30.1.12

Aktiviti di booth TV Alhijrah @Karnival Karangkraf 2012

Chef Is Menu Alam
 
ustaz Amin Idris - Assalamualaikum
Pelakon drama Maqam
pertandingan menulis khat

 
nazirah , syafiq pengacara assalamualaikum

SHAH ALAM 27 JANUARI - Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan pada hari Jumaat 27 Januari hingga Ahad 29 Januari telah mendapat sambutan yang luarbiasa daripada pengunjung. Walaupun ruang parking terhad, nampaknya itu tak menghalang pengunjung daripada membanjiri karnival ini yang diadakan di Kompleks Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Sepana 15/3 Persiaran Selangor. Pening juga masa mula-mula nak cari tempat ni. Ianya terletak di dalam kawasan perindustrian.

Booth TV Alhijrah telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung. antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan khat, pertandingan laungan azan, kuiz, ceramah Ustaz Don, sesi promosi drama Maqam yang dibintangi oleh Razali Hussein, Syakila, Zulkifli, Shahrulnizam, Dato' Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Lisdawati dan Lydiawati.


Sesi ceramah Ustaz Don telah berlangsung pada hari Ahad 29 Januari. Peminat dah tunggu sejak pukul 2 petang lagi. Lebih kurang pukul 3 Ustaz Don sampai dan terus menyampaikan ceramah Cinta Rasul  sempena Maulidurrasul yang dah tak lama lagi ni.

Serentak dengan acara berkenaan, Seni Khat Solution telah mengadakan demo menulis khat nama bersaiz a4 dengan harga hanya RM10 sahaja. Demo ini telah mendapat perhatian Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Abu Bakar, Datuk Bandar Shah Alam dan ramai lagi. Abdul Rahman juga diberi kepercayaan untuk mengadili pertandingan khat dan pertandingan azan. Selepas ini kami akan mengadakan pameran di booth TV Alhijrah di Karnival Cinta Masjid di Masjid Kg Batu, Sentul, Kuala Lumpur.
 
--
Abdul Rahman bin Sahalan
Founder and Calligrapher
Seni Khat Solution
Batu Pahat Johor
013-7107022
www.khatsolution.com.my
http://seni-khat.blogspot.com
Read more...

26.1.12

Temui kami di Karnival Karangkraf pada 27-29 Januari ini dalam booth TV Alhijrah



Seni Khat Solution telah mendapat undangan untuk menjayakan slot Pertandingan Seni Khat dan demo khat di booth Tv Alhijrah sempena Karnival Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada hujung minggu ini bermula esok sehingga hari Ahad.

Pelbagai program akan diadakan di booth Alhijrah seperti pertandingan khat, pertandingan mewarna, pertandingan azan, temubual, rancangan Assalamualaikum, sesi Ustaz Don dan banyak lagi. Temui kami di sana..sana..saaanaaaa.....
Read more...

25.1.12

Pertandingan Seni Khat 2012 Peringkat Negeri Sarawak

Persatuan Melayu Miri Sarawak akan mengadakan pertandingan seni khat peringkat negeri Sarawak pada 28 Januari ini. Ada 3 kategori iaitu dewasa, 15-19 tahun dan 10-14 tahun.
Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari lepas tapi try tanya dulu pada urusetia mana tau boleh masuk lagi. Anda boleh buka blog ni untuk maklumat lanjut
http://persatuanmelayumiri-pmm.blogspot.com/2012/01/pertandingan-menulis-seni-khat-jawi.html
Read more...

24.1.12

Mural Masjid Jamek Simpang Renggam








Dua tiga minggu ni saya agak sibuk ke sana ke mari menguruskan perniagaan khat yang makin rancak. Update blog pun pakai email je. Tu yang bila ada post baru just ada gambar je. Email guna handset terpaksa camnilah hehe.Hari ni macam rajin sikit nak tulis.

Alhamdulillah bayak tempahan yang ada. Penat jugak sorang-sorang kerjakan semua kerja. So saya telah mengupah dua orang pelajar lepasan SPM untuk membantu kerja saya. Sebuah perniagaan akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Beza dengan makan gaji, gaji banyak pun makan tetap sorang-sorang. Daripada diorang pegi merayap tak tentu hala, bila ikut camni dapat jugak ilmu + duit. Ok ape...

Masjid Jamek Simpang Renggam sedang diubahsuai dan diperbesarkan. Masjid ni terletak di atas bukit di pekan Simpang Renggam , jalan ke Renggam. Kalau dari arah Ayer Hitam sebelah kiri, kalau dari arah JB sebelah kanan belok traffic light depan balai polis.

Tulisan khat kali ni lain sikit sebab ditulis direct atas tile yang dah sedia ada. Memang ambik masa lama nak siapkan. Alhamdulillah untuk fasa 1 dh 90 peratus siap. Dalam 2 hari ni siaplah insya Allah.
Read more...