Halaman

Bengkel

BENGKEL MENGENAL SENI KHAT

Seni khat yang menjadi lambang keindahan Islam semakin lama semakin dilupakan.   Sebagai satu usaha memartabatkan kembali seni khat, kami menawarkan Bengkel Mengenal Seni Khat . Dalam bengkel ini peserta akan mengenal jenis-jenis khat dan asas menulis khat dengan betul. Berikut adalah butiran lanjut mengenai program ini :

OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat 2. Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat 3. Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi  4. Menghidupkan roh Islam melalui aktiviti penulisan khat.  Sila hubungi 0137027770 untuk setup tarikh.

AKTIVITI

 Masa                    :               4 jam
Yuran                    :               RM 80/ pelajar (bergantung kepada jumlah peserta dan jarak)

 Aktiviti Pengisian Tempoh

 Slot 1:Slideshow:Pengenalan Seni Khat   -Sejarah ringkas -Asas-asas am penulisan khat-Peralatan menulis khat-Teknik memegang pen khat ½  jam

 Slot 2:1.Pengenalan Teknik Penulisan dan Huruf-huruf -Menulis huruf tunggal berpandukan slide-Peserta membuat latih tubi 1 jam

 Slot 3:Latihan Amali - “Karya Saya”Tugasan:-menulis 5 huruf yang terpilih-hasil yang  menepati kaedah akan dinilai-setiap kumpulan menyampaikan persembahan ½ jam

Pameran hasil karya khat -Demonstrasi Penulisan Khat Spontan-mempamerkan hasilan produk khat seperti frame nama keluarga, bookmark, nama pelajar, dan sebagainya Sepanjang program berjalan

 PERALATAN MENULIS KHAT YANG DISEDIAKAN         

 1. Pena Buluh  atau resam   
2. Dakwat hitam dan bekas dakwat
3. Art Paper (kertas licin)
4. Kertas kerja
5. Buku panduan dan latihan amali·      
Peserta hanya perlu membawa pensel, pemadam dan pembaris sahaja