Halaman

30.7.21

Seni khat tiup kesedaran, dekatkan diri dengan Tuhan

 Nor Afzan Mohamad Yusof - Jun 27, 2019 @ 1:57pm

Seni khat bukan hanya ungkapan atau luahan rasa keagamaan pelukis, bahkan cerminan keperibadian dan jiwanya hingga dianggap sebahagian seni visual. Karya ditunjukkan ialah hasil Muhammad Rosyaimi Amirul Faiz Jailani. Gambar hiasan. - Foto Ghazali Kori

TANJUNG MALIM: Seni khat ialah antara kesenian Islam yang sehingga kini masih mendapat perhatian masyarakat. Malah sejak diperkenalkan di Nusantara, perkembangannya cukup memberangsangkan.

Hari ini seni khat yang juga dikenali sebagai kaligrafi, bukan hanya ungkapan atau luahan rasa keagamaan seorang pelukis, bahkan cerminan keperibadian dan jiwanya. Jauh dari itu, seni khat juga ketika ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada seni visual.

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Makmur Harun, berkata seni khat turut dilihat sebagai karya seni visual apabila turut mendapat kedudukan yang istimewa dalam kalangan penggemar seni dengan adanya pameran khusus untuk kesenian itu.

“Umumnya, seni khat memaparkan eksplorasi teknik dan kebebasan ekspresi yang bertunjangkan memperindahkan lafaz Allah SWT.

Kepelbagaian teknik

“Ketika ini, terdapat lebih 83 jenis tulisan khat yang biasa ditemui antaranya nasakh, thuluth, diwani, riq’ah, farisi dan kufi.

“Perkembangan seni khat ini juga berlaku dengan pesat yang boleh dilihat menerusi kepelbagaian teknik karya yang ditampilkan,” katanya sewaktu perkongsian kertas kerja, Kepelbagaian Corak Seni Khat Lukisan dalam Pameran’ sempena Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Kedua (HISTIC-II 2019) di Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak (UPSI) di sini.

Tambah Makmur, bermula dengan lukisan dua dimensi, seni khat kini boleh ditemui dalam bentuk empat dimensi (4D), yang secara jelas menunjukkan berlakunya eksplorasi dari aspek tekniknya.

Malah, selain dilakar atas kanvas, ia turut terdapat dalam pelbagai bentuk seperti lukisan kaca, ukiran kayu dan batik.

Cabang seni digemari

“Kerancakan seni khat menyebabkan ia kini menjadi antara cabang bidang kesenian yang digemari ramai orang. Seni khat juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai gaya dan corak dalam membentuk rangkaian huruf dan kalimat.

“Penghayatan sepenuhnya terhadap huruf yang hendak digoreskan, penguasaan terhadap bidang dan warna lukisan benar-benar memancar dari suatu konsep penciptaan karya seni yang utuh lagi menakjubkan.

“Lebih daripada itu, karya seni khat yang berkualiti tinggi mampu membawa peminatnya ke alam sedar bahawa dalam kehidupan ini ada yang sangat dekat dan akrab bersama ciptaan-Nya iaitu Allah,” katanya.

Tambah Makmur, dalam usaha menyemarakkan lagi seni ini hingga ke Asia Tenggara, ia seharusnya dipamerkan supaya lebih ramai khalayak yang boleh menikmatinya.

Pameran katanya, mampu menarik minat pencinta seni untuk mengenali keindahan manifestasi seni Islam. Malah ia mampu menjelaskan, kesenian juga punya peranan untuk mendekatkan manusia dengan Allah SWT dan mengagungkan kebesaran-Nya.

Seni khat bukan hanya ungkapan atau luahan rasa keagamaan pelukis, bahkan cerminan keperibadian dan jiwanya hingga dianggap sebahagian seni visual. Karya ditunjukkan ialah hasil Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu, Mohd Zulfikri Mohd Sobri. Gambar hiasan. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Seni khat bukan hanya ungkapan atau luahan rasa keagamaan pelukis, bahkan cerminan keperibadian dan jiwanya hingga dianggap sebahagian seni visual. Karya ditunjukkan ialah hasil Ahmad Zawawi. Gambar hiasan. - Foto Rafiqah Dahali