Memaparkan catatan dengan label khat diwani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khat diwani. Papar semua catatan

27.8.21

Seni Khat Part 2






 SENI KHAT Part 2

Jenis-jenis tulisan khat adalah berupa tulisan mushaf-mushaf al-Quran, sama ada tertulis di atas papirus, kulit-kulit binatang, kertas, naskah, inskripsi, buku, surat, mahupun manuskrip dan sebagainya.
Ibnu al-Nadim menghuraikan lagi bahawa corak lain dari khat Kufi dan Nasakh terdapat lagi bentuk lain berupa tulisan “setengah” (nisf), disebut juga corak Thuluthain (dua-pertiga) atau “sepertiga” (Thuluth). Selain itu, semenjak Ibnu Muqlah telah mengklasifikasi enam jenis tulisan seni khat yang berkembang dalam Islam selanjutnya dikenali dengan al-Aqlām al-Sittah الأقلام الستة (enam skrip yang asal) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhān, Riq’ah dan Tawqi’ kemudian berevolusi menjadi Thuluth (خط الثلث), Nasakh ( خط النسخ), Diwani (خط الديواني), Kufi (خط الكوفي), Farisi (خط الفارسي) dan Riq‘ah (خط الرقعة).
Seterusnya tulisan tersebut dikembangkan oleh umat Islam menjadi tulisan seni khat/Jawi di Alam Melayu.
Khat Kufi, iaitu jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut dan siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis mendatar yang memanjang. Khat kufi sering disebut juga dengan istilah Jazm, jenis khat ini sudah banyak menghiasi bangunan-bangunan utama di Alam Melayu kerana agak sukar untuk dilakarkan, juga agak susah dibaca oleh umat Islam di walaupun ramai juga peminatnya.
Khat Nasakh, iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif, yakni tulisan bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca. Menurut Didin Sirojuddin, “Kata Nasakh diambil dari akar kata Nuskhah atau Naskhah.” Jenis khat ini sangat mendominasi penggunaan tulisan kaligrafi yang ada di Alam Melayu kerana digunakan dalam pelbagai tulisan mushaf al-Quran dan bahkan digunakan juga dalam penulisan pelbagai buku teks pelajaran umum, agama Islam, dan sebagainya.
Khat Thuluth, iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk hiasan di pelbagai manuskrip, khususnya dalam tajuk-tajuk buku atau sub-subbab dan nama-nama kitab ataupun kitab. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-dinding binaan dan hiasan dalaman. Selain itu, jenis khat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu kerana selalu dijadikan sebagai hiasan tulisan dalam bangunan-bangunan utama seperti masjid, istana, pejabat, sekolah, dan lain-lain.
Khat Farisi, iaitu jenis khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di negara Parsi (Iran), Pakistan, India, dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa pemerintahan Dinasti Safavi (1500-1800 M).
Menurut sejarahnya, khat Ta`liq berasal daripada tulisan Kufi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab zaman penaklukan Parsi. Jenis khat ini tidak terlalu banyak digunakan sebagai hiasan dalaman di Nusantara kecuali untuk tulisan-tulisan tertentu seperti tajuk-tajuk buku yang tersimpan rapi di perpustakaan dan sekolah.
Khat Riq`ah, iaitu yang disebut juga khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan jenis tulisan cepat dan hampir sama dengan cara penulisan stenografi. Penggunaan jenis tulisan khat ini di Alam Melayu tidak terlalu meluas dalam kalangan masyarakat umum kecuali di kalangan mahasiswa dan pelajar pondok yang menggunakannya sebagai catatan-catatan penting nota kuliah ataupun pelajaran mereka.
Khat Diwani, iaitu khat berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun, hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Diwani merupakan suatu corak tulisan Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikasteh Farisi. Jenis khat ini masih banyak ditemui di Alam Melayu sebagai hiasan-hiasan tambahan, tetapi tidak sebanyak penggunaan jenis khat Nasakh ataupun Thuluth.
Kesemua khat di atas, para pakar khat berpendapat bahawa “induk” daripada seni khat/Jawi adalah khat Thuluth dan Nasakh. Sementara orang-orang Parsi terutama kalangan seniman, mengembangkan sebuah corak lain disebut Ta’līq (menggantung) yang sebenarnya merupakan perkembangan lanjut daripada corak Riq’ah dan Tawqī’ setelah diubahsuai lalu dibuat secara teliti dan sungguh-sungguh. Induk tulisan ini berkembang menjadi pelbagai macam jenis aliran dan corak.
Walaupun khat-khat tersebut memiliki perbezaan dan teknik penulisan berbeza-beza, tetapi masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya. Contoh khat kufi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riq’ah dan Diwani bahkan menjadi penyempurna corak ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info menarik mengenai warisan di seluruh nusantara, sila follow dan subscribe Tetuang TV di:

Read more...

11.9.14

Ulasan Karya : Nama Abdur Rahman ( karya Master Adnan Syeikh Osman)

Jenis khat : Diwani - ar-Rohman
: Farisi - Abdu dan Qadri

Post kali ini membincangkan kreativiti seorang tokoh khat yang tidak asing lagi iaitu Adnan Syeikh Osman ( beliau akan bersama kita di Terengganu November ini) dalam menulis nama ' Abdul Rahman Qadri'....perhatikan " susunan yang begitu indah"...ya...perkataan paling sesuai...asalnya nak letak perkataan " susunan yang begitu dahsyat " tapi tak kena pulak...
Yang menjadikan karya ni bertaraf ' legend', ' rare' dan ' cult' ialah huruf nun dalam khat diwani yang dipusingkan ke atas menjadi bentuk bujur macam kacang soya...pehhh memang meleleh air liur tengok pergerakan dakwatnya....smooth betul lah....dakwat apa agaknya yang Master ni guna ya...takde kesan dakwat terkucil langsung...
Ok lepas ni kita bincang karya yang lain pulak ya...


posted from Bloggeroid


Read more...

7.10.13

4 Qul Surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas Dalam Khat Thuluth Potrait dan Landscape

        


Latihan demi latihan untuk memantapkan tulisan...ku perbaiki setiap hari demi cintaku pada seni ini...walaupun banyak cabaran ku hadapi...kurangnya dana menjadi sahabat sejati...namun ku percaya kepada Ilahi...bahawa inilah yang dinamakan rezeki...ampunkan aku wahai Rabbul 'Izzati...kekhilafan hambaMu ini...sehingga tertunda banyak segi...ampunkan kami...yaa Allah ya Fattah ya Razzaq ya Ghafiruz-zanbi...
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


Read more...

24.12.11

Seni Khat di Karnival Taha@UTHM


Abdul Rahman bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Saifuddin Abdullah 


Dari kiri : Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Mohd Noh Dalimin, Abdul Rahman Sahalan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Saifuddin Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Haji Mohammad Saimi Mat Som
BATU PAHAT 21 Disember - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima kunjungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah untuk merasmikan Karnival TaHa@U anjuran bersama UTHM, Tabung Haji dan Berita Harian yang berlangsung pada 21 dan 22 Disember lalu.
Bersempena karnival ini, Pusat Islam UTHM selaku penyelaras karnival turut mengadakan Kempen Memperkasakan Zakat yang bertujuan menggalakkan warga UTHM melaksanakan salah satu rukun islam iaitu menunaikan zakat. Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan pelbagai acara seperti Larian TaHa@U, Khidmat Masyarakat dan Motivasi Ahli Kelab, pertandingan sukan seperti futsal, catur, dam haji dan karom serta Konsert Mahabbah.
Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pembukaan kaunter seperti kaunter Tabung Haji, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Berita Harian serta terdapat juga pameran dan jualan produk halal di sekitar Dewan Terbuka, UTHM.
Dato' Saifuddin dalam ucapan perasmiannya berkata program TaHa@U ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada pelajar. Program seperti ini dapat membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.
"Program ini mampu menanamkan semangat para pelajar untuk suka menabung sekali gus membangkitkan keinginan mereka menunaikan ibadat haji di usia muda," kata beliau.  
Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Mohd Noh Dalimin dalam ucapannya pula berkata kira-kira 4000 orang pelajar telah menyertai sekretariat TaHa@U ini dan jumlah tersebut dijangka akan bertambah dari masa ke semasa. Profesor Dato' Mohd Noh juga mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji dan Berita Harian kerana memberi kepercayaan untuk menganjurkan program seperti ini.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan warga universiti agar menunaikan zakat yang sememangnya menjadi kewajipan kepada umat Islam."Tunaikan zakat dan hayatilah Islam untuk seimbangkan amalan di dunia dan akhirat," katanya.
Manakala Haji Mohammad Saimi berkata Karnival TaHa@U ini telah dilancarkan di beberapa buah universiti sebelum ini dan UTHM merupakan universiti ke tujuh menyertai program ini. Beliau berharap dengan tertubuhnya sekretariat TaHa@UTHM ini dapat meningkatkan lagi peratus pelajar islam yang mempunyai akaun Tabung Haji.
Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Haji Mohammad Saimi Mat Som; Pengarang Pendidikan Berita Harian, Haji Muhd. Yusuf Abu Bakar; Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Johor (MAIJ), Encik Sahibul Fadhilah Syeikh Ahmad Faisal Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz  Dato' Abdul Samad; Pengarah Pusat Islam UTHM, Profesor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus serta Pegawai-Pegawai Kanan UTHM.
Majlis perasmian tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Gemilang Zakat kepada fakulti yang berjaya mengumpul wang zakat paling tinggi. Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) menerima anugerah emas mendahului Fakulti Kejuruteraan Awan dan Alam Sekitar (FKAAS) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). Universiti ini sentiasa memberi galakan kepada kakitangannya untuk membayar zakat melalui potongan gaji.
Sempena kempen memperkasakan zakat ini juga, UTHM mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan zakat kepada sembilan orang penerima. Bantuan tersebut merangkumi bantuan rumah, baik pulih rumah, sara hidup, kaki palsu dan dialisis.
Satu forum bertajuk "kepentingan berzakat dan Peranannya dalam Penyucian Harta"  turut diadakan sejurus selesai acara perasmian. Forum yang melibatkan dua orang panel jemputan itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penonton dalam menyempurnakan ibadah zakat.
Semoga segala usaha yang dilakukan dapat memberi kebaikan kepada seluruh warga UTHM dan juga masyarakat setempat.


Demo yang berjaya menarik perhatian YB Dato'
Bersama ADUN Senggarang, YB Jaafar Hashim

Tarikh : 21-22 Disember 2011
Tempat : UTHM Parit Raja, Batu Pahat Johor  

Read more...

26.11.11

Logo Hijrah Bersama TV ALHIJRAH dalam Khat Diwani


BATU PAHAT 26 November - Stesen televisyen ALHIJRAH telah mula menyiarkan promo untuk sambutan ulangtahun yang pertama. Tema bagi sambutan ini ialah "Hijrah Bersama" : yang membawa pengertian yang sangat mendalam dalam kehidupan kita. apakah kerana kita harus berhijrah bersama rakan-rakan atau saudara ke bandar besar?Ataupun hijrah bersama ke arah yang lebih baik? Sama-sama lah kita renungkan..


Sebuah kisah yang sangat menarik untuk ditonton


Seni khat merupakan satu cabang seni yang sangat indah. Apabila seseorang penulis khat itu sudah mahir, pelbagai jenis khat mampu dibuat dalam masa yang singkat. Khat Diwani adalah jenis khat yang menarik jika kita mampu menggayakannya. Dalam logo ulangtahun pertama stesen TV ALHIJRAH terdapat tulisan khat Diwani yang dibentuk dengan begitu kreatif. Ramai peminat sebenarnya khat ini, mungkin kerana sifatnya yang lembut dan fleksibel. Lagipun logo rasmi TV ALHIJRAH sendiri menggunakan khat diwani. Untuk itu Seni Khat Solution dengan penuh rasa teruja menyumbangkan logo tersebut. www.tvalhijrah.com

Read more...