Memaparkan catatan dengan label jun2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jun2013. Papar semua catatan

30.6.13

Update : Pemenang Pertandingan Seni Khat 30 Jun 2013 Peringkat Negeri Johor

PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN anjuran PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN CAWANGAN JOHOR (PSSKCJ) yang telah diadakan pada 30 Jun 2013 di Hotel M-Suite Johor Bahru. # Kami tidak menghantar wakil atas kesibukan.😊
Berikut merupakan nama-nama pemenang:

Kategori SEKOLAH

Tempat Pertama : Nurul Juzailah bt. Jalaluddin
Tempat Kedua : Mohd Saifuddin b. Afandi
Tempat Ketiga : Muhammad Zakwan b. Jalaluddin

Saguhati
- Muhammad Nabil Fahmi b. Yusuf
- nabihah bt. Mohd Najib
- mohd Arif Fikri b. Jailani
- Nasyithah Syathirah bt. Yusuf
- Ahmad Zikri b. Mohd Nasir

Kategori TERBUKA

Tempat Pertama : Jalaluddin b. Mispan @Mispan
Tempat Kedua : Rumaja Sarmin
Tempat Ketiga : Mohd Shukri b. Mohd Senin

Saguhati
- Azman b. Momin
- Norhayati bt. Abdul Rahman
- Eka Harnizam b. Mohd Harris
- Syed Sharizal b. Syed Omar
- Mohd Faizal b. Daud

TAHNIAH kepada yang berJAYA

PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN anjuran PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN CAWANGAN JOHOR

1. KATEGORI PERTANDINGAN
a) Kategori ( SEKOLAH )
b) Kategori ( TERBUKA )

2. HADIAH PERTANDINGAN
Kategori SEKOLAH
Tempat Pertama : Hadiah Wang Tunai RM 300.00 Tempat Kedua : Hadiah Wang Tunai RM 200.00 Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM 100.00 5 Hadiah Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM 50.00

Kategori TERBUKA
Tempat Pertama : Hadiah Wang Tunai RM 700.00 Tempat Kedua : Hadiah Wang Tunai RM 500.00 Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM 300.00 5 Hadiah Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM 100.00

TEMPAT : HOTEL M-SUITE Johor Bahru
TARIKH : 30 JUN 2013 MASA : 9.30 pagi - 11.30 pagi

SYARAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) yang telah berdaftar pada atau selepas 28 April 2013 sahaja.
ii. Bagi kategori SEKOLAH, peserta hendaklah berumur 12 hingga 17 tahun manakala bagi kategori TERBUKA adalah 18 tahun ke atas.
iii. Pertandingan akan dijalankan selama 2 jam.
iv. Peserta perlu membawa sendiri peralatan menulis khat. Peserta diberi kebebasan dalam penggunaan warna dakwat namun dihadkan hanya kepada 3 warna sahaja.
v. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas yang disediakan oleh pihak penganjur yang akan diedarkan pada hari pertandingan.
vi. Setiap hasil karya yang dipertandingkan hendaklah ditulis mengikut ayat serta jenis khat yang ditetapkan. Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat tidak akan diterima.
vii. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM10.00 bagi Kategori TERBUKA dan RM 5 untuk kategori SEKOLAH.
viii. Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja iaitu Khat Thuluth bagi Kategori TERBUKA dan Khat Nasakh untuk Kategori SEKOLAH. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
ix. Setiap peserta hendaklah menggunakan ruang tulisan sekurang-kurangnya 70 peratus dari saiz kertas.
x. Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
xi. Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan.

xii. Borang penyertaan mestilah sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum 28 Jun 2013 jam 5.00 petang. xiii. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada. Urusetia : PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) d/a JKR 144, Jalan Petrie, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim Tel : 012-7739793 (Sahrizal Sahlan) / Fax : 07-2260728

Borang Penyertaan PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN

NAMA : _____________________________________________ ALAMAT : _____________________________________________ _____________________________________________
NO. TEL : _____________________________________
NO.KAD PENGENALAN :________________________
( ) KATEGORI SEKOLAH ( ) KATEGORI TERBUKA


Read more...