Memaparkan catatan dengan label kufi murabba'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kufi murabba'. Papar semua catatan

23.5.13

Tempahan Nama Kufi Square (Konvo UTM Mei 2013)

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Alhamdulillah semakin ramai peminat khat kufi ini di Johor...
--
Sent from my Nokia
www.khatsolution.com.my

Read more...

25.4.13

Tempahan Khat Nama Kufi Square April 2013

Sebenarnya dalam membuat khat kufi ni banyak cabarannya, terutamanya dalam menyusun huruf-huruf tertentu. Kadang-kadang dah banyak kali kita pusingkan, betulkan semula, pusing lagi, betulkan semula, pun masih tak menepati disiplinnya 100%. Yang penting banyakkan latihan dan tanyalah pada yang pakar...











Read more...

3.1.13

Artikel Khat Kufi Murabba' @ Kufi Square di Kosmo!

Kosmo! Online - Rencana Utama




MELIHAT kepada tulisan yang bercorak segi empat, orang ramai pasti sukar untuk mengagak bahawa itu merupakan salah satu cabang dalam seni khat.
Namun, keindahannya ternyata mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari serta mengetahui ciri-ciri terkandung dalam seni khat yang dikenali sebagai khat kufi.
Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba. Namun, antara seni khat kufi yang popular di negara kita dewasa ini ialah kufi murabba.
Siapa sangka dengan hanya menggunakan perisian komputer, setiap individu boleh mempelajari cara-cara serta kaedah berkarya dengan seni khat kufi murabba secara lebih mudah.
"Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, Inkscape dan Adobe Illustrator, semua orang boleh mempelajari serta mempraktikkan kreativiti mereka menerusi khat kufi," ujar seorang jurukhat kufi, Ariff Ashaari, 49.
Arif pada asalnya meminati seni khat tradisi iaitu khat nasakh, khat thuluth dan khat diwani kemudian memilih khat kufi sebagai salah satu sumber pendapatan hariannya dengan menjual hasil karya khat tersebut.
Menurut Ariff, dia banyak mendapat inspirasi untuk mempelajari seni secara tidak formal menerusi sebuah komuniti di laman Facebook.
Komuniti itu banyak membincangkan hal ehwal khat kufi yang adakalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Saya merupakan antara penggiat awal Friends Of Kufi Square (Foks) sejak 2010. Topik yang sering dibincangkan oleh kami secara keseluruhannya berkisarkan tentang khat kufi sahaja tanpa menyentuh aspek teknikal karya seni khat lain.
"Khat kufi kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai terutama hal ehwal kebolehbacaan karya-karya kufi. Komuniti ini merungkai pelbagai permasalahan yang sering dilakukan oleh penggiat seni khat serta memberi jalan penyelesaian terbaik terutama aspek teknikal dalam penghasilan seni khat kufi," ujarnya ketika ditanya mengenai objektif utama Foks.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2Grf8Ku1F 
Hakcipta terpelihara 

Read more...