Memaparkan catatan dengan label khat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khat. Papar semua catatan

11.9.21

Ayatul Kursi Original Artwork + Sijil Original + Box + Free Gift Nama A4

 Upahnya RM99.00 dalam masa terdekat sahaja. Termasuk free gift nama dalam khat saiz A4 dan saiz penanda buku, kotak eksklusif dan Sijil Perakuan Keaslian tulisan.

Sila whatsapp https://wa.me/60137027770 untuk pertanyaan.






Read more...

27.8.21

Sejarah khat dalam al-Quran

Sejarah khat dalam al-Quran

KOMPLEKS Percetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah yang beroperasi sejak 1985 telah mencetak lebih 300 juta mushaf al-Quran yang diedarkan ke seluruh dunia.
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telFIQH Al-QURAN

DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Pada hari ini khat yang diguna untuk menulis al-Quran ialah khat nasakh. Setiap huruf ditulis dengan bentuk yang jelas dan mudah dibaca. Amat menarik juga jika disorot sejarah khat pada zaman permulaan Islam. Beberapa rujukan menceritakan bagaimana bermulanya tulisan arab dan bentuk ia dibawa ke dunia arab.

Imam al-Dani menyebut dengan sanadnya sampai kepada Ziyad Ibn An’am berkata: aku bertanya kepada Abdullah Ibn Abbas ra: Adakah bangsa Quraisy menulis semasa zaman jahiliah dengan tulisan arab di mana ejaannya dengan alif, lam, mim disambung huruf yang boleh disambung dan menceraikan huruf yang dicerai sebagaimana ejaan ketika ini sebelum daripada Rasulullah SAW diutus menjadi rasul?

Ibn Abbas menjawab: ya. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar kamu ilmu tulisan ini? Ibn Abbas r.a menjawab: Harb Ibn Umayyah. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar Harb Ibn Umayyah? Ibn Abbas r.a menjawab: Abdullah Ibn Jad’an. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar Abdullah? Ibn Abbas ra menjawab: Penduduk Anbar. Ziyad bertanya: Siapakah yang mengajar penduduk Anbar? Ibn Abbas ra menjawab: seorang lelaki yang datang kepada mereka daripada Yaman dari daerah Kindah. Ziyad bertanya; Siapakah yang mengajar lelaki tersebut? Ibn Abbas ra menjawab: Khaljan Ibn Muham iaitu penulis kepada Nabi Hud a.s.

BANGSA ARAB

Al-Kalbi meriwayatkan daripada Awanah bahawa orang pertama menulis khat ialah al-Jazm Maramir Ibn Murrah, Aslam Ibn Sidrah dan Amir Ibn Judrah. Mereka berbangsa arab iaitu kabilah Tai di mana mereka belajar menulis dari penulis wahyu Nabi Hud.

Selepas itu mereka mengajar penduduk Anbar. Daripada situ berkembangnya ilmu penulisan di Iraq. Bisyr Ibn Abdul Malik iaitu saudara kepada Ukaidar Ibn Abdul Malik adalah pemerintah Daumat al-Jandal mempelajari ilmu tulisan ini dan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Harb Ibn Umaiyyah kerana urusan perniagaan di Iraq.

Justeru Harb mempelajari ilmu penulisan daripada Bisyr. Harb ini pula mengajar kaum Quraisy. Harb dan Bisyr kemudian pergi ke Mekah. Bisyr berkahwin dengan Sohba Harb iaitu adik perempuan Abu Sufian r.a.

Semasa di Mekah ramai yang mempelajari ilmu tulisan ini daripada Bisyr. Di sini dapat difahami bahawa guru yang mengajar khat di Mekah ialah Harb Ibn Umaiyyah dan Bisyr Ibn Abdul Malik.
Ulama menyatakan jenis khat yang Harb ajarkan kepada kaum Quraisy ialah Khat al-Anbari dan selepas berpindah ke Hijaz ia dinamakan dengan khat hijazi. Khat ini selalu digunakan untuk penulisan surat, syair dan lain-lain.

WAHYU

Apabila Islam datang, mereka menulis wahyu dengan hijazi. Begitu juga dengan suhuf Abu Bakar dan Mushaf Uthman semuanya menggunakan khat hijazi. Hal ini berterusan dalam penulisan mushaf sehinggalah pembukaan banyak kota.

Penulis khat di Kufah amat memberi perhatian kepada khat arab ini dan melakukan banyak penambahbaikan dalam seni khat sehingga khat penduduk Kufah berbeza dengan khat hijazi. Lalu khat mereka dinamakan khat kufi dan ia digunakan juga untuk menulis mushaf.

Ilmu khat berkembang dan diberi penambahbaikan dalam kalangan mereka yang pakar dalam ilmu ini seperti Qutbah al-Muharrir, Dohhak Ibn Ajlan dan Ishaq Ibn Hammad.

Qutbah telah melakukan inovasi terhadap khat kufi dan khat hijazi dengan satu khat lain yang mengabungkan dua khat tersebut. Khat itu dianggap khat asas yang diguna pakai dalam penulisan.

Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiah, ilmu khat berkembang seiring dengan ilmu lain. Zaman keemasan ilmu khat berlaku dengan munculnya Ibn Muqlah, seorang menteri ketika itu. Beliau mempunyai idea yang menarik dan canggih dalam ilmu khat sehingga dapat menyempurnakan lagi apa yang dilakukan oleh pakar khat sebelumnya iaitu Qutbah.

Ibn Muqlah merubah bentuk khat kufi kepada bentuknya yang ada pada masa kini dan juga mencipta banyak bentuk khat yang lain. Selepas Ibn Muqlah muncul pakar khat yang bernama Ibn Bawwab.  Beliau banyak melakukan penambahbaikan yang dilakukan oleh Ibn Muqlah dan menyempurnakan lagi kaedah dengan bentuk khat yang lebih baik.

MANUSKRIP AL-QURAN DI UNIVERSITI BIRMINGHAM

Kandungan manuskrip ini ialah surah al-Kahf ayat 23-31, surah Maryam ayat 91-98 dan surah Taha ayat 1-13. Dikatakan manuskrip ini berusia 1370 tahun dahulu iaitu menyamai 1411 Hijrah yang lalu.

Ia dianggap manuskrip al-Quran yang terawal berdasar kepada khat yang digunakan iaitu khat hijazi. Selepas dilakukan pancaran karbon, disahkan ia ditulis antara tahun 568M hingga 645M.

Seorang ahli khat Iraq, Dr. Wali menyifatkan manuskrip ini ditulis dengan khat hijazi yang cantik, boleh dibaca dan dianggap ia dari zaman tiga khalifah terawal. Manuskrip ini disimpan di perpustakaan universiti sejak 50 tahun yang lalu dan tidak diketahui nilainya. Namun selepas pengkaji melakukan analisa didapati ia ditulis pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Isu ini disiarkan secara meluas melalui media pada 2015. Selepas ia viral, seorang ulama al-Quran iaitu Dr. Aiman Suwaid yang banyak menghasilkan kitab berkaitan tajwid, sanad dan pengajaran tajwid dalam media memberi ulasan yang sangat berguna untuk menilai manuskrip tersebut.

Katanya, metodologi barat dan metodologi Islam dalam menilai isu ini berbeza. Barat melihat melalui pancaran karbon bagi mengenali tarikh manuskrip. Tetapi metodologi Islam ialah mesti mengenali siapakah penulis manuskrip dan dari manakah ia ditulis.

Semua penulis wahyu atau penulis al-Quran mempunyai peribadi yang tinggi sifat amanah dan terkenal sifat benarnya seperti Zaid Ibn Thabit r.a yang mana Abu Bakar al-Siddiq r.a berkata kepadanya, kamu adalah seorang pemuda yang amanah dan kami tidak tohmah kamu dengan pendustaan.

Selain itu, perlu juga diketahui dari manakah manuskrip ini ditulis? Maklumat ini amat perlu kerana al-Quran pada peringkat awal lagi iaitu pada zaman Uthman r.a disalin dengan berpandukan suhuf Abu Bakar Siddiq r.a.

 

SURAT Nabi Muhammad SAW kepada maharaja Rom menggunakan tulisan khat hijazi mengajaknya memeluk Islam.

 

MANUSKRIP

Selepas itu, al-Quran disalin berpandukan mushaf terdahulu. Jika manuskrip tersebut sama nasnya dengan al-Quran maka alhamdulillah tetapi jika berlainan dengan mushaf yang ada, maka yang terpakai adalah mushaf yang ada bersama kita.

Berikut adalah surat nabi saw kepada maharaja rom. Sebahagian maksud kandungan surat itu adalah: “Basmalah dan menyeru Maharaja Rom kepada Islam. Terimalah kamu agama Islam kamu akan selamat dan Allah anugerahkan kamu dengan dua anugerah”.

Jika dilihat jenis khat yang ditulis dalam surat di atas dan jenis khat pada manuskrip al-Quran di perpustakaan Universiti Birmingham, ia seakan daripada jenis yang sama.

Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad, Pensyarah Jabatan Quran dan Sunnah, USIM.


Read more...

Seni Khat Part 2






 SENI KHAT Part 2

Jenis-jenis tulisan khat adalah berupa tulisan mushaf-mushaf al-Quran, sama ada tertulis di atas papirus, kulit-kulit binatang, kertas, naskah, inskripsi, buku, surat, mahupun manuskrip dan sebagainya.
Ibnu al-Nadim menghuraikan lagi bahawa corak lain dari khat Kufi dan Nasakh terdapat lagi bentuk lain berupa tulisan “setengah” (nisf), disebut juga corak Thuluthain (dua-pertiga) atau “sepertiga” (Thuluth). Selain itu, semenjak Ibnu Muqlah telah mengklasifikasi enam jenis tulisan seni khat yang berkembang dalam Islam selanjutnya dikenali dengan al-Aqlām al-Sittah الأقلام الستة (enam skrip yang asal) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhān, Riq’ah dan Tawqi’ kemudian berevolusi menjadi Thuluth (خط الثلث), Nasakh ( خط النسخ), Diwani (خط الديواني), Kufi (خط الكوفي), Farisi (خط الفارسي) dan Riq‘ah (خط الرقعة).
Seterusnya tulisan tersebut dikembangkan oleh umat Islam menjadi tulisan seni khat/Jawi di Alam Melayu.
Khat Kufi, iaitu jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut dan siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis mendatar yang memanjang. Khat kufi sering disebut juga dengan istilah Jazm, jenis khat ini sudah banyak menghiasi bangunan-bangunan utama di Alam Melayu kerana agak sukar untuk dilakarkan, juga agak susah dibaca oleh umat Islam di walaupun ramai juga peminatnya.
Khat Nasakh, iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif, yakni tulisan bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca. Menurut Didin Sirojuddin, “Kata Nasakh diambil dari akar kata Nuskhah atau Naskhah.” Jenis khat ini sangat mendominasi penggunaan tulisan kaligrafi yang ada di Alam Melayu kerana digunakan dalam pelbagai tulisan mushaf al-Quran dan bahkan digunakan juga dalam penulisan pelbagai buku teks pelajaran umum, agama Islam, dan sebagainya.
Khat Thuluth, iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk hiasan di pelbagai manuskrip, khususnya dalam tajuk-tajuk buku atau sub-subbab dan nama-nama kitab ataupun kitab. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-dinding binaan dan hiasan dalaman. Selain itu, jenis khat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu kerana selalu dijadikan sebagai hiasan tulisan dalam bangunan-bangunan utama seperti masjid, istana, pejabat, sekolah, dan lain-lain.
Khat Farisi, iaitu jenis khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di negara Parsi (Iran), Pakistan, India, dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa pemerintahan Dinasti Safavi (1500-1800 M).
Menurut sejarahnya, khat Ta`liq berasal daripada tulisan Kufi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab zaman penaklukan Parsi. Jenis khat ini tidak terlalu banyak digunakan sebagai hiasan dalaman di Nusantara kecuali untuk tulisan-tulisan tertentu seperti tajuk-tajuk buku yang tersimpan rapi di perpustakaan dan sekolah.
Khat Riq`ah, iaitu yang disebut juga khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan jenis tulisan cepat dan hampir sama dengan cara penulisan stenografi. Penggunaan jenis tulisan khat ini di Alam Melayu tidak terlalu meluas dalam kalangan masyarakat umum kecuali di kalangan mahasiswa dan pelajar pondok yang menggunakannya sebagai catatan-catatan penting nota kuliah ataupun pelajaran mereka.
Khat Diwani, iaitu khat berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun, hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Diwani merupakan suatu corak tulisan Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikasteh Farisi. Jenis khat ini masih banyak ditemui di Alam Melayu sebagai hiasan-hiasan tambahan, tetapi tidak sebanyak penggunaan jenis khat Nasakh ataupun Thuluth.
Kesemua khat di atas, para pakar khat berpendapat bahawa “induk” daripada seni khat/Jawi adalah khat Thuluth dan Nasakh. Sementara orang-orang Parsi terutama kalangan seniman, mengembangkan sebuah corak lain disebut Ta’līq (menggantung) yang sebenarnya merupakan perkembangan lanjut daripada corak Riq’ah dan Tawqī’ setelah diubahsuai lalu dibuat secara teliti dan sungguh-sungguh. Induk tulisan ini berkembang menjadi pelbagai macam jenis aliran dan corak.
Walaupun khat-khat tersebut memiliki perbezaan dan teknik penulisan berbeza-beza, tetapi masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya. Contoh khat kufi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riq’ah dan Diwani bahkan menjadi penyempurna corak ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info menarik mengenai warisan di seluruh nusantara, sila follow dan subscribe Tetuang TV di:

Read more...

30.11.13

Updated : Pertandingan Khat Terbuka Peringkat Kebangsaan di Galeri Seni Johor 30 November 2013

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Pemenang pertandingan khat spontan terbuka :
1. Fadil Sulaiman
2. Zulhillmi Sobri
3. Zamri Amid
Saguhati : Rumaja Sarmin, Syukri Senin, Salam Bain
Pemenang Spontan Sekolah
1. Nabiah Mohd Najib
2. Nur Alia Batrisyah
3. Nur Amizah Syazana
Saguhati : Nurul Sa'adah , Nurul Juzailah, Nasyitah Syatira

LATAR BELAKANG


Seni
khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya di negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan.
Oleh itu pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Galeri Seni Johor ini adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2013 pada kali ini merupakan pertandingan kali yang keempat anjuran Yayasan Warisan Johor dan ianya diharap dapat memberi impak yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di negeri Johor.

OBJEKTIF

Untuk memashyurkan Negeri Johor yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.
Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan pengiat seni atau pengkarya bagi menaikkan identiti Negeri Johor.
Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya
Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di negeri Johor yang beridentiti tersendiri
Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah Himpunan Tetap Galeri Seni Yayasan Warisan Johor

SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan
ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori yang dipertandingkan.
Saiz bagi kategori karya siap (kanvas, kayu dan logam), mestilah tidak kurang dari 3 kaki x 4 kaki (91.5 cm x 122 cm)
Karya-karya hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan dalam bentuk karya yang telah siap berbingkai serta sedia untuk dipamerkan.
Karya yang dihasilkan mestilah asli dan baru, dan bukan ditiru atau disalin daripada karya yang pernah pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas penerimaan karya yang lewat, rosak atau hilang dalam perjalanan
Bagi kategori karya siap, penggunaan tulisan khat yang dibenarkan adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Kufi dan Khat Jaly Diwani,
Menggunakan jenis khat yang ditetapkan sahaja. Karya yang tidak mengikut kaedah atau tidak mengikut fakta tidak akan dilayan.
Hasil kerja tangan (freehand) akan diberi keutamaan dalam pemarkahan karya. Peserta adalah digalakkan meminimakan semungkin yang boleh dalam penggunaan mesin dan alat bantu.
Sesuai dengan hukum-hukum Islam mengenai seni dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam sama ada dari aspek akidah atau syariah.
Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.
Karya-karya yang menerima hadiah pertama, kedua, ketiga dan saguhati akan menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan
Karya-karya yang tidak berjaya boleh dituntut dari pihak Yayasan Warisan Johor dalam tempoh dua bulan setelah keputusan diumumkan.
Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 November 2013.


HADIAH PERTANDINGAN

KARYA SIAP (SeniKhat Kanvas)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

KARYA SIAP (Seni Khat Kayu)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Karya Siap (Seni Khat Logam)
Pertama:
RM 5 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 3 000.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

2 Hadiah Saguhati:
RM500.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( TERBUKA )

Pertama:
RM 1 000.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM 700.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM 200.00 Cenderamata dan Sijil

Khat Spontan ( SEKOLAH )

Pertama:
RM 500.00 Cenderamata dan Sijil

Kedua:
RM350.00 Cenderamata dan Sijil

Ketiga:
RM200.00 Cenderamata dan Sijil

3 Hadiah Saguhati:
RM100.00 Cenderamata dan Sijil

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun di sini http://www.ywj.gov.my/warisanv2/index.php/muat-turun/category/2-pertandingan

Read more...

22.9.13

Pameran Khat IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Tarikh: 18-19 September 2013
Tempat : Dewan Seri Budiman, IPG Tun Hussein Onn Batu Pahat sempena Hari Japim


Read more...

Pameran Khat di 1Awqaf Kulim Holdings Berhad Ulu Tiram JB

Tarikh : 14 September 2013
Tempat : Padang Golf Ladang Kulim Holdings


Read more...

13.12.11

Jenis-jenis Pena Khat

Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan

Pena Khat juga dikenali sebagai QALAM. Pena khat mempunya mata pen yang serong dan berbeza dengan mata pen Calligraphy Inggeris yang tegak.
Terdapat pelbagai jenis pen yang digunakan oleh penulis khat antaranya ialah :

Pena Besi 
(saiz mata pen sudah ditetapkan beberapa saiz biasanya 3 atau 5, sesuai untuk penulisan kecil)
Jenama yang terkenal : Osmiroid, Platignum, Manuscript
* Pen ini dah dikira klasik sebab sekarang ni susah sangat nak jumpa kat kedai, Kalau nak cari pun cba cari di kedai alatulis atau kedai buku yang lama, bukan kedai baru. Harga ikut jenama paling murah                 RM 19.90- 79.90

 



Pena Buluh
(saiz mata pen diraut sendiri, memerlukan mencelup dakwat dengan kerap)
Jenama : Buluh (hehe)...boleh juga gunakan berus lukis cina, buang bulu berus dan raut sendiri pen ikut saiz yang kita suka..

 



Pena Marker
(mata pen sudah ditentukan, kurang halus dan dakwat sudah sedia ada)
Jenama : Artline (yang nombor dia 90 tau) RM3.oo sebatang, Faster (90 jugak) RM 2.00 sebatang, Zig (ada 3 saiz 1.0, 2.0, 3.0) RM 4.90 sebatang

 



Pena Resam
(sangat halus hasilnya, perlu mencelup dakwat dengan kerap)
Jenama : Resam (boleh cari kat tepi-tepi hutan). yang kecik2 kat pokok sawit ada..tapi nak cari yang besar agak susah..ada risiko jumpa binatang liar heheh last time saya cari jumpa ular  tedung selar tengah lepak2..

 

Sebenarnya rahsia yang ada pada qalam atau pena khat ini telah berjaya dibongkar oleh para penulis khat berdasarkan tunjuk ajar guru dan pengalaman sendiri.
Cara memegang pena amat mempengaruhi bentuk tulisan. Pastikan tangan kita selesa semasa memegangnya dengan jarak 1 inci hingga 1 inci setengah dari mata pena.
Banyakkan latihan, latihan dan latihan untuk membiasakan tangan dengan pena.
Dan banyak lagi peralatan yang boleh digunakan untuk menulis khat.

Dakwat juga memainkan peranan untuk menghasilkan tulisan yang halus.

Kepada anda semua, selamat mencuba!

* Gambar ini dari Utusan Malaysia

Ini pisau dan maqta' 
    (alas pemotong) dari Turki

Ini pena buluh Turki


Ini pena kayu

Ini pena besi jenama Lamy


Ini pula ialah kaedah memotong mata pena mengikut jenis khat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Di sini saya sertakan link bagi sesiapa yang ingin membeli pen resam dan buku khat nasakh :

klik di sini:


Bengkel ulangan bagi asas akan saya buat sekali lagi pada minggu hadapan hari Isnin 6/9/2021 bagi sesiapa yang terlepas sesi semalam.

Semoga Allah memberkati anda semua. Ameen






Read more...