Bersama Haji Ghafur dan rakan-rakan mulai 9 September hingga 2 Oktober 2015
Read more...
Memaparkan catatan dengan label pameran khat. Papar semua catatan

28.9.15
24.6.15
Pameran Khat : " Tawaf " di Publika Solaris Dutamas
Bersama rakan saya, Firdaus Mahadi,Shah Tumin, Fadil Sulaiman dan Dr Azlin Hamidon.
13 Jun hingga 27 Julai 2015.
13 Jun hingga 27 Julai 2015.
Read more...
28.5.15
Pameran : Qalam 4 bersama Yusof Ghani
Legend beb pameran ni!
Tumpang bangga dengan Gajir dan Faisal yang berpeluang mempamerkan karya bersama otai-otai dunia painting tanahair.
Tapak

22.4.15
Pameran Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka 2015
Bersama rakan saya, Gajir dan Faisal Alwie.
Seni khat gabungan lima pelukis pamer karya
07 April 2015 12:16 AM
MELAKA 6 April – Lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka, di sini, dari 21 Mac hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu menggabungkan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam, kini diadaptasi dengan karya yang lebihmoden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.
“Bagi pameran kali ini, 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis, Jalan Laksamana di sini, baru-baru ini.Majlis itu dirasmikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin dan hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Hamdin Abdollah.Sementara itu,Nurgajir Noor,33, berasal dari Sabahberkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang tersebut.“Sebelum ini, saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.
“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat dhiwani serta dhiwani jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” katanya.
BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, yang berasal dari Kedah berkata, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.“Tidak mudah untuk kami menghasilkannya kerana memerlukan idea serta masa yang mencukupi supaya karya yang dihasilkan adalah yang terbaik. Ada diantara karya yang kami hasilkan ini mengambil masa beberapa hari malah, berbulan untuk disiapkan.“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberansangkan kerana ada antara peminat seni khat ini menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang tersebut.
MELAKA 9 April - Seni khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, apabila kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan menerusi Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepen- tingan dan masih utuh sehinggakini.
Menyingkap seni halus penulisan yang telah menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini, khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai iaitu khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh.Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan peminat seni tulisan itu.Bagi meneruskan ke- gemilangan seni tersebut, lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Eks-presi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka di sini bermula pada 21 Mac lalu hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu dijayakan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.
“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan kini diadaptasi dengan karya lebih moden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.“Bagi pameran kali ini, sebanyak 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan bagi memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis tersebut,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui semasa pameran itu di sini baru-baru ini.Sementara itu penulis kaligrafi,Nurgajir Noor, 33, berkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang itu.“Sebelum ini saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.
“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat Dhiwani serta Dhiwani Jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” jelasnya yang berasal dari Sabah.Menurut Nurgajir, ibu bapa seharusnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya.“Tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagikanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari,” katanya.
Selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam seni kaligrafi, bapa kepada tiga cahaya mata itu mampumenarik nafas lega kerana berjaya membuka galeribersama adik-beradik lain diberi nama GajirArt Resources di Kajang, Selangor.BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, pelukis seni khat danjuga seorang guru, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.Anak jati Kedah itu turut memberitahu dahulunya dia menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri yang diberi nama Ahnaf-Khat di Pulau Pinang.
“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat. Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karyakhat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” katanya.Menurut Zuhud'Ulya, tidak mudah untuk penulis khat menghasilkan sesuatu karya kerana memerlukan idea serta masa mencukupi agar menjadi karya yang terbaik.Katanya, malah ada di antara karya yang dihasilkanini mengambil masa beberapa hari malahan berbulan untuk disiapkan.
“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberangsangkan kerana peminat seni khat menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang ini.Katanya, seni lukisan khat tetap menjadi pilihan anak muda meskipun penghasilannya memerlukan cara dan teknik betul bagi memperoleh hasil yang baik.

1.3.15
PAMERAN DAN DEMONSTRASI KHAT DI MATIC 2-31 MAC 2015
(MALAYSIAN TOURISM INFORMATION CENTER)
JALAN AMPANG
Tarikh : 2 Mac hingga 31 Mac 2015
Tempat : MATIC (MALAYSIAN TOURISM INFORMATION
CENTER) JALAN AMPANG
Masa : 10.30 pagi hingga 5.00 petang
Aktiviti Utama :
Pameran dan demonstrasi seni khat oleh penggiat khat Malaysia
Perasmi :
Tan Sri Dr. Rais bin Yatim
Mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan
posted from Bloggeroid
Hasil karya para penggiat tulisan khat tempatan menarik perhatian ramai dalam Pameran Seni Khat Islam bertemakan ‘Rehlaat: Kembara Jawi’ yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, sejak Isnin lalu.
Pameran anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) itu yang berlangsung selama sebulan boleh dikunjungi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Penolong Setiausaha PSKK, Muhamad Shafiee Abdullah berkata, sebanyak 60 karya seni khat yang dihasilkan oleh 28 pelukis tempatan dipamerkan untuk tatapan penggemar seni selain untuk dijual.“Selain itu, pada setiap Sabtu dan Ahad akan diadakan demonstrasi, bengkel penulisan dan ceramah berkaitan seni khat.“Kita menjemput pelajar, guru, penggiat seni khususnya pelukis seni kontemporari untuk menghadiri pameran ini bagi menambah pengetahuan mereka.
“Pelbagai jenis tulisan khat dipamerkan termasuk Kufi,Nasah,Diwani dan Sulus yang menampilkan pelbagai tulisan dalam bentuk ayat al-Quran, kata-kata hikmat serta pantun Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.Menurut Muhamad Shafiee, tulisan khat tersebut dijual antara RM1,500 hingga RM5,000.
Katanya, seni khat mempunyai keistimewaan tersendiri kerana boleh menjadi medium dakwah kepada masyarakat.“Saya melihat perkembangan seni khat semakin positif di negaraini. Dahulu orang hanya tahu mengenai tulisan khat biasa, tetapi sekarang pelbagai jenis tulisan telah wujud.“Sebagai contoh, khat tradisional menggunakan kertas ahar dan disalut dengan cecair putih telur dan ditulis dengan menggunakan dakwat yang diinspirasi dari Turki. Namun tulisan moden kini ditulis di atas kanvas menggunakan bahan-bahan seperti arkilik,” ujarnya.
Jelasnya, hiasan seni khat Kufi yang berasal dari Iraq menggunakan kanvas kini mendapat permintaan ramai kerana sejarah dan keunikannya.“Sejak 30 tahun PSKK ditubuhkan, ramai yang telah berjaya dalam dunia seni khat di negara ini selepas mengikuti sesi pembelajaran dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam.“Ramai yang menceburi bidang keusahawanan dengan menjual tulisan khat termasuk mengeluarkan produk-produk untuk masjid dan sekolah agama,” jelasnya.
Read more...
5.9.13
Pameran Khat Aidilfitri Etiqa di Hotel Katerina Batu Pahat 26 Ogos 2013
Aidilfitri bersama Etiqa
Dah lama rasanya tak buat pameran sempena Aidilfitri..so baru2 ni kitorang dapat jemputan pameran khat kat Hotel Katerina Batu Pahat...tempahan nama free untuk 150 tetamu terawal...kena pakai baju melayu pulak...
Lenguh beb 3.45 petang - 7.00 malam straight...
Khat Diwani Jali my style...bukan apa, memang xsempat kalau nak masukkan titik2nya...so mana yang cepat je lah...penulis khat masih seorang macam ni lah...ada pembantu dia belum confident lagi nak tulis...
Hadiah frame khat untuk Epic Evolution JB bersama Cik Noraini
Read more...
17.6.13
Pameran dan Bengkel di Masjid Kampung Siglap, Singapura
Alhamdulillah pada 14-16 Jun 2013 yang lepas, kami telah berjaya menjalankan program yang julung kali diadakan di Singapura iaitu "Penulisan Al-quran dan Seni Khat: Warisan Terbilang". Pihak kami bekerjasama dengan Nadi Furqan Services yang berpusat di Tampines dan juga Masjid Kampung Siglap, Singapura. Oh, rupa-rupanya di sinilah agaknya asal-usul kumpulan kugiran 60an kita, The Siglap 5. Masjid ini merupakan Pusat Pengembangan al-Quran dan Tahfiz di Singapura.
Berbekalkan keberanian dan keyakinan, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 60 peserta terdiri dari kanak-kanak dan dewasa. Yuran yang dikenakan ialah SGD60 bagi kursus asas dan SGD 120 bagi kursus asas dan lanjutan. Kami juga mengadakan ceramah "Seni Khat: Warisan Terbilang" yang dihadiri lebih 50 orang (berbayar). Mudah-mudahan program ini akan menjadi pembuka jalan bagi kelangsungan seni khat khususnya di Singapura. Terima kasih diucapkan kepada Puan Sulizah dan kakitangan Nadi Furqan Services dan pihak Masjid Siglap yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)