14.1.16

Pertandingan Seni Khat 15 Januari 2016

Plaza Angsana JB

Alhamdulillah, awal2 tahun dah ada pertandingan....Sila hubungi nombor dalam poster ya

Read more...

31.12.15

Poslaju Buat Hal Pulak!




Saya nak citer sikit pasal servis kurier paling hangat masa kini iaitu Poslaju.

Saya hantar frame khat pada 20/12 hari Ahad ( di Johor, Ahad kerja) di Pejabat Pos Labis. Jam 1.30 tengahari alamat ke Tawau Sabah.
Rakan saya poskan juga barang saya dari Pejabat Pos Sri Medan Batu Pahat ke alamat WP Labuan hari yang sama 20/12.

Keesokan harinya, 21/12 hari Isnin jam 3 petang pelanggan saya whatsapp dari Labuan mengatakan barang dah sampai. What !!! Giler laju poslaju nih !!! Sehari dah sampai dari Labis Johor ke Labuan! !! Merentas lautan tuuuu!

Lagi pelik bila pelanggan lagi seorang dari Tawau, Sabah bagitau 22/12 tengahari barang dah sampai Tawau. What !! 2 hari dah sampai Tawau ! Biasanya poslaju sampai Kota Kinabalu dulu baru ke Tawau. Rupanya hari sebelumnya 21/12 dah pai KK.

Giler betul POSLAJU! MEMANG LAJU!

Read more...

Booth di Karnival Kraf Labis 18-20 Disember 2015

Di Dewan Orangramai Labis, sebelah Masjid Labis






Read more...

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Lukisan khat bunga berwarna warni atas kanvas
Saiz A3 berbingkai kayu (plastic acrylic cover)
RM 180 termasuk poslaju




Read more...

Hadiah Persaraan dan Hadiah Pengantin

Hadiah Lukisan khat atas kanvas

Saiz A3
RM 180 termasuk poslaju



Read more...

9.12.15

Hadiah Motosikal RxZ untuk Pengantin Baru

Hadiah buat riders semua huhu....
Setia 2 lejang!








Read more...

Cikgu Bo Ga Datang Sri Medan! Buat Live Sketch tuuuu!

Sejarah tercipta!
Tarikh 6 Disember 2015, Isnin terpahat dalam sejarah pekan Sri Medan Batu Pahat apabila cikgu Bo Ga atau nama sebenar beliau Abdul Rahman Jaffar membuat live sketch melukis bangunan2 lama di Sri Medan. Peh memang rare beb!
Beliau juga meluangkan masa melawat Galeri Rahman Sahlan untuk memberi sokongan. Terima Kasih Cikgu!









Read more...

Booth di Karnival KEJORA Bandar Penawar Kota Tinggi Johor

Tarikh: 4-6 Disember 2015
( Event dihentikan pada 5 Disember jam 10.00 malam atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor)















Read more...

3.12.15

Kanvas Khat Hiasan Ruang Tamu 5x2 Kaki

Handpainted Kufi
Saiz 5x2 RM 2800 termasuk poslaju
( khat atas kanvas, gallery wrapped, tiada cermin )

Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan


Read more...

Kanvas Khat Untuk Ruang Tamu Pusat Islam UTHM

Saiz 5x2 kaki RM 2800 termasuk poslaju ( khat atas kanvas, gallery wrapped, tiada cermin)


Read more...

Frame Khat Kanvas Hadiah Pengantin

Saiz A3 RM 180 termasuk poslaju ( khat atas kanvas, berbingkai kayu, tiada cermin)


Read more...

Hadiah Khat Frame A4 Untuk Pensyarah

Saiz A4 RM 80 termasuk kotak, beg hadiah, reben dan poslaju ( khat atas kertas, berbingkai kayu, bercermin plastik acrylic)




Read more...

Khat Ditulis Atas Kompang

Kalau anda perlukan kompang dan aksesorinya boleh lah menghubungi Encik Mokhtar di Parit Sumarto, Parit Raja Batu Pahat atau ke www.kompangjohor.com




Read more...

21.11.15

Hadiah Frame Khat Untuk Persaraan Guru Besar



Saiz A3 RM 150 termasuk poslaju ( khat atas kertas, berbingkai kayu, bercermin plastik acrylic)






Read more...

18.11.15

Pertandingan Khat Spontan 28 November 2015 sempena Karnival MAIJ



PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN

KARNIVAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 2015

PENDAHULUAN

Seni khat merupakan identiti masyarakat Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan. Oleh itu pelbagai langkah dan usaha perlu diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mengadakan Karnival MAINJ 2015. Sehubungan dengan itu, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) mengambil peluang ini untuk mengadakan “ Pertandingan Menulis Khat Spontan”.
Dengan adanya program ini, diharapkan ianya menjadi pemangkin kepada ahli-ahli persatuan agar lebih bersemangat dalam memartabatkan seni khat dan menyemarakkan kesenian ini khususnya di negeri Johor.

TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:
Tarikh: 28 November 2015 (Sabtu)
Tempat: Plaza Angsana Johor Bahru
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengahari

ANJURAN
Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dalam bentuk Spontan:
1)Kategori - berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).
2)Kategori 2 - Terbuka berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thuluth).

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1)Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.
3)Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:
Dakwat (tidak melebihi 3 warna)
Pena khat / Calligraphy Pen
Lain-lain alat keperluan sendiri.
Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.
3)Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thuluth bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.
4) Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.
5) Peserta akan diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.
6) Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur dan kami berhak mencetak atau menerbitkannya semula.
7) Ahli Jawatankuasa pertandingan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
8) Peserta hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya 70% dari saiz kertas.
9) Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini akan dibiayai oleh peserta sendiri.

YURAN PENYERTAAN
Percuma

TENTATIF
9.00 pagi - pendaftaran peserta
10.00 - 1.00 tengahari - pertandingan berjalan
2.00- penyampaian hadiah

HADIAH PERTANDINGAN
1)Hadiah berupa wang tunai akan diberikan kepada pemenang-pemenang pertama, kedua, ketiga dan hadiah saguhati seperti berikut:
Kategori 1 - umur 15 tahun ke bawah:
Pertama: RM 300.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 200.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 100.00 dan hadiah iringan
4 hadiah saguhati setiap satu RM 50.00 dan hadiah iringan
Kategori 2 – terbuka umur 16 tahun ke atas :
Pertama: RM 1,500.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 1,000.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 500.00 dan hadiah iringan
4 hadiah saguhati setiap satu RM 100.00 dan hadiah iringan
2)Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mengambil bahagian.

BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati daripada:

Urusetia Pertandingan Seni Khat
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor,
( Rahman Sahlan H/P: 013-7027770).

Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklah:

Menghantar nama, alamat dan tarikh lahir kepada Urusetia Pertandingan melalui SMS atau whatsapp : 013-7027770;






BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
KARNIVAL MAINJ 2015
___

(KATEGORI)

Kategori 1 – Terbuka 16 Tahun Ke atas
Kategori 2- bawah 15 Tahun.

MAKLUMAT PESERTA

Nama : ......................................................................................................
Alamat : ......................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................
Tarikh Lahir : ...........................................................................................................
Peserta bawah 15 tahun:
Sekolah : ..................................................................................................
No. Telefon/HP : ......................................................................................................
Read more...

16.11.15