Halaman

30.11.13

Updated : Pertandingan Khat Terbuka Peringkat Kebangsaan di Galeri Seni Johor 30 November 2013

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Pemenang pertandingan khat spontan terbuka :
1. Fadil Sulaiman
2. Zulhillmi Sobri
3. Zamri Amid
Saguhati : Rumaja Sarmin, Syukri Senin, Salam Bain
Pemenang Spontan Sekolah
1. Nabiah Mohd Najib
2. Nur Alia Batrisyah
3. Nur Amizah Syazana
Saguhati : Nurul Sa'adah , Nurul Juzailah, Nasyitah Syatira

LATAR BELAKANG


Seni
khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya di negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan.
Oleh itu pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Galeri Seni Johor ini adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2013 pada kali ini merupakan pertandingan kali yang keempat anjuran Yayasan Warisan Johor dan ianya diharap dapat memberi impak yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di negeri Johor.

OBJEKTIF

Untuk memashyurkan Negeri Johor yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.
Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan pengiat seni atau pengkarya bagi menaikkan identiti Negeri Johor.
Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya
Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di negeri Johor yang beridentiti tersendiri
Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah Himpunan Tetap Galeri Seni Yayasan Warisan Johor

SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan
ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori yang dipertandingkan.
Saiz bagi kategori karya siap (kanvas, kayu dan logam), mestilah tidak kurang dari 3 kaki x 4 kaki (91.5 cm x 122 cm)
Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap berbingkai serta sedia untuk dipamerkan.
Karya yang dihasilkan mestilah asli dan baru, dan bukan ditiru atau disalin daripada karya yang pernah pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas penerimaan karya yang lewat, rosak atau hilang dalam perjalanan
Bagi kategori karya siap, penggunaan tulisan khat yang dibenarkan adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi dan Khat Jaly Diwani,
Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
Hasil kerja tangan (freehand) akan diberi keutamaan dalam pemarkahan karya. Peserta adalah digalakkan meminimakan semungkin yang boleh dalam penggunaan mesin dan alat bantu.
Sesuai dengan hukum-hukum Islam mengenai seni dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam sama ada dari aspek akidah atau syariah.
Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan
Karya-karya yang tidak berjaya boleh dituntut dari pihak Yayasan Warisan Johor dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan.
Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 November 2013.


HADIAH PERTANDINGAN

KARYA SIAP (SeniKhat Kanvas)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

KARYA SIAP (Seni Khat Kayu)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Karya Siap (Seni Khat Logam)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( TERBUKA )

Pertama:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 700.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM 200.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( SEKOLAH )

Pertama:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM350.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM200.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM100.00 Cenderamata dan Sijil

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun di sini http://www.ywj.gov.my/warisanv2/index.php/muat-turun/category/2-pertandingan

29.11.13

Kursus Khat Kufi Murabba' (Kufi Square) di Terengganu 4 Disember 2013

Kursus ini diadakan oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Yuran penyertaan hanya RM 50.00 TERMASUK MAKAN TENGAHARI. Ayuh warga Terengganu dan sekitarnya sertai kursus ini !

19.11.13

Kursus Seni Khat di Masjid Putrajaya 25 hingga 27 November 2013




KURSUS PENDEK ASAS SENI KHAT AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA MAKLUMAT BERIKUT :

Buka facebook Persatuan Seni Khat Kebangsaan https://www.facebook.com/pskkm?fref=ts

Tarikh : 25 ~ 27 Nov 2013
Masa : 10.30 pg ~ 4.30 ptg
Tempat : Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), The Souq, Aras Bawah Masjid Putra, Putrajaya
Yuran Penyertaan : RM 150.00

Makanan dan Alatan asas penulisan khat akan disediakan

Sila isi maklumat berikut. Had peserta 18 orang sahaja. Jika lebih akan dibawa ke sesi berikutnya iaitu 28 ~ 30 Nov.

Tentatif Program :

Hari Pertama : Pengenalan Seni Khat, Jenis-jenis alatan, Khat Nasakh & Riq'ah
Hari Kedua : Thuluth & Diwani
Hari Ketiga : Kufi Murabba' (Wajib bawa laptop jika ada)


Sekian dimaklumkan

Borang online di sini...

https://docs.google.com/forms/d/1EaBHu3ikWVMZiE48U34y0v0oq2-eAopXb2DnD7dwM6E/viewform

18.11.13

Updated : Senarai Pemenang Pertandingan Seni Khat Terengganu 15-17 November 2013

Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

SENARAI KESELURUHAN PEMENANG PERTANDINGAN KHAT TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


PEMENANG PIALA PUSINGAN TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013 (PIALA MANDALIKA)

Nama: Syed Mohd Shafie Bin Tuan Sidi (Malaysia)

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Seni Khat Kebangsaan - Kategori Siap Kayu

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Seni Khat Kebangsaan - Kategori Siap Logam — at Taman Tamadun Islam.

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SENI KHAT KATEGORI SIAP ANTARABANGSA (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

Pemenang Tempat Pertama : Abdul Baki Bin Abu Bakar (Malaysia)

Pemenang Tempat Kedua : Ahmed Hassan Eldesouky Elhawany (Egypt)

Pemenang Tempat Ketiga : Ihab Ibraheem Ahmed Thabet (Palestine)

Saguhati :
1) Ghulam Murtaza (Pakistan)
2) Abd Rahman Al-Abadi (Syria)
3) Mahmoud Mohamed Abd Elsalam Eldalil (Egypt)
4) Ahmad Syafii (Indonesia)
5) Karzan Abu Bakar Karim (Iraq)
6) Omar Nour Fuad (Egypt)
7) Benterkia Mohamad Lamine (Algeria)
8 ) Seerwan Kamal Ali (Iraq)
9) Nukman (Indonesia)
10) Hafiz Arjum Mehmood (Pakistan)

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SENI KHAT KARYA SIAP KEBANGSAAN (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

KATEGORI SIAP LOGAM

Pemenang Tempat Pertama : Syed Mohd Shafie Bin Tuan Sidi

Pemenang Tempat Kedua : Abdul Baki Bin Abu Bakar

Pemenang Tempat Ketiga : Syed Ibrahim Helmi Bin Syed Mohamad

Saguhati :
1) Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad
2) Mohd Yazid Bin Misdi
3) Shah Bin Tumin
4) A Wahab Bin Mohd
5) Zamri Bin Amid
6) Mohd Norussalam Bin Hj Bain
7) Siti Hawa Binti Zainal Abidin
8 ) Junaidi Bin Hassan
9) Mahadi Bin Muda
10) ZulArham Bin Mohd Sobri

KETEGORI SIAP KAYU

Pemenang Tempat Pertama : Syed Mohd Shafie Bin Tuan Sidi

Pemenang Tempat Kedua : Mohd Yazid Bin Misdi

Pemenang Tempat Ketiga : A. Wahab Bin Mohd

Saguhati :
1) Mohd Shafiee Bin Abdullah
2) Mohd Shafiq Bin Mohamad
3) Abdul baki Bin Abu Bakar
4) Ahmad Suhaili
5) Zamri Bin Amid
6) Abdul Wahab Khalid
7) Mohd Hamdan Bin Mohamad
8 ) Ahmad Ali Mahfuz Bin Othman
9) Syed Abdullah Radhi Bin Syed Omar
10) Nurhaibir Noor Darul

KATEGORI SIAP KANVAS

Pemenang Tempat Pertama : Mohd Shafiq Bin Mohamad

Pemenang Tempat Kedua : Mohd Fadil Bin Sulaiman

Pemenang Tempat Ketiga : Mohamad Afif Bin Ismail

Saguhati :
1) Mohd Fathy Bin Rosely
2) Mubarak Bin Easam Makarim
3) Muhammad Nazmi Bin Mohamad Rasid
4) Khairunnisa Binti Mohd Fakiri
5) Mohd Hisyamudin Bin Ramly
6) Mohd Norussalam Bin Hj Bain
7) Zahidah Binti Rasid
8 ) Ainun Jariah Binti Yaacob
9) A. Wahab Bin Mohd
10) Mohd Zulhilmi Bin Mohd Sobri

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SENI KHAT KATEGORI SPONTAN (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

KATEGORI TERBUKA SPONTAN

Pemenang Tempat Pertama : Zamri Bin Amid

Pemenang Tempat Kedua : Mohamad Hafizuddin

Pemenang Tempat Ketiga : Norshaharizal Saadia’i

Saguhati :
1) Mohd Fadil Sulaiman
2) Mohd Zulfikri Mohd Sobri
3) Nik Abd Rahman Zaki Nik Abd Kadir
4) Hasrol Bin Hasshim
5) Mohd Zulhilmi Bin Mohd Sobri
6) Mohd Firdaus Bin Mahadi
7) Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad
Mohd Faizul Azmir
9) Muhammad Nazmi Bin Mohamad Rashid
10) Abdul Wahab Khalib

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SENI KHAT KATEGORI SPONTAN (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

Pemenang Tempat Pertama : Mohammad Amir Nashrullah Bin Mohd Razib

Pemenang Tempat Kedua : Muhammad Yazid Samsudin

Pemenang Tempat Ketiga : Muhammad Yasier Syafiq

Saguhati :
1) Arief Asyhraf Bin Zaidi
2) Amir Rahimi Zaidy
3) Mus’ab Al-Munir Bin Abd Wahab
4) Muhamad Hamdi Bin Che
5) Muhammad Syahmi Bin Moktar
6) Amir Shahidi Bin Zaidy
7) Muhammad Saifuddin Bin Afandi
Mohamad Afiq Bin Anam
9) Muhammad Zulhusni Bin Mohd Zaki
10) Muhammad Irram Bin Zulkifli

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN SENI KHAT KATEGORI SPONTAN (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Pemenang Tempat Pertama : Nur Alya Batrisyah Binti Noor Iskandar

Pemenang Tempat Kedua : Nik Maghfirah Binti Nik Abdul Rahman Zaki

Pemenang Tempat Ketiga : Nik Mawaddah Binti Nik Abdul Rahman Zaki

Saguhati :
1) Uwais As-Soolihi Bin Mohd Shukri
2) Syed Ahmad Syafiq Bin Syed Ibrahim Halmi
3) Nurul Ain Binti Abd Rahman
4) Zu Narain Binti Muhizulahfaz
5) Hamdan Syakirin Bin Rosely
6) Nurzulfatun Najah
7) Syarifah N. Syakiriah
Muhammad Khalil Husory Bin Khadir
9) Nur Auni Batrisya Binti Roze
10) Nur Izni Mohd Azmi

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN BATIKHAT (TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013)

Pemenang Tempat Pertama : Rohayah Binti Ali

Pemenang Tempat Kedua : Kadir @ Kadiri Bin Jusoh

Pemenang Tempat Ketiga : Sedratul Muntaha Binti Ismail

*sumber dari page
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2013
Tamadun Islam Terengganu..


PEMENANG KALIGRAFI PERINGKAT ANTARABANGSA TIIAF 2013
 1. Pemenang Tempat Pertama
 Abdul Baki Bin Abu Bakar (Malaysia)

(Karya ust Abdul Baki)

 2. Pemenang Tempat Ke-2
 Ahmed Hassan Eldesouky Elhawany (Egypt)
 3. Pemenang Tempat Ke-3
 Ihab Ibraheem Ahmed Thabet (Palestine)
 4. Saguhati:
 i. Ghulam Murtaza (Pakistan)
 ii. Abd Rahman Al-Abadi (Syria)
 iii. Mahmoud Mohamed Abd Elsalam Eldalil (Egypt)
 iv. Ahmad Syafii (Indonesia)
 v. Karzan Abu Bakar Karim (Iraq)
 vi. Omar Nour Fuad (Egypt)
 vii. Benterkia Mohamad Lamine (Algeria)
 viii. Seerwan Kamal Ali (Iraq)
 ix. Nukman (Indonesia)
 x. Hafiz Arjum Mehmood (Pakistan)












Buka website TTIAF 2013 untuk jadual acara SINI http://tiiaf.tti.com.my/

Download borang Pertandingan Peringkat Kebangsaan di SINI https://docs.google.com/file/d/0B5oqxxHakE6DTFRWVTM4OFZtbUU/edit?usp=sharing

Download borang Pertandingan Peringkat Antarabangsa di SINI https://docs.google.com/file/d/0B5oqxxHakE6DZWRxSEFCbTQ1MlE/edit?usp=sharing


Lapan Tokoh Seni Khat Kaligrafi Terkenal Dunia Di Terengganu 15 Nov

KUALA TERENGGANU, 26 Sept (Bernama) -- Peminat seni khat kaligrafi berpeluang menimba ilmu daripada lapan tokoh terkenal dunia dalam bidang itu sepanjang Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) di Taman Tamandun Islam (TTI) bermula 15 Nov depan.
 Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013 Datuk Zubir Embong berkata empat tokoh khat tersohor dari Turki iaitu Hasan Vhelebi, Dawood Bektas, Mumtaz Durdu dan Efdaluddin Kilik telah menyatakan persetujuan menjadi juri pertandingan seni khat sempena festival itu.
 "Selain itu, Adnan Sheikh Osman dari Syria, Ziyad Al-Muhandis (Iraq) serta Shereen Abd El Sabeer (Mesir) turut bersetuju menjadi juri. Lebih istimewa Ketua Pengarah, Research Center for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) (di Istanbul) Dr Halit Eren juga akan hadir," katanya kepada pemberita di sini.
 TIIAF 2013 akan menampilkan pertandingan seni khat peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang dijangka disertai 100 pengiat kaligrafi berpengalaman dari 20 buah negara.
 Bermula tahun ini, satu produk baharu diperkenalkan iaitu seni corak batik bermotifkan khat untuk mempelbagaikan produk berasaskan kaligrafi.
 Zubir berkata sempena TIIAF 2013, TTI turut menganjurkan ekspo produk berasaskan pakaian, hasil seni, makanan, pertunjukan batik, serta acara sukan rakyat.
 "Pada sebelah malam pula, persembahan muzikhat iaitu persembahan konsert muzikal berkonsepkan zikir dan peralatan muzik tradisional di samping forum bicara agama oleh tokoh agama yang dipilih," katanya.
 Festival tiga hari itu dianjurkan TTI Management Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan negeri dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Masuk adalah percuma.

 -- BERNAMA
2013 adalah edisi ketiga festival seni Islam yang diadakan di Taman Tamadun Islam dan edisi kedua yang diadakan di peringkat antarabangsa. Edisi kedua bertajuk "Terengganu International Islamic Art Festival 2012 (TIIAF 2012) yang telah diadakan pada 14 - 17 September 2012 telah menerima reaksi yang positif daripada kerajaan negeri Terengganu dan Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu serta dari kaligrafer Malaysia dan antarabangsa.

Diilhamkan oleh tema "pengabdian kepada Seni Islam ...", edisi 2013 akan mengetengahkan seni dan kaligrafi Islam  yang terbaik dan akan menarik semua pengamal dan pencinta seni Islam dari seluruh dunia. Pesta ini akan diadakan pada 15-17 November 2013.

TIIAF 2013 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan akan disertai oleh kaligrafi berpengalaman dari dalam negara dan luar negara. Perayaan ini juga mempunyai seminar dan bengkel yang akan dijalankan oleh ahli kaligrafi yang terkenal di dunia. Persaingan Batikhat dan prestasi muzik Islam akan dijalankan untuk menunjukkan jenis produk berasaskan kaligrafi dan ia akan mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan edisi sebelumnya.

TIIAF 2013 pasti akan menjadi acara yang akan diingati oleh peminat seni khat dan pengamal dalam usaha mereka untuk menggalakkan seni dan kaligrafi Islam kepada dunia.

PERKARA PERTANDINGAN

Gaya (Thuluth & nasakh)

Teks pertandingan:

Surah Al-Alaq

Bismillah & ayat 1 - 5 (Thuluth)
Ayat 6 - 16 (nasakh)
Ayat 17 - 19 (Thuluth)
Plat tidak boleh menjalankan apa-apa nama, tanda atau kesan yang mungkin menunjukkan atau mendedahkan identiti kaligrafi itu.

Warna plat hendaklah putih atau warna lite dan kerja-kerja yang mesti ditulis dalam hitam atau merah atau gabungan coklat atau biru atau hijau semua warna disebut.

JURY

Juri Pertandingan itu terdiri daripada pakar-pakar berikut yang terkenal dalam bidang kaligrafi:

Ahli-ahli Juri

Encik Hassan Chelebi, Sarjana Kaligrafi (Ketua Juri), Turki
Encik Dawood Bektash, Pakar Kaligrafi, Turki
Encik Adnan Sheikh Osman, Pensyarah Kaligrafi, Syria
Encik Ziyad Al-Muhandis, Pakar Kaligrafi, Iraq
Encik Efdaluddin Kilik, Pakar Kaligrafi, Turki
Encik Ferhad Kurlu, Pakar Kaligrafi, Turki
Encik Mumtaz Durdu, Pakar Kaligrafi, Turki
Encik Shreen Abd El Saber, Pakar Kaligrafi

13.11.13

Bengkel Asas Seni Khat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 15/11 hingga 28/12/2013


BENGKEL ASAS SENI KALIGRAFI ISLAM – NASAKH

(Terbuka kepada Semua Peringkat)

Modul Pengajian : Asas Seni Penulisan Seni Khat Nasakh
Pengajar : Ustaz Ilham bin Che Daud@Zakaria
Tempoh Pengajian : 15/11/2013 hingga 28/12/2013
Hari Pengajian : Setiap hari Jumaat & Sabtu
Tarikh bermula : 15/11/2013 (Jumaat)
Waktu Pengajian : 3.00 p.m hingga 6.00 p.m
Tempat Pengajian : Dewan Atas, Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
Bayaran Pendaftaran : RM100 (termasuk qalam, kertas dan dakwat) (Bayaran boleh dibuat semasa kelas pengajian pertama pada 15/11/2013)

Pendaftaran dibuka : 4/11/2013 hingga 14/11/2013

Untuk pendaftaran & pertanyaan sebarang maklumat, sila hubungi :-
1.Ustaz Ilham Bin Che Daud@Zakaria : 019-9182182
2.Ustaz Muhammad Zuhair Bin Mokhtar : 013-6434485

(Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat Imam Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian atau muat turun di Group Facebook kami : Akademi SENI KHAT Kelantan)
@
Sila SMS dengan menaip :-
BENGKEL ASAS SENI KALIGRAFI ISLAM – NASAKH jarak [Nama Penuh Anda] jarak [No Kad Pengenalan] dan hantar ke 019-9182182/013-6434485 


10.11.13

Ayat dan Syarat Untuk Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan Muzium Kesenian Islam Disember 2013

KEPUTUSAN AKAN DISIARKAN DI UTUSAN MALAYSIA 20 JANUARI 2014...HARAP MAKLUM...
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.





Manifestasi Perdana Seni Khat kini kembali! Ayuh memeriahkan acara yang ditunggu- tunggu ini ,tarikh tutup penyertaan pada 7 Disember ini, alhmdulillah tahun 2013 ini penuh dan meriah dgn pertandingan khat......

6.11.13

Khat Thuluth Surah al-'Alaq (Masjid UPSI Perak) in progress

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

 



Saiz 8.5 m x 0.7 m
Design by Rahman Sahlan

5.11.13

Bengkel Khat SMK Sultan Ismail JB

Tarikh: 28 Oktober 2013
Peserta: 45 orang pelajar Tingkatan 3

Terima kasih ustazah Naimas atas undangan...

2.11.13

Cara Memotong Pena Khat Mengikut Jenis Khat



Pena Khat mempunyai mata yang berbeza, ini kerana cara memegang pen juga berbeza mengikut jenis khat. Darjah kecondongan mata pen itu sangat mempengaruhi hasil tulisan kita..so nt bolehlah cuba ya...gambar ihsan Facebook
yang bawah ni koleksi pen dari Turki dan pisau pemotongnya..
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.