menulis khat spontan. Alhamdulillah, ramai yang bertanyakan soalan dan pendapat menunjukkan bahawa seni khat masih ramai penggemarnya.
Insya Allah hari Khamis depan 26 Mei saya akan mengelolakan bengkel khat di SK Sri Telok Yong Peng Johor untuk guru-guru dan kakitangan sekolah Zon Yong Peng:
17.5.11
Pertandingan Seni Khat Antarabangsa 2011
Yayasan Restu sedang menganjurkan pertandingan khat peringkat antarabangsa. Jenis khat yang perlu dihantar oleh peserta ialah Thuluth Jaliy. Ayat untuk pertandingan telah disediakan, so tinggal tulis dan hantar sahaja. Macamana kawan-kawan, jom pakat masuk ramai-ramai..
Selamat Hari Guru 2011
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di dunia ini. Jasamu dikenang. Kepada guru-guru di Malaysia, teruskan usaha mendidik anak bangsa, tanpa jemu menabur usaha, InsyaAllah semuanya berjaya, hanya Allah dapat membalasnya...Amin...
Selamat Hari Guru dalam khat thuluth ; Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara dalam khat nasakh |
14.5.11
Selamat Datang ke Blog Kami
Assalamualaikum.
Ini adalah salam pengenalan daripada saya Rahman Sahlan kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai seorang penggiat seni khat ada pelbagai perkara dan idea yang dirancangkan. Buat masa ini saya akan buat apa yang mampu sahaja. InsyaAllah..