Memaparkan catatan dengan label Pertandingan seni khat 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertandingan seni khat 2013. Papar semua catatan

10.11.13

Ayat dan Syarat Untuk Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan Muzium Kesenian Islam Disember 2013

KEPUTUSAN AKAN DISIARKAN DI UTUSAN MALAYSIA 20 JANUARI 2014...HARAP MAKLUM...
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.





Manifestasi Perdana Seni Khat kini kembali! Ayuh memeriahkan acara yang ditunggu- tunggu ini ,tarikh tutup penyertaan pada 7 Disember ini, alhmdulillah tahun 2013 ini penuh dan meriah dgn pertandingan khat......


Read more...

19.8.13

Pertandingan Seni Khat Jawi Nusantara Pelajar Sekolah September 2013



Utusan Malaysia dengan bangganya meneruskan legasi Pertandingan Seni Jawi Nusantara khas untuk para pelajar sekolah semua. Setiap tahun pertandingan ini menarik penyertaan yang banyak sehingga memeningkan kepala pengadil. Tahun lepas sahaja lebih 3,000 penyertaan diterima. ini menunjukkan usaha ini berjaya meningkatkan minat masyarakat kepada jawi.

Adik-adik mari sertainya!



Sent from my Windows Phone

Read more...

21.1.13

Update : Gambar Pertandingan Seni Khat Maulidurrasul Batu Pahat 20 Januari 2013


Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan



Berita di akhbar Sinar Harian 30 Januari (Rabu) dan Harian Metro 25 Januari 2013(Jumaat)


BATU PAHAT 21 Januari – Satu pertandingan seni khat yang julung kali diadakan telah berjaya dilaksanakan di sini, semalam. Pertandingan Seni Khat Maulidurrasul yang dianjurkan oleh kompleks membeli-belah The Summit dengan kerjasama Seni Khat Solution telah menarik kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar bandar ini. Acara ini diadakan sempena Maulidurrasul 1434 yang akan menjelang tiba pada hari Khamis ini 24 Januari 2013 dalam dua kategori iaitu kategori A (7-12 tahun) dan kategori B (13-17 tahun).
Menurut Pengurus Besar Seni Khat Solution, Abdul Rahman Sahalan, pertandingan ini adalah satu pendedahan bagi para peserta dan ibu bapa mereka yang mana ianya akan menambahkan lagi minat kepada seni khat dan tulisan jawi. Ini kerana kurangnya penekanan terhadap kepentingan mempelajari dan mengamalkan seni khat dan tulisan jawi dalam kehidupan seharian, dikhuatiri seni ini akan semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Adanya acara sebegini diharapkan akan menjadi titik permulaan berkembangnya seni khat di daerah ini dengan sokongan pusat membeli belah dan badan bukan kerajaan. Kerajaan telah berjaya melaksanakan program j-Qaf yang mengandungi pembelajaran khat dan jawi di peringkat nasional, kerajaan Johor juga berjaya menyediakan sekolah agama di seluruh negeri, maka Seni Khat Solution juga ingin melihat seni khat dan jawi berkembang khususnya di daerah Batu Pahat dengan usaha yang kecil ini. Melihat penyertaan yang yang di luar jangkaan, InsyaAllah acara ini akan diadakan lagi pada bulan Mac nanti dan kali ini dengan kerjasama pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan media.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa dan penonton, pertandingan seperti ini wajar diadakan lebih kerap ataupun lebih besar dengan tambahan kategori iaitu kategori dewasa (19-40 tahun) dan kategori emas (41-65 tahun). Ini kerana kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ingin menyertai pertandingan ini jika ada kategori untuk mereka. Bukannya hadiah yang mereka inginkan, tetapi aktiviti hujung minggu keluarga diisi dengan acara yang berfaedah dan menyeronokkan menjadikan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat. Bayangkan bilamana anak-anak melihat ibubapa atau datuk mereka sama-sama menulis khat dengan bentuk yang pelbagai rupa, pasti seronok!


Pertandingan dah bermula
Penyertaan di luar jangkaan
Kategori A dan Kategori B

Suasana sepanjang pertandingan berlangsung
Pengiraan markah sedang dijalankan oleh Abdul Rahman Sahalan dan pihak The Summit

Sedang melakukan demo tulisan khat
Pemenang tempat kedua Kategori B 13-17 tahun
Pemenang tempat ketiga Kategori B 13-17 tahun

Johan Kategori B 13-17 tahun
Pendaftaran yang sesak


Abdul Rahman Sahlan bergambar bersama para pemenang
Iklan di pentas utama

Bersama pembantu setia, Osman Samurah

Anjuran The Summit Shopping Complex dan Seni Khat Solution pada 20 Januari 2013 (Ahad) di Pentas Utama The Summit.


Peraturan :
1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dalam dua kategori iaitu A (7-12 tahun)  dan B (13 hingga 17 tahun).
2. Peserta dikehendaki menulis semula rangkap puisi dalam tulisan khat yang menarik. Jenis khat adalah bebas mengikut kreativiti peserta.
3. Masa yang diberikan ialah 1 jam 30 minit.
4. Peserta hendaklah menggunakan alatulis dan kertas A3 yang disediakan. Sekiranya peserta ingin menambahkan hiasan pada kertas hendaklah menggunakan alatulis peserta sendiri.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.

* Makluman : Puisi yang akan ditulis oleh peserta adalah berkaitan dengan Maulidurrasul antaranya selawat dan marhaban.




Read more...

16.1.13

Update : Pemenang Pertandingan Seni Khat Spontan Terbuka Johor 19 dan 20 Januari 2013

# Pemenang Seni Khat Catan : Spontan

Juara : Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad

Naib Juara : Mohd Shah Bin Tumin
Ketiga : Nurgajir Bin Noor
Saguhati : Mohd Hafizuddin Bin Mohd Rasid
Saguhati : Syed Umar Bin Syed Mohamad

Pemenang Seni Khat Spontan


Juara : Syed Umar Bin Syed Mohamad

Naib Juara : Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad
Ketiga : Zamri bin Amid
Saguhati : Mohd Hafizuddin Bin Mohd Rasid
Saguhati : Ahmad Zafuan Bin Embong





 


Borang Pertandingan Khat Spontan Terbuka Johor.
- copy borang ini dan print
- isi maklumat yang dinyatakan
- fakskan ke 07-2260728


1) PENGENALAN RITMA JOHOR II
Ritma Johor adalah gambaran dan imej khusus tentang keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi mitosnya, mahupun sejarah atau budaya 1 Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang.

Ritma Johor II pula, menekankan kepada aspek pembangunan, ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga kini yang mana dapat dikagumi oleh rakyatnya dan di seluruh Negara umumnya.

2) OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.
2. Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni tampak yang mampu mendokumentasikan sejarah dalam bentuk seni visual.
3. Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3) KATEGORI PERTANDINGAN SPONTAN

A. Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.


B. Fotografi
Fotografi yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan danpeserta hendaklah mengambil gambar di sekitar negeri ini mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Karya siap tidak akan diterima. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan teknik fotografi 100% tanpa menggunakan atau menambah penggunaan aplikasi digital. Segala keperluan untuk mengambil gambar adalah di atas tanggung jawab peserta dan pertandingan akan berlangsung selama 5 jam. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

C. Seni Khat : Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan contohnya seperti kata-kata hikmah/semangat daripada Sultan / Pembesar Johor atau apa sahaja yang bentuk karya yang berdasarkan tema. Karya tersebut hendaklah menggunakan penulisan khat dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

D. Seni Khat: Penulisan
Pertandingan ini adalah pertandingan menulis Seni Khat secara spontan selama 3 jam. Pihak penganjur akan menyediakan kata-kata untuk penulisan tersebut dengan jenis-jenis penulisan khat yang akan ditetapkan. Kertas bersaiz A3 akan disediakan oleh pihak penganjur manakala segala kelengkapan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi urusetia di:

Ritma Johor II (Spontan)
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07–2263266 / 0176836323 (Lisa) / 019-9959966 (Ely)
Fax : 07–2260728



Read more...