Memaparkan catatan dengan label dakwat emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dakwat emas. Papar semua catatan

17.12.11

Khat Aril's Centre bentuk capal atas kulit kambing


JOHOR BAHRU 16 Disember - Aril's Centre adalah sebuah syarikat pembuat capal kulit dari Muar, Johor yang mempunyai pelanggan dari seluruh dunia. Capal kulit yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi diperbuat daripada kulit kerbau, kulit kambing dan kulit lembu. Setiap capal yang dibuat adalah hasil kerja tangan 100% dan sangat tahan lama.

Menurut kata pemiliknya, Syahril Abdul Rahman, capal yang baru dibeli agak kasar kulitnya tapi selepas sebulan memakainya ia akan mengikut bentuk tapak kaki kita dan kita akan rasa selesa dan seronok memakainya. Hasil tangan beliau telah mendapat perhatian Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim dan baginda sendiri telah mengunjungi bengkel Aril's Centre di Muar untuk menempahnya. Ramai juga artis yang menjadi pelanggan setia capal ini seperti Ramli Sarip dan Mus May. Laman Facebook Aril's boleh dikunjungi untuk sebarang pertanyaan.

Seni Khat Solution telah mnciptakan logo Aril's Centre dan ditulis di atas kulit kambing sebesar 2x2 kaki menggunakan cat emas. Karya ini siap dalam masa sehari suntuk.
Read more...