Memaparkan catatan dengan label pameran seni khat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pameran seni khat. Papar semua catatan

11.9.21

Ayatul Kursi Original Artwork + Sijil Original + Box + Free Gift Nama A4

 Upahnya RM99.00 dalam masa terdekat sahaja. Termasuk free gift nama dalam khat saiz A4 dan saiz penanda buku, kotak eksklusif dan Sijil Perakuan Keaslian tulisan.

Sila whatsapp https://wa.me/60137027770 untuk pertanyaan.






Read more...

27.8.21

Sejarah khat dalam al-Quran

Sejarah khat dalam al-Quran

KOMPLEKS Percetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah yang beroperasi sejak 1985 telah mencetak lebih 300 juta mushaf al-Quran yang diedarkan ke seluruh dunia.
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telFIQH Al-QURAN

DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Pada hari ini khat yang diguna untuk menulis al-Quran ialah khat nasakh. Setiap huruf ditulis dengan bentuk yang jelas dan mudah dibaca. Amat menarik juga jika disorot sejarah khat pada zaman permulaan Islam. Beberapa rujukan menceritakan bagaimana bermulanya tulisan arab dan bentuk ia dibawa ke dunia arab.

Imam al-Dani menyebut dengan sanadnya sampai kepada Ziyad Ibn An’am berkata: aku bertanya kepada Abdullah Ibn Abbas ra: Adakah bangsa Quraisy menulis semasa zaman jahiliah dengan tulisan arab di mana ejaannya dengan alif, lam, mim disambung huruf yang boleh disambung dan menceraikan huruf yang dicerai sebagaimana ejaan ketika ini sebelum daripada Rasulullah SAW diutus menjadi rasul?

Ibn Abbas menjawab: ya. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar kamu ilmu tulisan ini? Ibn Abbas r.a menjawab: Harb Ibn Umayyah. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar Harb Ibn Umayyah? Ibn Abbas r.a menjawab: Abdullah Ibn Jad’an. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar Abdullah? Ibn Abbas ra menjawab: Penduduk Anbar. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar penduduk Anbar? Ibn Abbas ra menjawab: seorang lelaki yang datang kepada mereka daripada Yaman dari daerah Kindah. Ziyad bertanya; Siapakah yang mengajar lelaki tersebut? Ibn Abbas ra menjawab: Khaljan Ibn Muham iaitu penulis kepada Nabi Hud a.s.

BANGSA ARAB

Al-Kalbi meriwayatkan daripada Awanah bahawa orang pertama menulis khat ialah al-Jazm Maramir Ibn Murrah, Aslam Ibn Sidrah dan Amir Ibn Judrah. Mereka berbangsa arab iaitu kabilah Tai di mana mereka belajar menulis dari penulis wahyu Nabi Hud.

Selepas itu mereka mengajar penduduk Anbar. Daripada situ berkembangnya ilmu penulisan di Iraq. Bisyr Ibn Abdul Malik iaitu saudara kepada Ukaidar Ibn Abdul Malik adalah pemerintah Daumat al-Jandal mempelajari ilmu tulisan ini dan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Harb Ibn Umaiyyah kerana urusan perniagaan di Iraq.

Justeru Harb mempelajari ilmu penulisan daripada Bisyr. Harb ini pula mengajar kaum Quraisy. Harb dan Bisyr kemudian pergi ke Mekah. Bisyr berkahwin dengan Sohba Harb iaitu adik perempuan Abu Sufian r.a.

Semasa di Mekah ramai yang mempelajari ilmu tulisan ini daripada Bisyr. Di sini dapat difahami bahawa guru yang mengajar khat di Mekah ialah Harb Ibn Umaiyyah dan Bisyr Ibn Abdul Malik.
Ulama menyatakan jenis khat yang Harb ajarkan kepada kaum Quraisy ialah Khat al-Anbari dan selepas berpindah ke Hijaz ia dinamakan dengan khat hijazi. Khat ini selalu digunakan untuk penulisan surat, syair dan lain-lain.

WAHYU

Apabila Islam datang, mereka menulis wahyu dengan hijazi. Begitu juga dengan suhuf Abu Bakar dan Mushaf Uthman semuanya menggunakan khat hijazi. Hal ini berterusan dalam penulisan mushaf sehinggalah pembukaan banyak kota.

Penulis khat di Kufah amat memberi perhatian kepada khat arab ini dan melakukan banyak penambahbaikan dalam seni khat sehingga khat penduduk Kufah berbeza dengan khat hijazi. Lalu khat mereka dinamakan khat kufi dan ia digunakan juga untuk menulis mushaf.

Ilmu khat berkembang dan diberi penambahbaikan dalam kalangan mereka yang pakar dalam ilmu ini seperti Qutbah al-Muharrir, Dohhak Ibn Ajlan dan Ishaq Ibn Hammad.

Qutbah telah melakukan inovasi terhadap khat kufi dan khat hijazi dengan satu khat lain yang mengabungkan dua khat tersebut. Khat itu dianggap khat asas yang diguna pakai dalam penulisan.

Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiah, ilmu khat berkembang seiring dengan ilmu lain. Zaman keemasan ilmu khat berlaku dengan munculnya Ibn Muqlah, seorang menteri ketika itu. Beliau mempunyai idea yang menarik dan canggih dalam ilmu khat sehingga dapat menyempurnakan lagi apa yang dilakukan oleh pakar khat sebelumnya iaitu Qutbah.

Ibn Muqlah merubah bentuk khat kufi kepada bentuknya yang ada pada masa kini dan juga mencipta banyak bentuk khat yang lain. Selepas Ibn Muqlah muncul pakar khat yang bernama Ibn Bawwab.  Beliau banyak melakukan penambahbaikan yang dilakukan oleh Ibn Muqlah dan menyempurnakan lagi kaedah dengan bentuk khat yang lebih baik.

MANUSKRIP AL-QURAN DI UNIVERSITI BIRMINGHAM

Kandungan manuskrip ini ialah surah al-Kahf ayat 23-31, surah Maryam ayat 91-98 dan surah Taha ayat 1-13. Dikatakan manuskrip ini berusia 1370 tahun dahulu iaitu menyamai 1411 Hijrah yang lalu.

Ia dianggap manuskrip al-Quran yang terawal berdasar kepada khat yang digunakan iaitu khat hijazi. Selepas dilakukan pancaran karbon, disahkan ia ditulis antara tahun 568M hingga 645M.

Seorang ahli khat Iraq, Dr. Wali menyifatkan manuskrip ini ditulis dengan khat hijazi yang cantik, boleh dibaca dan dianggap ia dari zaman tiga khalifah terawal. Manuskrip ini disimpan di perpustakaan universiti sejak 50 tahun yang lalu dan tidak diketahui nilainya. Namun selepas pengkaji melakukan analisa didapati ia ditulis pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Isu ini disiarkan secara meluas melalui media pada 2015. Selepas ia viral, seorang ulama al-Quran iaitu Dr. Aiman Suwaid yang banyak menghasilkan kitab berkaitan tajwid, sanad dan pengajaran tajwid dalam media memberi ulasan yang sangat berguna untuk menilai manuskrip tersebut.

Katanya, metodologi barat dan metodologi Islam dalam menilai isu ini berbeza. Barat melihat melalui pancaran karbon bagi mengenali tarikh manuskrip. Tetapi metodologi Islam ialah mesti mengenali siapakah penulis manuskrip dan dari manakah ia ditulis.

Semua penulis wahyu atau penulis al-Quran mempunyai peribadi yang tinggi sifat amanah dan terkenal sifat benarnya seperti Zaid Ibn Thabit r.a yang mana Abu Bakar al-Siddiq r.a berkata kepadanya, kamu adalah seorang pemuda yang amanah dan kami tidak tohmah kamu dengan pendustaan.

Selain itu, perlu juga diketahui dari manakah manuskrip ini ditulis? Maklumat ini amat perlu kerana al-Quran pada peringkat awal lagi iaitu pada zaman Uthman r.a disalin dengan berpandukan suhuf Abu Bakar Siddiq r.a.

 

SURAT Nabi Muhammad SAW kepada maharaja Rom menggunakan tulisan khat hijazi mengajaknya memeluk Islam.

 

MANUSKRIP

Selepas itu, al-Quran disalin berpandukan mushaf terdahulu. Jika manuskrip tersebut sama nasnya dengan al-Quran maka alhamdulillah tetapi jika berlainan dengan mushaf yang ada, maka yang terpakai adalah mushaf yang ada bersama kita.

Berikut adalah surat nabi saw kepada maharaja rom. Sebahagian maksud kandungan surat itu adalah: “Basmalah dan menyeru Maharaja Rom kepada Islam. Terimalah kamu agama Islam kamu akan selamat dan Allah anugerahkan kamu dengan dua anugerah”.

Jika dilihat jenis khat yang ditulis dalam surat di atas dan jenis khat pada manuskrip al-Quran di perpustakaan Universiti Birmingham, ia seakan daripada jenis yang sama.

Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad, Pensyarah Jabatan Quran dan Sunnah, USIM.


Read more...

2.8.21

Wikipedia : Seni Khat

 

Seni khat Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Tandatangan bergaya (tughra) Sultan Empayar Uthmaniyah Mahmud II
Tulisan cermin seni khat Empayar Uthmaniyah abad kelapan belas. Menggambarkan ayat علي ولي الله (Ali adalah wali Allah') pada kedua-dua arah.

Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran)[1], di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing seperti tulisan jawi. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar.[2] Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia merupakan salah satu cara utama mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur'an selain melalui hafalan para huffaz (penghafal Al-Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada taghut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan.[3] Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar khat) dikumpul dan amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan kaedah-kaedah penulisan khat.

Seni khat orang-orang ArabParsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.

Peranan dalam budaya Islam[sunting | sunting sumber]

Wanita melihat perkataan Allah di Masjid Kuno di EdirneTurki.

Seni khat boleh dikatakan sebagai bentuk paling banyak digunakan dalam kesenian Islam kerana skrip Arab merupakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, khususnya, seni khat dalam huruf Arab. Peribahasa ,syair Arab dan Parsi serta petikan ayat dari Al-Quran masih merupakan sumber utama seni khat Islam.

Senarai jenis-jenis skrip khat[sunting | sunting sumber]

  • Kufi (كوفي)
  • Riq'ah (رقعة)
  • Riqa' (رقاع)
  • Nasakh (نسخ)
  • Thuluth (ثلث)
  • Ijazah (إجازة) atau Tawqi' (توقيع)
  • Diwani (ديواني)
  • Tughra (طغراء)
  • Maghribi (مغربي)
  • Nasta'liq (نستعليق) atau Farisi (فارسي)
  • dan banyak lagi

Sejarah stail (jenis) berbeza[sunting | sunting sumber]

Perbezaan bentuk penulisan skrip huruf Arab biasanya dibahagikan antara skrip geometrik (pada asasnya Kufi dan variasinya) dan skrip melengkung (seperti Naskh, Ruq'ah, Thuluth...)

Gaya geometrik[sunting | sunting sumber]

Skrip Kufi daripada Al-Quran dari abad ke-9 atau 10.

Hijazi (حجازي) ialah skrip melengkung, mudah, biasanya tanpa tanda atas bawah diacritical. Hijazi biasanya digunakan antara akhir abad ke-7 dan abad ke-8. Ia terdapat pada Al-Quran pertama dan juga pada ukiran batu. Gaya ini merupakan gaya terawal dalam sejarah seni khat Islam

Skrip Maghribi. Surah Al-Maidah Ayat 12-13.

Khat Kufi (كوفي) adalah gaya lebih geometrik dan jelas, dengan rima jelas dan penekanan kepada garis melintang. Vokal (nahu) kadang-kala ditanda dengan titik merah; konsonan dibezakan dengan sengkang kecil bagi menjadikan teks lebih mudah dibaca. Sejumlah Al-Quran ditulis dalam gaya ini dijumpai di Masjid di Kairouan, di Tunisia. tulisan Kufi juga wujud pada syiling silam.

Skrip Maghribi (مغربي) dan variasi Andalus (أندلسي) adalah bentuk versi Kufi yang kurang kaku, dengan lebih lengkungan.

Bagi menulis Al-Quran dan dokumen lain, Kufi akhirnya digantikan dengan skrip melengkung. Ia kekal bagi tujuan hiasan:

  • Dalam "Kufi berbunga", huruf geometrik kurus dikaitkan dengan unsur gaya tumbuhan.
  • Dalam "Kufi geometrik", hurud diatur dalam pola dua dimensi, rumit, sebagai contoh memenuhi segi empat. Ia bertujuan sebagai hiasan dan bukannya untuk dibaca.

Gaya melengkung[sunting | sunting sumber]

Skrip Naskh dalam Al-Quran Mesir bertarikh sekitar abad ke-14 hingga ke-15.

Gaya melengkung muncul pada abad ke-10.[4] Ia lebih mudah ditulis dan dibaca dan dan tidak lama kemudian menggantikan gaya awal berbentuk geometri, melainkan untuk tujuan perhiasan.

Skrip melengkung enam yang diterima rasmi (al-aqlam al-sittah - الأقلام الستة ) dipelopori oleh Ibn Muqla (m. 939 M) dan kemudiannya diperhalusi oleh penggantinya Ibn al-Bawwab (d. 1022) dan Yaqut al-Musta'simi (m. 1298 M). Skrip Naskh merupakan yang paling meluas digunakan dalam Al-Quran, pengisytiharan rasmi, dan perhubungan peribadi.[4] Teks silam yang menyenaraikan enam gaya ini biasanya tidak memberikan contoh. Oleh itu ia adalah sukar untuk membezakan gaya-gaya ini.

  1. Skrip Naskh (نسخ) atau naskhi adalah penulisan melengkung mudah yang digunakan dalam perutusan sebelum pakar khat mula menggunakannya bagi penulisan Al-Quran. Ia adalah langsing dan lentur, tanpa sebarang penekanan tertentu, dan amat mudah dibaca. Ia kekal bertahan di kalangan gaya yang tersebar luas.
  2. Thuluth (ثلث) adalah gaya penulisan bertenaga dan memuncak, dengan memanjang menegak. Ia digunakan secara esklusif oleh Mamluk semasa abad ke-14 dan ke-15.
  3. Tawqi' (توقيع) muncul di bawah khalifah Abbasiyyah, apabila ia digunakan bagi menanda akta rasmi. Dengan tegak memanjang dan lengkuk yang luas di bawah garis tulis, skrip ini jarang digunakan.
  4. Riqa' (رقاع) (bezakan dengan Riq'ah -رقعة) ialah versi 'mini" Tawqi', juga jarang digunakan.
  5. Muhaqqaq (محقق) ialah skrip penuh, cergas. Akhir huruf biasanya panjang dan lengkungannya mengaris di bawah teks.
  6. Rayhani (ريحاني) ialah versi 'mini' Muhaqqaq.


Kadar huruf berlainan berdasarkan huruf Alif, satu garis tegak ringkas.

Dari abad ke-14 seterusnya, gaya melengkung lain mula digunakan di wilayah Turki dan Parsi.[4]

Gaya-gaya skrip lain[sunting | sunting sumber]

Nasta'liq (نستعليق) atau Farisi (فارسي) ialah gaya melengkung yang dibangunkan dalam dunia Parsi. Nasta'liq bererti "tergantung", yang merupakan gambaran baik mengenai cara setiap huruf dalam perkataan tergantung dari huruf sebelumnya, yakni lebih rendah dan bukannya pada baris yang sama.

Skrip Diwani (ديواني) ialah gaya melengkung khat Arab yang berkembang semasa pemerintahan awal Empayar Uthmaniyyah Turki (abad ke-16 dan awal abad ke-17). Ia dicipta oleh Housam Roumi dan mencapai kemuncak popularnya di bawah Sulaiman I Agung (1520–66). Berfungsi sebagai hiasan dan mampu berhubung, Diwani dibezakan dengan kerumitan pada garis dalam huruf dan jarak dekat huruf dalam perkataan. Satu variasi DiwaniDiwani Al Jali (ديواني جلي) , kaya dengan tanda baris dan hiasan.

Skrip biasa bagi kegunaan harian adalah Ruq'ah (رقعة)(juga dikenali sebagai Riq'a). Mudah dan senang ditulis, pergerakannya sedikit tanpa banyak penambahan. Ia merupakan yang paling biasa dilihat.

Al-Qur'an (sebahagian Surah Al-Kahf dan Surah Al-Isra') dalam skrip Bihari.

Ia dianggap selangkah tinggi dari skrip Naskh yang merupakan skrip pertama diajar kepada kanak-kanak. Dalam gred berikutnya, mereka diperkenalkan kepada Ruq'ah.

Skrip seni khat yang dikenali sebagai skrip Sini (صيني) berkembang di China. Bentuk ini menunjukkan bukti pengaruh seni khat Cina, menggunakan berus bulu ekor kuda dan bukannya pen batang rid ("reed"). Ahli penulis khat moden dalam tradisi ini adalah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.[5]

Skrip Bihari (بهاري) digunakan di India dalam abad ke-15. Bihari dikembangkan daripada Naskh, berlengkung, dan penggunaannya berkembang selepas wilayah utara India ditakluk Timur. Skrip ini menitikberatkan unsur sublinear huruf dan dapat dibezakan dengan coretan yang tebal di bahagian tengah dan dipahat supaya kelihatan seperti pedang pada bahagian hujung.

Calligram[sunting | sunting sumber]

Contoh calligram. Khat ayat Bismillah dan ungkapan lain dalam bentuk tumbuhan. Karya Al-Khattat 'Abdul 'Aziz Ar-Rifa'i dari Turki

Khat, seni Islam yang meluas dalam dunia Muslim, turut memiliki bentuk gambaran. Dengan mengaitkan huruf dalam perkataan bertulis, yang dibuat daripada perkataan "Allah", "Muhammad", "Bismillah", dll., atau dengan menggunakan mikrograf,[6] pakar khat mampu menghasilkan gambaran anthropomorfik (Saidina Ali (ra), Idea Manusia Sempurna orang Sufi, orang yang sedang bersolat,[7] muka), bentuk zoomorfik (makhluk simbol, kebanyakannya daripada ikonografi Syiah, seperti singa (Ali (ra) "Singa Allah")[8] kuda (Duldul Ali),[9] ikan,[6] burung sekendi atau burung lain (Hudhud daripada al-Qur'an)[10][11]) dan bentuk yang melambangkan pedang (Zulfiqar), masjid, kapal (dibuat daripada huruf waw, simbol penyatuan mistik, secara harfiah bererti "dan" dalam bahasa Arab). Callligram berkait dengan kesufian dan popular dengan kebanyakan pakar khat di Turki, Parsi dan India dari abad ke-17 dan seterusnya.

Dalam pengajaran, imejan figuratif digunakan bagi membantu membayangkan bentuk huruf bagi tujuan menekap imej, sebagai contoh, huruf ha' kelihatan dalam Nasta'liq serupa dua mata, sebagai mana dibayangkan nama Parsinya: "he'" 'dua mata' he do cheshm). Dalam penulisan dan puisi melihat bayangan dunia semulajadi dalam huruf wujud semenjak zaman Abbasiyyah.

Contoh seni khat dalam dunia perdagangan yang baik ialah logo Al Jazeera, stesen berita antarabangsa yang bertapak di Qatar, dan "Edinburgh Middle East Report", journal akademik Scotland berkaitan Timur Tengah.

Peralatan dan media[sunting | sunting sumber]

Penulisan dalam khat, membentuk gegelang sepanjang Qutb Minar, India, dibina 1192 M

Perkasas tradisi bagi penulis khat Arab adalah Qalampen yang dibuat daripada buluh; dakwatnya seringkali berwarna, dan dipilih agar penonjolannya banyak berbeza, dengan itu tulisan panjang pada karya dapat memberi kesan dinamik.

Pelbagai media digunakan bagi mempersembahkan khat. Sebelum kewujudan kertas, papirus dan kertas kulit digunakan bagi menulis. Ciptaan kertas merevolusikan seni khat. Ketika biara-biara Eropah hanya memiliki beberapa dozen jilid, perpustakaan di dunia Islam biasanya memiliki beratus-ratus malah ribuan jilid buku.[1]

Syiling juga merupakan sokongan lain bagi khat. Bermula 692 M, khalifah Islam merombak bentuk syiling di Timur Dekat dengan menukar gambaran visual dengan perkataan. Ia benar terutamanya bagi dinar atau duit emas lain yang bernilai tinggi. Biasanya syiling ditulis dengan petikan daripada Al-Quran atau dua kalimah syahadah

Menjelang abad kesepuluh, orang Parsi yang memeluk Islam mula menyulam tulisan pada kain sutera bercorak atau beragi. Tekstil bertulis khat amat bernilai sehinggakan tentera Salib membawa ia pulang ke Eropah sebagai barangan bernilai. Contoh terkenal adalah Shroud of St. Josse ("kain kapan St Josse") yang digunakan bagi membungkus tulang St. Josse di biara St. Josse-sur-Mer berdekatan Caen di barat laut Perancis.[12]

Khat masjid[sunting | sunting sumber]

Khat Masjid Islam ialah khat yang boleh didapati di dalam dan di luar masjid, biasanya dalam gabungan dengan motif Arabes. Arabes ialah bentuk kesenian Islam yang terkenal kerana bentuk geometrik berulangnya membentuk hiasan yang indah. Bentuk geometrik ini seringkali termasuk khat Arab di tulis pada dinding, siling, di luar dan di dalam masjid. Subjek penulisan ini boleh diambil daripada sumber berbeza Islam. Ia mungkin petikan ayat-ayat Al-Quran atau daripada Hadis, tradisi lisan berkaitan kata-kata dan perbuatan Nabi Muhammad (SAW)


Biasa digunakan dalam masjid:[sunting | sunting sumber]

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم)

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim merupakan bentuk ayat paling biasa didapati dalam masjid. Ia bererti: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."

Allah dan Muhammad

Allah ialah perkataan bahasa Arab untuk Tuhan yang tunggal dan Muhammad merupakan rasul terakhir dalam Islam. Kedua-dua perkataan "Allah" dan "Muhammad" hampir sentiasa dijumpai di dalam masjid sebagai peringatan kepada kepercayaan utama ugama Islam.


Read more...