Halaman
▼
3.1.13
Artikel Seni Khat :Syarikat Unicraft dalam Sinar Harian
SAMBUTAN menggalakkan terhadap kaligrafi khat dalam kalangan pelancong mendorong Fazillah Abdul Rahman berkecimpung dengan lebih aktif sejak 2007.
Setiap produk kaligrafi dihasilkan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dan kini permintaan diterima semakin menggalakkan.
Sebagai pengusaha khat, Fazillah dan suaminya sentiasa mengetengahkan reka bentuk terkini dan setiap proses dilakukan dengan sendiri.
Menurutnya, peluang menyertai kraf tangan Malaysia ke United Kingdom (UK), Dubai, Jerman, Itali, Hong Kong dan Birmingham menjadi platform kepadanya mengetengahkan produk ke pasaran luar.
“Setiap kali menyertai pameran luar negara, kami akan membawa 125 khat dan pastinya ia akan habis dijual.
“Hampir lima tahun beroperasi, purata 15,000 bingkai dapat dihasilkan setiap bulan,” katanya kepada Sinar Harian.
Baca seterusnya di sini http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kaligrafi-khat-tarikan-pelancong-1.117534