# Pemenang Seni Khat Catan : Spontan
Juara : Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad
Naib Juara : Mohd Shah Bin Tumin Ketiga : Nurgajir Bin Noor
Saguhati : Mohd Hafizuddin Bin Mohd Rasid
Saguhati : Syed Umar Bin Syed Mohamad
Pemenang Seni Khat Spontan
Juara : Syed Umar Bin Syed Mohamad
Naib Juara : Syed Ubaidillah Bin Syed Mohamad
Ketiga : Zamri bin Amid

Saguhati : Ahmad Zafuan Bin Embong

Borang Pertandingan Khat Spontan Terbuka Johor.
- copy borang ini dan print
- isi maklumat yang dinyatakan
- fakskan ke 07-2260728
1) PENGENALAN RITMA JOHOR II
Ritma Johor adalah gambaran dan imej khusus tentang keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi mitosnya, mahupun sejarah atau budaya 1 Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang.Ritma Johor II pula, menekankan kepada aspek pembangunan, ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga kini yang mana dapat dikagumi oleh rakyatnya dan di seluruh Negara umumnya.
2) OBJEKTIF
1. Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.
2. Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni tampak yang mampu mendokumentasikan sejarah dalam bentuk seni visual.
3. Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.
3) KATEGORI PERTANDINGAN SPONTAN
A. Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.
B. Fotografi
Fotografi yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan danpeserta hendaklah mengambil gambar di sekitar negeri ini mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Karya siap tidak akan diterima. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan teknik fotografi 100% tanpa menggunakan atau menambah penggunaan aplikasi digital. Segala keperluan untuk mengambil gambar adalah di atas tanggung jawab peserta dan pertandingan akan berlangsung selama 5 jam. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.
C. Seni Khat : Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan contohnya seperti kata-kata hikmah/semangat daripada Sultan / Pembesar Johor atau apa sahaja yang bentuk karya yang berdasarkan tema. Karya tersebut hendaklah menggunakan penulisan khat dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.
D. Seni Khat: Penulisan
Pertandingan ini adalah pertandingan menulis Seni Khat secara spontan selama 3 jam. Pihak penganjur akan menyediakan kata-kata untuk penulisan tersebut dengan jenis-jenis penulisan khat yang akan ditetapkan. Kertas bersaiz A3 akan disediakan oleh pihak penganjur manakala segala kelengkapan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi urusetia di:
Ritma Johor II (Spontan)
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim
Tel : 07–2263266 / 0176836323 (Lisa) / 019-9959966 (Ely)
Fax : 07–2260728