Follow kami
www.instagram.com/rahmansahlan
|
Berita di akhbar Sinar Harian 30 Januari (Rabu) dan Harian Metro 25 Januari 2013(Jumaat) |
BATU PAHAT 21 Januari – Satu
pertandingan seni khat yang julung kali diadakan telah berjaya dilaksanakan di
sini, semalam. Pertandingan Seni Khat Maulidurrasul yang dianjurkan oleh
kompleks membeli-belah The Summit dengan kerjasama Seni Khat Solution telah
menarik kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah
dan menengah di sekitar bandar ini. Acara ini diadakan sempena Maulidurrasul
1434 yang akan menjelang tiba pada hari Khamis ini 24 Januari 2013 dalam dua
kategori iaitu kategori A (7-12 tahun) dan kategori B (13-17 tahun).
Menurut
Pengurus Besar Seni Khat Solution, Abdul Rahman Sahalan, pertandingan ini
adalah satu pendedahan bagi para peserta dan ibu bapa mereka yang mana ianya
akan menambahkan lagi minat kepada seni khat dan tulisan jawi. Ini kerana
kurangnya penekanan terhadap kepentingan mempelajari dan mengamalkan seni khat
dan tulisan jawi dalam kehidupan seharian, dikhuatiri seni ini akan semakin
lama semakin hilang ditelan zaman. Adanya acara sebegini diharapkan akan
menjadi titik permulaan berkembangnya seni khat di daerah ini dengan sokongan
pusat membeli belah dan badan bukan kerajaan. Kerajaan telah berjaya
melaksanakan program j-Qaf yang mengandungi pembelajaran khat dan jawi di
peringkat nasional, kerajaan Johor juga berjaya menyediakan sekolah agama di
seluruh negeri, maka Seni Khat Solution juga ingin melihat seni khat dan jawi
berkembang khususnya di daerah Batu Pahat dengan usaha yang kecil ini. Melihat
penyertaan yang yang di luar jangkaan, InsyaAllah acara ini akan diadakan lagi
pada bulan Mac nanti dan kali ini dengan kerjasama pihak kerajaan, badan bukan
kerajaan dan media.
Berdasarkan
maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa dan penonton, pertandingan
seperti ini wajar diadakan lebih kerap ataupun lebih besar dengan tambahan
kategori iaitu kategori dewasa (19-40 tahun) dan kategori emas (41-65 tahun).
Ini kerana kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ingin menyertai
pertandingan ini jika ada kategori untuk mereka. Bukannya hadiah yang mereka
inginkan, tetapi aktiviti hujung minggu keluarga diisi dengan acara yang
berfaedah dan menyeronokkan menjadikan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih
erat. Bayangkan bilamana anak-anak melihat ibubapa atau datuk mereka sama-sama
menulis khat dengan bentuk yang pelbagai rupa, pasti seronok!
|
Pertandingan dah bermula |
|
Penyertaan di luar jangkaan |
|
Kategori A dan Kategori B |
|
Suasana sepanjang pertandingan berlangsung |
|
Pengiraan markah sedang dijalankan oleh Abdul Rahman Sahalan dan pihak The Summit |
|
Sedang melakukan demo tulisan khat |
|
Pemenang tempat kedua Kategori B 13-17 tahun |
|
Pemenang tempat ketiga Kategori B 13-17 tahun |
|
Johan Kategori B 13-17 tahun |
|
Pendaftaran yang sesak |
|
Abdul Rahman Sahlan bergambar bersama para pemenang |
|
Iklan di pentas utama |
|
Bersama pembantu setia, Osman Samurah |
Anjuran The Summit Shopping Complex dan Seni Khat Solution pada 20 Januari 2013 (Ahad) di Pentas Utama The Summit.
Peraturan :
1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga
17 tahun dalam dua kategori iaitu A (7-12 tahun) dan B (13 hingga 17 tahun).
2. Peserta dikehendaki menulis semula rangkap puisi dalam
tulisan khat yang menarik. Jenis khat adalah bebas mengikut kreativiti peserta.
3. Masa yang diberikan ialah 1 jam 30 minit.
4. Peserta hendaklah menggunakan alatulis dan kertas A3 yang
disediakan. Sekiranya peserta ingin menambahkan hiasan pada kertas hendaklah
menggunakan alatulis peserta sendiri.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.
* Makluman : Puisi yang akan ditulis oleh peserta adalah berkaitan dengan Maulidurrasul antaranya selawat dan marhaban.
Read more...