Memaparkan catatan dengan label persatuan seni khat malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persatuan seni khat malaysia. Papar semua catatan

5.11.14

Artikel Menarik : Presiden PSKK Ust Mohamed Yusof Abu Bakar

Ustaz Muhamed Yusof : Perwira Warisan Islam


Dipetik dari blog:

http://superheroesofislam.wordpress.com/home-1/

Latar Belakang
Tanggal malam selasa 21 jumadil Awwal 1349 H
bersamaan 13 oktober 1930, lahirlah seorang
insan di kg. Anak Temseu (Tembesu), Tawang,
Bachok, Kelantan yang diiberi nama Mohammed
Yusof Bin Abu Bakar.
Bapanya bernama Abu Bakar bin Haji Ismail,
berasal dari kampong Pasir To` Kambing,
Sering, Kota Bharu. Bertugas sebagai Penggawa
Daerah Mentuan (Tawang) Bachok. Sementara
Ibunya bernama Aminah binti Ismail, berasal
dari Kg Tok Belian, Mentuan (Tawang) Bachok.

Mempelajari Seni Khat
Beliau mula meminati bidang seni khat
semenjak di bangku Mahaad Muhammadi lagi.
Pada ketika itu, mata pelajaran seni khat adalah
subjek wajib. Antara guru beliau waktu itu ialah
Ustaz Haji Wan Salleh Fathi Wan Esa, Ustaz
Hashim Ismail dan Ustaz Nik Abdul Rahman Nik
Muhammad.
Di Madrasah al-Falah, Makkah, seni khat
dijadikan mata pelajaran wajib dan gurunya
ialah Ustaz Mahmud Fatani. Manakal di al-
Maahad al-Ilmi as-Saudi, beliau belajar dengan
Ustaz Mohamed Hilmi dan Ustaz Abdul Salam
Silmi. Semasa di Makkah, beliau pernah
mendampingi Muhammad Tahir bin Abdul
Qadir al-Kurdi al-Makki al-Khattat yang terkenal
pada masa itu.
Semasa di Mesir, beliau mendalami minatnya
melalui penelitian dan latihan terhadap conto-
contoh kara yang dihasilkan oleh penulis-penulis
khat yang terkenal pada masa itu di Mesir,
disamping menyalin tajuk-tajuk berita dan
iklan-iklan di akhbar yang ditulis dalam tulisan
khat.
Sekembali ke tanah air, banyan pengalaman dan
kemajuan yang beliau raih dalam bidang seni
khat terutama ketika menjadi pensyarah di Kolej
Islam Malaya, Kelang / Petaling Jaya. Beliau
berkemahiran dalam bidang penulisan seni khat
gaya Nasakh, Riq`ah, Thuluth, Diwani, Kufi,
Ijazah, Jali Diwani dan Nasta`liq.

Sumbangan dalam bidang khat

Pameran :

Kebangsaan -
Pameran Formalisa Tampak dalam seni
khat dan seni tampak Malaysia anjuran
Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Balai
Seni Lukis Negara dan Universiti
Teknologi Mara di Galeri Kris Masn,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
(15-31 Disember 2003)
Pameran Gabungan Kaligrafi dan
Kebudayaan Antarabangsa di Balai Seni
Lukis Negara (4-13 Jun 2005)
Pameran Tulisan Jawi di Jabatan Muzium
dan Antikuiti keKKWA (6 Mac-5 April
2006)
Disamping beberapa pameran lain anjuran
Pusat Islam, Institusi pendidikan, Muzium-
muzim, dan Galeri-galeri.

Antarabangsa –

Mahrajan (festival) Seni Khat dan Ragam
Hias Islam Antarabangsa, Baghdad (1988)
Pameran Seni Kontemporari Islam,
Singapura (1992)
Mahrajan Seni Khat, Tehran (1996)
Mahrajan Kazimah ke 2 (Warisan Islam),
Kuwait (1997)
Berdasarkan kemahiran dan kepakaran
beliau, beliau seing dijemput menjadi hakim
dalam pertandingan seni khat, antaranya :
Pertandingan Seni Khat Antarabangsa
IRCICA ( atas nama Hamid al-Hamidi),
Turki (1986)
Peraduan Menulis Khat ASEAN dwi
tahunan anjuran Kerajaan Brunei
Darussalam (1987-2002)
Pertandingan Seni Khat Seramik
Peringkat Kebangsaan anjuran PKENJ
johor (1995)
Ahli Panel penilai Hadiah Yayasan Kuwait
bagi kemajuan Sains (seni Khat) anjuran
kerajaan Kuwait (1998)
Pengerusi Jemaah Hakim Manifestasi
Perdana Seni Khat (1990, 2001, dan 2003)
Pertandingan Lestari Jawi dan Khat (2005)
Disamping beberapa pertandingan lain.
Beliau juga banyak membentangkan kertas
kertas dan buku-buku yang membincangkan
bidan seni khat di Malaysia, hinggakan beliau
banyak menjawat jawatan dan menjadi panel,
antaranya :
1989-sekarang, Yang dipertua Persatuan Seni
Khat Kebangsaan (P.S.K.K)
1997-1999, Konsultan Bahagian Seni Khat Al-
Quran Mushaf Malaysian, Yayasan Restu
Kompleks Taman Islam Selangor.
Karya-karya Agung beliau
Menyediakan ayat-ayat Al-Qur`an dalam
bentuk khat untuk beberapa buag masjid
ternama di Malaysia :
1. Masjid Taqwa TTDI (1990)
2. Masjid Negara (1990)
3. Masjid as-Syakirin Bintulu
Sarawak (1992)
4. Masjid Wilayah persekutuan,
Kuala Lumpur (1998)
5. Menyelia ukiran khat Masjid
Putra, Putrajaya (2002)
6. Masjid Sultan Miazn, Putrajaya
(2009)

Karya-karya ternama

Penulis Khat di dalam logo `Halal
Malaysia`
Penulis Khat `Univesiti Malaya`
Penulis Khat Dinar Emas
Dan banyak lagi karya-karya beliau
Anugerah
Diatas jasa dan usahanya, beliau telah
dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N)
pada tahun 1983.

Harapan

Di samping kerendahan hati yang dimilikinya,
beliau mempunyai cita-cita yang amat tinggi,
iaitu ingin melihat penulisan seni khat di
Malaysia terus maju dan para penulisnya dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan penulis khat tersohor di seluruh dunia.
Karya penulis tempatn stanyding dengan karya
khat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa,
semoga permata yang tersembunyi sinarnya ini
akan terus memberi sinar kepada generasi
muda.


posted from Bloggeroid


Read more...