Halaman

14.8.15

Bentuk Kepala Huruf 'Ain Mengikut Gaya Khat yang Berbeza

Huruf ' ain adalah satu huruf yang susah dibentuk dalam semua gaya khat sama ada nasakh, thuluth, diwani, riq'ah, diwani jali, farisi, dan ijazah. Master khat dari Turki iaitu Adnan Syeikh Osman telah membuat satu nota/ ringkasan yang sangat lengkap dalam membentuk kepala huruf 'ain, walaupun ringkas tapi sangat berkesan. Setiap gaya khat dilengkapi dengan langkah demi langkah , dengan warna yang berbeza dapat memudahkan kita mempelajari seni khat ini.