Pemenang pertandingan khat spontan terbuka :
1. Fadil Sulaiman
2. Zulhillmi Sobri
3. Zamri Amid
Saguhati : Rumaja Sarmin, Syukri Senin, Salam Bain
Pemenang Spontan Sekolah
1. Nabiah Mohd Najib
2. Nur Alia Batrisyah
3. Nur Amizah Syazana
Saguhati : Nurul Sa'adah , Nurul Juzailah, Nasyitah Syatira
LATAR BELAKANG
Seni khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya di negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan.
Oleh itu pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Galeri Seni Johor ini adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2013 pada kali ini merupakan pertandingan kali yang keempat anjuran Yayasan Warisan Johor dan ianya diharap dapat memberi impak yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di negeri Johor.
OBJEKTIF
Untuk memashyurkan Negeri Johor yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.
Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan pengiat seni atau pengkarya bagi menaikkan identiti Negeri Johor.
Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya
Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di negeri Johor yang beridentiti tersendiri
Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah Himpunan Tetap Galeri Seni Yayasan Warisan Johor
SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori yang dipertandingkan.
Saiz bagi kategori karya siap (kanvas, kayu dan logam), mestilah tidak kurang dari 3 kaki x 4 kaki (91.5 cm x 122 cm)
Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap berbingkai serta sedia untuk dipamerkan.
Karya yang dihasilkan mestilah asli dan baru, dan bukan ditiru atau disalin daripada karya yang pernah pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas penerimaan karya yang lewat, rosak atau hilang dalam perjalanan
Bagi kategori karya siap, penggunaan tulisan khat yang dibenarkan adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi dan Khat Jaly Diwani,
Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
Hasil kerja tangan (freehand) akan diberi keutamaan dalam pemarkahan karya. Peserta adalah digalakkan meminimakan semungkin yang boleh dalam penggunaan mesin dan alat bantu.
Sesuai dengan hukum-hukum Islam mengenai seni dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam sama ada dari aspek akidah atau syariah.
Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan
Karya-karya yang tidak berjaya boleh dituntut dari pihak Yayasan Warisan Johor dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan.
Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 November 2013.
HADIAH PERTANDINGAN
KARYA SIAP (SeniKhat Kanvas)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil
Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil
Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil
2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil
KARYA SIAP (Seni Khat Kayu)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil
Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil
Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil
2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil
Karya Siap (Seni Khat Logam)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil
Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil
Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil
2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil
Khat Spontan ( TERBUKA )
Pertama:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil
Kedua:
RM 700.00 Cenderamata dan Sijil
Ketiga:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil
3 Hadiah Saguhati:
RM 200.00 Cenderamata dan Sijil
Khat Spontan ( SEKOLAH )
Pertama:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil
Kedua:
RM350.00 Cenderamata dan Sijil
Ketiga:
RM200.00 Cenderamata dan Sijil
3 Hadiah Saguhati:
RM100.00 Cenderamata dan Sijil
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun di sini http://www.ywj.gov.my/warisanv2/index.php/muat-turun/category/2-pertandingan
Read more...