Halaman

12.12.11

Dakwat untuk penulisan khat



Dakwat adalah bahan yang sangat penting dalam penulisan khat. Dakwat yang baik akan mempengaruhi penulisan menjadi cantik dan lancar. Begitu juga sebaliknya, dakwat yang kurang baik akan menjejaskan kelancaran pena khat tidak kiralah ianya pena logam, tumbuhan atau marker.

Terdapat banyak jenama khat di luar sana. Tahukah anda apakah dakwat yang terbaik untuk menulis khat? Pastinya dakwat yang dibancuh sendiri boleh memberikan kepuasan dalam penulisan khat. Andainya tiada, nak guna dakwat apa ye?

Bukan hanya kulit buah delima dan buah manjakani boleh dijadikan dakwat, malah beras, bunga lawang dan cengkih turut mampu dijadikan dakwat.
Walaupun hanya terhad kepada warna-warna tertentu sahaja , tetapi dakwat tradisional ini mampu divariasikan warnanya dengan menggunakan bahan semulajadi lain, contohnya daun pandan untuk mendapatkan warna hijau.
Selain itu, penggunaan halia, kunyit dan kulit kayu manis untuk dijadikan dakwat juga mampu mengeluarkan bau wangi pada dakwat.
"Faktor pelbagai jenis dakwat yang ada di pasaran sekarang lebih mudah didapati menjadikan dakwat tradisional tidak relevan untuk digunakan dalam menulis khat," katanya.
"Dakwat tradisional untuk menulis seni khat ini kebiasaannya disimpan di dalam bekas khas dengan dimasukkan benang sutera kasar atau span ke dalamnya.
"Ia bertujuan untuk mengelakkan mata pen daripada cepat rosak dan juga mengelak dakwat tersebut melekat terlalu banyak ketika menulis," katanya.
+ petikan KOSMO!

Di sini saya tunjukkan beberapa jenama dakwat yang boleh digunakan.


 Dakwat kaligrafi Cina (sesuai untuk asas sahaja kerana
teksturnya kurang halus, menyukarkan penulisan)

Dakwat terbaik di pasaran (kalis air, hitamnya pekat dan penulisan akan jadi halus dan nampak pergerakan dakwat)

Dakwat Parker (tekstur halus tetapi kurang pekat, lebih tepat lagi, cair)

Dakwat Manuscript Calligraphy ( tekstur halus, tidak kalis air)

Dakwat Calli (sangat sukar didapati, hitamnya sangat pekat, tekstur halus, kalis air)

Dakwat Sheaffer (halus tetapi dakwatnya jernih, tidak kalis air, sesuai untuk pena logam)

Bekas dakwat (diletakkan span di dalamnya barulah tuang dakwat)