Halaman

2.8.21

Dr M terkejut bantahan isu khat Jawi

 

Dr M terkejut bantahan isu khat Jawi

Dr Mahathir menjawab pertanyaan media Malaysia pada sidang media sempena lawatan kerja dua hari bermula semalam di Fukuoka hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan). - foto BERNAMA
Dr Mahathir menjawab pertanyaan media Malaysia pada sidang media sempena lawatan kerja dua hari bermula semalam di Fukuoka hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan). - foto BERNAMA

FUKUOKA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terkejut berlaku bantahan terhadap pengenalan tulisan khat Jawi sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4, tahun depan.

Perdana Menteri berkata, keputusan memperkenalkan tulisan khat itu dibuat pada tahun 2012 dan topik itu terkandung dalam buku teks.

“Tulisan khat akan diajar sebagai subjek seni kaligrafi. Ia diputuskan oleh kerajaan pada tahun 2012. Saya tidak tahu mengapa ia menjadi isu sekarang.

“Tiada siapa yang ‘bising’ sebelum ini. Ia tiada perbezaan seperti diputuskan sebelum ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mengesyaki pihak tertentu termasuk pemimpin politik dan ‘surat khabar’ cuba menggunakan isu berkenaan untuk memburukkan DAP.

“Mereka mahu menguji DAP. Jika DAP bersetuju dengan pelaksanaannya, mereka akan kata DAP dikawal. Jika berlaku sebaliknya mereka akan kata pula DAP mengawal kerajaan,” katanya.