Halaman

20.7.12

Salam Ramadhan buat semua

Bulan Ramadhan kembali lagi...
Bagaimana persiapan anda?
Banyakkan ibadah, hapuskan fitnah...

18.7.12

Latihan Khat Nasakh

Latihan..latihan..dan latihan. Sehebat mana pun seseorang itu dalam sesuatu perkara, pastinya ia hasil daripada latihan dan kesungguhan melakukannya. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, kemahiran menulis pastinya takkan hilang cuma agak terkurang sahaja. Alhamdulillah berkat beberapa doa yang diamalkan seharian, kemampuan untuk menulis hadir kembali cuma perlukan banyak latihan lagi.


11.7.12

Pertandingan Tulisan Khat Terbuka | Hypermedia library

http://hypermedialibrary.wordpress.com/2012/07/02/pertandingan-tulisan-khat-terbuka/


Penyertaan adalah Percuma.
Terbuka kepada 60 peserta terawal sahaja.
berumur: 10 – 12 tahun (sekolah rendah) dan 13 – 15 tahun (sekolah menengah)
Tempat: Masjid Al-Irsyad, USJ 1.
Tarikh: 28 Julai 2012
Hari: Sabtu
Masa: 9 pagi – 1 petang.
Hubungi talian tertera pada poster untuk mendaftar.

2.7.12

Pertandingan Buku Skrap Jawi Utusan Malaysia Julai 2012

# Pemenang bagi pertandingan ini telah mendapat hadiah dan dihubungi oleh Utusan Malaysia sendiri. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa ye...cuba lagi tahun depan...

Berita berkaitan :
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.
Berikutan kejayaan itu, SK Sena menerima hadiah RM1,000 dalam satu majlis yang diadakan sempena dengan hari anugerah cemerlang sekolah berkenaan di Dewan Kapitol di sini semalam.
SK Sena merupakan di antara 3,100 penyertaan yang diterima dari sekolah rendah bagi pertandingan anjuran Utusan Melayu Mingguan yang ditaja oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu sejak ia diadakan Mei lalu.