Halaman

27.10.12

Aktiviti Dalam Bengkel Khat Kami




 OBJEKTIF PROGRAM

¡  Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi
¡  Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat
¡  Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
¡  Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
¡  Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat

KELEBIHAN MEMPELAJARI PENULISAN KHAT

·         Menjadi nilai tambah bagi peserta  dalam kehidupan

·         Dengan  menulis khat berterusan, secara automatik kita akan lebih mudah membaca tulisan  jawi dan Arab dan pastinya memudahkan kita membaca al-Quran

·         Mendidik diri kita dengan kesabaran,  ketabahan dan ketekunan

·         Melatih diri dalam menghayati tulisan khat di tempat awam dan menyemai minat mencintai khat dan jawi

·         Dengan menulis ayat al-Quran dan al-Hadith, kita akan menjiwai setiap amalan yang kita buat dan seterusnya menghayati ibadah seharian yang akan menghasilkan ketenangan jiwa yang begitu indah



AKTIVITI
Masa                      :           4 atau 8  jam /sesi

Aktiviti
Pengisian
Tempoh
Slot 1:

Slideshow:
Pengenalan Seni Khat  


- Sejarah ringkas
- Asas-asas am penulisan khat
- Peralatan menulis khat
- Teknik memegang pen khat

½
  jam
Slot 2:
1.Pengenalan Teknik Penulisan dan     Huruf-huruf Khat Gaya Nasakh


- Menulis huruf tunggal berpandukan slide

- Peserta membuat latih tubi

 ½
 jam
Slot 3:
Latihan Amali 1




- Menulis huruf bersambung berpandukan slide

Tugasan:
- menulis huruf yang terpilih


 1/2
 jam

Slot 4 :
Kuiz

-Menulis nama sendiri dalam khat dan penyampaian hadiah
½ jam
 Pameran hasil karya khat

-Demonstrasi Penulisan Khat Spontan
-mempamerkan hasilan produk khat seperti frame nama keluarga, bookmark, nama pelajar, dan sebagainya

Sepanjang program berjalan

PERALATAN MENULIS KHAT (yang kami sediakan)

1. Pena/Qalam Buluh dan resam  yang telah diraut
2. Dakwat hitam dan bekas dakwat
3. Art Paper (kertas licin)
4. Kertas kerja
5. Buku panduan dan latihan amali

Call/ Whatsapp kami 0137027770






























16.10.12

Karnival Semarak Jawi Kebangsaan Oktober 2012 Perpustakaan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia

KARNIVAL SEMARAK JAWI KEBANGSAAN 2012

PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)


AKTIVITI DI GERAI
18 - 20 OKTOBER 2012
10.00 Pagi- 9.00 Malam
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Gerai Jualan Bahan Terbitan Jawi dan Umum
  • Gerai Perisian Jawi
  • Gerai Seni Khat & Kraftangan
  • Gerai Cenderahati
  • Gerai Pakaian, Makanan dan Minuman
PAMERAN
18 - 20 OKTOBER 2012
10.00-Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pameran Manuskrip dan Seni Khat oleh Perpustakaan Negara Malaysia & Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Terengganu

HARI PERTAMA
18 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Mari Eja Jawi bersama Ustaz Zambri
  • Persembahan Nasyid Dua’
  • Pintar Jawi bersama Utusan Publications
  • Pantas Jawi bersama Utusan Melayu (UMMB)
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Bengkel Khat bersama Persatuan Seni Khat Terengganu
  • Bengkel Doktor Jawi bersama Ustaz Abdul Manan
HARI KEDUA
19 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Membaca Naskhah Jawi Lama
  • Persembahan Dikir Barat bersama Remaja Kok Keli
  • Bicara Buku bersama Fatima Syarha
  • Susun Atur Gambar bersama Queffa Enterprise
Tempat : Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Mewarna Jawi (kanak-kanak)
  • Pertandingan Tulisan Jawi Cantik
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Wacana Manuskrip Melayu oleh En. Wan Dasuki bin Wan Abdullah (UM) dan En. Khamis bin Mohammad, (UKM)
  • Bengkel Klinik Jawi bersama Ustaz Azman Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
HARI KETIGA
20 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Bersama Raja Lawak
  • Cinta Jawi bersama Ustaz Syed Tuan Mohd Norhisyam bin Tuan Padang
  • Persembahan Voice of Ummi
  • Ceramah Motivasi bersama Imam Muda Najdi
  • Promosi Sahibba Jawi bersama Syarikat Permainan Malaysia (SPM)
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Sahibba Jawi bersama Syarikat Permainan Malaysia (SPM)
  • Pertandingan Khat Jawi
  • Pertandingan Susun Atur Huruf Jawi

15.10.12

Tempahan Khat Nama Family Tree


Tempahan dibuka sekarang! Emailkan ke rahmankhat@gmail.com nama anda dan ahli keluarga anda, hanya RM20 untuk 2 nama pertama dan tambahan RM5 untuk nama seterusnya. Frame dan cermin saiz A4 hanya tambah RM20.
*Email kami sekarang untuk tempahan! Saiz lain juga ada sehingga 24 inch x 36 inch.
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

14.10.12

Pena resam dan pokoknya

Pena resam adalah bahan yang sangat baik untuk dijadikan pena khat. Ianya berwarna coklat gelap dan sangat keras. Pokok resam boleh didapati di belukar dan tepi-tepi bukit dan merupakan sejenis pokok pakis.. Susah untuk mendapatkan pokok resam yang besar. Ini adalah gambar pokok resam yang juga dikenali sebagai handam.

6.10.12

Khat Solution @ Singapore Expo 4-7 Oktober 2012

Hall 5 : with Titian Design and Print


   



                  
  




             
     





"Allah : Cahaya Atas Cahaya"