23.8.11

Mural Gambar Buah-buahan dan Khat SK Seri Melati Johor Bahru

Ini adalah mural yang sedang kami siapkan di sebuah sekolah di Johor Bahru.
Saiz mural ialah 8 kaki x 5 kaki berharga RM300.00 untuk satu lukisan.
Lokasi ialah di tepi bilik j-QAF. Dengan lukisan yang menarik dan digabungkan dengan khat yang cantik, pelajar memang akan tertarik untuk membacanya dan boleh membantu dalam menguasai Bahasa Arab.
Pelbagai pilihan lukisan spt : buah-buahan, sayur-sayuran, anggota badan manusia, nama benda dalam kelas dan lain-lain mengikut kehendak sekolah.
Jangkamasa siap < > 3 hari sahaja.



Mural buah-buahan dalam bahasa Arab

Mural sayur-sayuran 


Read more...

16.8.11

Karya Khat terbaru untuk Frame Nama Keluarga


bentuk separuh bulat (atas) saiz 2 kaki x 1.5 kaki


bentuk love siap frame (1 kaki x 1 kaki)


tengah bentuk epal (2 kaki x 1 kaki)


bentuk separuh bulat curve + tarikh lahir setiap ahli keluarga

TEMPAHAN MASIH DIBUKA UNTUK SIAP SEBELUM RAYA. TEMPAH SEKARANG!

Read more...

10.8.11

Frame Khat nama keluarga

bentuk separuh bulat saiz 2 kaki x 1 1/2 kaki

bentuk kapal layar( layar atas nama suami isteri) (bawah nama anak)

Pelbagai bentuk boleh dipilih . (love/kubah/bulat/lain bentuk)

Saiz ada byk pilihan,:


Sila download katalog di sini  :


Download katalog di sini http://www.mediafire.com/?sb5q4bp03brf4s4

Tanpa frame:
A4 rm 20.00,
A3 rm 40.00,
1 kaki x 1 kaki RM 40
1 kaki x 2 kaki RM 70,
1 ½ kaki x 2 kaki RM 100,
2 kaki x 2 kaki RM 120,
2 kaki x 3 kaki RM 150



Isikan borang ini untuk tempahan :
Nama suami + bin :
Nama isteri :
Nama anak :
Bentuk :
Saiz yang dikehendaki :
Kertas portrait(menegak) atau landscape(melintang):
Frame atau tiada frame :
No telefon :
Alamat :

dan hantarkan ke rahmankhat@gmail.com. Kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam.

Read more...

1.8.11

Selamat Berpuasa

Ramadhan menjelang tiba,
marilah tingkatkan ibadah kita,
Lailatul Qodar kejarlah ia,
semoga Allah ampuni dosa. Ameeeeen...



Read more...

24.7.11

Pagar Diri daripada Sihir - Bagaimana?

PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.



Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah


Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam.


Read more...

10 AMALAN YANG TERBALIK!



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam.

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sama-sama kita renungkan ye...


Read more...

7.7.11

Pena resam untuk dijual




Resam adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh melata di hutan dan belukar terutamanya di kawasan yang mempunyai tanaman kelapa sawit. Sifat resam yang keras dan tahan lasak menjadikannya pilihan utama para penulis khat untuk menulis. Ini terbukti kerana hasil tulisan menggunakan pena resam sangat berbeza dengan pena khat yang lain. Warnanya yang coklat gelap juga menjadikan pena resam eksklusif dan mantap. Pasti anda akan tersenyum teruja menulis menggunakannya.

Seandainya anda sedang mencari pena resam untuk digunakan dalam menulis khat, kami ada menjualnya dengan harga yang sangat murah iaitu RM 20 untuk 3 batang resam yang siap diraut hujungnya.
Hubungi kami : rahmankhat@gmail.com

Sila sertakan :

NAMA :
ALAMAT :
JUMLAH RESAM :
BAYARAN :
TARIKH BAYARAN :

Bayaran boleh dibuat dengan transfer@ bank in ke akaun Maybank ABDUL RAHMAN BIN SAHALAN 1510-1702-7504, pesanan anda akan dihantar sebaik sahaja bayaran disahkan.



Read more...

23.6.11

Bengkel Seni Khat Batu Pahat


Seni khat yang menjadi lambang keindahan Islam semakin lama semakin dilupakan. Sebagai satu usaha memartabatkan kembali seni khat di Johor, kami menawarkan kepada sekolah-sekolah Bengkel Mengenal Seni Khat untuk pelajar-pelajar dan guru.Dalam bengkel ini peserta akan mengenal jenis-jenis khat dan asas menulis khat dengan betul. Berikut adalah butiran lanjut mengenai program ini :

OBJEKTIF

1.Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat Nasakh
2. Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
3.Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
4.Menghidupkan roh Islam melalui penulisan khat

Pengisian : Slideshow POWERPOINT, latihan amali, demonstrasi menulis,  pameran dan jualan
Read more...

16.6.11

Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan 2011


Assalamualaikum.
Ada khabar terbaru saya dapat di restukhat,blogspot. Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Yayasan Restu akan diadakan pada 8 Julai hingga 17 Julai 2011. Untuk maklumat lanjut layari www.restu-art.com atau pun blog http://restukhat.blogspot.com


 PERTANDINGAN SENI KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Sempena Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam


HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN
SPONTAN ( SEKOLAH RENDAH ) NASAKH
Tempat Pertama : RM 500.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 300.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 200.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 50.00 + Sijil

SPONTAN ( SEKOLAH MENENGAH ) NASAKH
Tempat Pertama : RM 700.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 500.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 300.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 100.00 + Sijil

SPONTAN ( TERBUKA ) THULUTH
Tempat Pertama : RM 2000.00 + Sijil

Tempat Kedua : RM 1500.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 700.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 300.00 + Sijil

SPONTAN UMMUL QURAN ( THULUTH DAN NASAKH )
Tempat Pertama : RM 3000.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 2000.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 1000.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 500.00 + Sijil

LUKISAN KALIGRAFI ADAPTASI BEBAS
Tempat Pertama : RM 3000.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 2000.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 1000.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 500.00 + Sijil


KATEGORI PERTANDINGAN


1.A SPONTAN (SEKOLAH RENDAH)
  • Umur : 7 hingga 12 tahun
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Nasakh
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen: 2 mm atau 3 mm
  • Ayat : Surah Al-Baqarah Ayat 255
  • Saiz Kertas : A3 (42 cm x 30 cm)
  • Tempoh Masa : 3 Jam
  •  
1.B SPONTAN (SEKOLAH MENENGAH)
  • Umur : 13 hingga 18 tahun
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Nasakh
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen: 2 mm
  • Ayat : Surah Yaasin ayat 79-83
  • Saiz Kertas : A3 (42 cm x 30 cm)
  • Tempoh Masa : 3 Jam
  •  
1.C SPONTAN (TERBUKA)
  • Umur : 19 tahun keatas
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Thuluth Jali
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen : Tidak kurang 5 mm
  • Ayat : Surah Al-Fath ayat 1-3
  • Saiz Kertas : A1 (84 cm x 60 cm)
  • Tempoh Masa : 4 Jam


.D SPONTAN UMMUL QURAN
  • Umur : 19 tahun keatas
  • Bahan : Kertas
  • Jenis Tulisan : Nasakh (Ayat) dan Thuluth (Tajuk)
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen : Yang sesuai
  • Ayat : Surah Al-Fatihah ayat 1-7
  • Design : Mengikut kreativiti (motif melayu diutamakan)
  • Warna : Yang sesuai
  • Saiz Kertas : A1 (84 cm x 60 cm) Tempoh Masa (untuk khat) : 4 jam
  • ( Sila rujuk syarat khas )

2. KARYA SIAP : LUKISAN KALIGRAFI ADAPTASI BEBAS
  • Umur : 17 tahun keatas
  • Bahan : Bebas / campuran
  • Jenis Khat : Thuluth / Diwani / Kufi / Nasakh
  • Media Tulisan : Bebas / campuran
  • Design : Mengikut kreativiti (motif melayu diutamakan)
  • Warna : Yang sesuai
  • Saiz Karya : Tidak kurang 2’ x 3’ (60 cm x 90 cm




Read more...

Bengkel Khat SK Taman Kota, Yong Peng, Batu Pahat

Alhamdulillah, AR Khat Design semakin mendapat perhatian di kalangan guru-guru dan sekolah-sekolah di sekitar Batu Pahat. Dengan rancangan pemasaran yang baru ni nampak berkesan. Walaupun saya agak letih seharian, maklumlah kerja sorang-sorang. Sayalah manager, sayalah marketing, sayalah penulis khat dan semuanya saya. Oleh kerana semangat nak jadi usahawan berjaya tersangatlah kuatnya, semua ni saya anggap ebagai asam garam sebelum berjaya. Insyaa-Allah akan datang kekuatan dalaman untuk menghadapi rintangan yang menunggu. Peh banyaknya dugaan...
Minggu depan 25hb Jun ada bengkel belajar khat di SK Taman Kota Yong Peng. Guru Pendidikan Islam, Ustazah Wahidah telah menjemput AR Khat Design untuk menjadi penceramah di sana. Kali ni program untuk pelajar tahap 2 sahaja dan guru-guru pendidikan Islam dan J-QAf.
Read more...

31.5.11

Bengkel Khat Guru-guru Zon Yong Peng


Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas 26/5/2011 bengkel khat telah berjalan dengan jayanya di
SK Seri Telok, Parit Yaani, Yong Peng, Batu Pahat. Seramai 40 orang guru Pendidikan Islam dan
j-Qaf bagi Zon Yong Peng telah bersama-sama mempelajari teknik khat terkini daripada AR Khat
Design.
Menurut Setiausaha Guru-guru Pendidikan Islam Zon Yong Peng, Ustazah Nor Laila Salehan,
bengkel yang julung kali diadakan ini amat penting bagi menambah kemahiran guru-guru dalam
pengajaran khat di kelas. Insya-Allah selepas ini akan diadakan pula bengkel bagi pelajar SK
Seri Telok terutamanya pelajar yang terlibat dengan j-Qaf.
Read more...

23.5.11

Belajar Khat SK Sri Maimon Parit Sulong


Pada hari Sabtu yang lepas, 21 Mei 2011, SK Sri Maimon telah mengadakan Bengkel Khat untuk guru dan kakitangan sekolah. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Pelbagai acara telah diatur antaranya ialah kaedah mengenali jenis khat, cara-cara menulis menggunakan buluh dan demo khat spontan. Berdasarkan respon yang diterima, bengkel khat ini sangat menarik walaupun dalam masa yang singkat. Sijil dalam tulisan khat  untuk semua peserta telah disampaikan pada akhir program.
 Insya Allah, minggu depan 26hb Mei 2011 saya telah mendapat jemputan untuk mengadakan bengkel khat di Sekolah Kebangsaan Seri Telok Parit Yaani Yong Peng, Batu Pahat. Bengkel ini untuk guru-guru Pendidikan Islam seluruh Zon Yong Peng. Lebih kurang ada 60-70 orang guru akan menyertainya. Alhamdulillah...
Read more...

21.5.11

Belajar Khat : SK Sri Maimon Parit Sulong

Pada hari Sabtu yang lepas, 21 hb Mei SK Sri Maimon Parit Sulong Baatu Pahat telah mengadakan Bengkel Khat untuk pengisian LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Seramai 42 orang guru dan kakitangan sekolah telah menghadiri bengkel ini.
Dalam bengkel ini peserta akan diberikan panduan bagaimana mengenali jenis khat, kaedah menulis yang betul dan demo menulis khat spontan. Alhamdulillah, ramai yang bertanyakan soalan dan pendapat menunjukkan bahawa seni khat masih ramai penggemarnya.
Insya Allah hari Khamis depan 26 Mei saya akan mengelolakan bengkel khat di SK Sri Telok Yong Peng Johor untuk guru-guru dan kakitangan sekolah Zon Yong Peng:
Read more...

17.5.11

Pertandingan Seni Khat Antarabangsa 2011

Yayasan Restu sedang menganjurkan pertandingan khat peringkat antarabangsa. Jenis khat yang perlu dihantar oleh peserta ialah Thuluth Jaliy. Ayat untuk pertandingan telah disediakan, so tinggal tulis dan hantar sahaja. Macamana kawan-kawan, jom pakat masuk ramai-ramai..



Read more...

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di dunia ini. Jasamu dikenang. Kepada guru-guru di Malaysia, teruskan usaha mendidik anak bangsa, tanpa jemu menabur usaha, InsyaAllah semuanya berjaya, hanya Allah dapat membalasnya...Amin...
Selamat Hari Guru dalam khat thuluth ; Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara dalam khat nasakh


Read more...

14.5.11

Bacaan Ruku' dan maknanya

Ditulis dengan Khat Nasakh cuma agak kurang kemas susunannya

Read more...

Selamat Datang ke Blog Kami


Assalamualaikum.
Ini adalah salam pengenalan daripada saya Rahman Sahlan kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai seorang penggiat seni khat ada pelbagai perkara dan idea yang dirancangkan. Buat masa ini saya akan buat apa yang mampu sahaja. InsyaAllah..
Read more...