15.11.11

Bengkel Seni Khat SK Tengku Mahmood Iskandar 1 Pontian

PONTIAN Jumaat 11/11/11 - SK Tengku Mahmood Iskandar di sini telah mengadakan sebuah program untuk pelajar Tahun 6 yang bertajuk ' Bengkel Mengenal Seni Khat'. Seramai 100 orang pelajar tahun 6 telah menyertai program ini yang diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Seni Khat Solution.

Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menimbulkan minat dan mencungkil bakat menulis khat pelajar-pelajar ini. Walaupun diadakan dalam tempoh yang singkat iaitu dari pukul 8.30 pagi-11.45 pagi, sesuai dengan tajuknya iaitu bengkel mengenal khat, para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis khat dan mempelajari asas khat yang paling penting iaitu khat Nasakh.

Pelajar juga ditunjukkan cara memegang pena buluh dan menulis menggunakan buluh dan resam. Alhamdulillah, para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dalam mengikuti program ini sehingga tamat. Diharap program seperti ini akan berterusan dengan adanya sokongan dari pihak sekolah. Ameen..

Suruh ambil gambar terus posing semuanya..


Wah tekun betulla adik kita ni..

adik yang belah kanan ni kagum betul dengan tulisan kawan sebelah sampai nganga...

Sempat mesyuarat tingkap lagi tu..

Khusyuk wal khusyu'..






Read more...

Lawatan Kraftangan Johor Bahru ke Bengkel Seni Khat Solution



Pada minggu lepas Kraftangan Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke bengkel kami di Sri Medan, Batu Pahat. En Khairul dan En Zulkifli telah meluangkan masa melihat bengkel dan kami sempat memberikan cenderahati kepada pihak Kraftangan JB berupa ayat al-Quran tulisan tangan..
Read more...

9.11.11

Ayat-ayat Nasihat dalam Khat Nasakh untuk dikongsi bersama

Dipersilakan kepada sesiapa yang nak berkongsi dengan kawan-kawan nasihat yang berguna ini untuk download dan sebarkan...


" Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan Ulil amri (ketua) di kalangan kamu " - Surah an-Nisak ayat 59 - http://seni-khat.blogspot.com

" Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat berkata benarlah dia atau pun dia diam " - Hadith
http://seni-khat.blogspot.com

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri " - Surah ar-Rod ayat 11
http://seni-khat.blogspot.com

" Kata-kata orang yang membuat kerja adalah lebih benar daripada orang yang banyak berkata-kata tanpa melakukan kerja " - Saidina Ali
http://seni-khat.blogspot.com

" Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi sesuatu yang menyakitkan hati (penerima) " - al-Baqarah ayat 263
http://seni-khat.blogspot.com

" Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya (lemah dan kurang akal) . Apakah mereka tidak memikirkannya " - Yaasin ayat 68
http://seni-khat.blogspot.com


Read more...

8.11.11

Khat Nama Keluarga pelbagai bentuk

Pasangan + anak seorang

Nama cikgu yang akan bersara + nama semua guru dan kakitangan
Pasangan anak 4
Pasangan anak 2

Seni khat dengan menggunakan khat thuluth ni kalau digayakan memang sangatlah indah. Boleh jadi bentuk love, kubah, mangkuk, dan lain-lain. Yang penting ialah kaedah mengisi ruang dalam bentuk itu. Lagipun cara membentuk huruf pun menjadi unsur penting, kalau huruf tak kena jadi tak lawa nanti. Ni adalah sebahagian contoh untuk dikongsi bersama.
Read more...

27.10.11

Gambar sewaktu pameran khat

Ayat dari surah al-Hajj sangat sesuai diamalkan oleh para usahawan

Analog Fotografi dalam khat Thuluth
ketika dijemput oleh ust Nazrey Raihan untuk naik ke pentas
 

sholawat sidi ahmad badawi

Read more...

25.10.11

Seni Khat Nazrey Raihan dan Syawal AF

Tarikh : 19 - 23 Oktober 2011

Syawal AF bersama frame nama Mohd Syawal bin Roslan dalam khat diwani jaliy

Nazrey Raihan menunjukkan Khatamun Nubuwwah untuk ditulis semula

Nazrey Raihan menerima cenderahati dari Seni Khat Solution


Firdaus Kesan Khas Fotografi bersama logo khat

Mat Bond Bariani House Batu Pahat






Read more...

15.10.11

Video Belajar Khat : Cara menggunakan pena buluh




Ini adalah video yang telah saya rakam semasa menjalankan bengkel seni khat di SK Tenaga Sepakat Parit Yaani, Batu Pahat. Video ini memaparkan kaedah menulis menggunakan pena buluh dan membuat huruf alif, ba, jim, qaf.






Read more...

Bengkel Seni Khat SK Parit Sulong Batu Pahat


Tarikh        :    14/10/2011 (Jumaat)
Masa         :    7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat      :    Dewan SK Parit Sulong, Batu Pahat
Peserta      :    110 orang pelajar darjah 6
Nama Guru Pengelola : Ustazah Nihayah dan Panitia Pendidikan Islam










Read more...

Bengkel Seni Khat SK Tenaga Sepakat Batu Pahat

Tarikh        :    13/10/2011 (Khamis)
Masa         :    7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat      :    Makmal Komputer SK Tenaga Sepakat, Pt Yaani, Batu Pahat
Peserta      :    65 orang pelajar darjah 4,5 dan 6
Nama Guru Pengelola : Ustaz Zo'ol Husshani dan Ustaz Hudzairi










Read more...