21.1.13

Update : Gambar Pertandingan Seni Khat Maulidurrasul Batu Pahat 20 Januari 2013


Follow kami www.instagram.com/rahmansahlan



Berita di akhbar Sinar Harian 30 Januari (Rabu) dan Harian Metro 25 Januari 2013(Jumaat)


BATU PAHAT 21 Januari – Satu pertandingan seni khat yang julung kali diadakan telah berjaya dilaksanakan di sini, semalam. Pertandingan Seni Khat Maulidurrasul yang dianjurkan oleh kompleks membeli-belah The Summit dengan kerjasama Seni Khat Solution telah menarik kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar bandar ini. Acara ini diadakan sempena Maulidurrasul 1434 yang akan menjelang tiba pada hari Khamis ini 24 Januari 2013 dalam dua kategori iaitu kategori A (7-12 tahun) dan kategori B (13-17 tahun).
Menurut Pengurus Besar Seni Khat Solution, Abdul Rahman Sahalan, pertandingan ini adalah satu pendedahan bagi para peserta dan ibu bapa mereka yang mana ianya akan menambahkan lagi minat kepada seni khat dan tulisan jawi. Ini kerana kurangnya penekanan terhadap kepentingan mempelajari dan mengamalkan seni khat dan tulisan jawi dalam kehidupan seharian, dikhuatiri seni ini akan semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Adanya acara sebegini diharapkan akan menjadi titik permulaan berkembangnya seni khat di daerah ini dengan sokongan pusat membeli belah dan badan bukan kerajaan. Kerajaan telah berjaya melaksanakan program j-Qaf yang mengandungi pembelajaran khat dan jawi di peringkat nasional, kerajaan Johor juga berjaya menyediakan sekolah agama di seluruh negeri, maka Seni Khat Solution juga ingin melihat seni khat dan jawi berkembang khususnya di daerah Batu Pahat dengan usaha yang kecil ini. Melihat penyertaan yang yang di luar jangkaan, InsyaAllah acara ini akan diadakan lagi pada bulan Mac nanti dan kali ini dengan kerjasama pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan media.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa dan penonton, pertandingan seperti ini wajar diadakan lebih kerap ataupun lebih besar dengan tambahan kategori iaitu kategori dewasa (19-40 tahun) dan kategori emas (41-65 tahun). Ini kerana kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ingin menyertai pertandingan ini jika ada kategori untuk mereka. Bukannya hadiah yang mereka inginkan, tetapi aktiviti hujung minggu keluarga diisi dengan acara yang berfaedah dan menyeronokkan menjadikan hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat. Bayangkan bilamana anak-anak melihat ibubapa atau datuk mereka sama-sama menulis khat dengan bentuk yang pelbagai rupa, pasti seronok!


Pertandingan dah bermula
Penyertaan di luar jangkaan
Kategori A dan Kategori B

Suasana sepanjang pertandingan berlangsung
Pengiraan markah sedang dijalankan oleh Abdul Rahman Sahalan dan pihak The Summit

Sedang melakukan demo tulisan khat
Pemenang tempat kedua Kategori B 13-17 tahun
Pemenang tempat ketiga Kategori B 13-17 tahun

Johan Kategori B 13-17 tahun
Pendaftaran yang sesak


Abdul Rahman Sahlan bergambar bersama para pemenang
Iklan di pentas utama

Bersama pembantu setia, Osman Samurah

Anjuran The Summit Shopping Complex dan Seni Khat Solution pada 20 Januari 2013 (Ahad) di Pentas Utama The Summit.


Peraturan :
1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dalam dua kategori iaitu A (7-12 tahun)  dan B (13 hingga 17 tahun).
2. Peserta dikehendaki menulis semula rangkap puisi dalam tulisan khat yang menarik. Jenis khat adalah bebas mengikut kreativiti peserta.
3. Masa yang diberikan ialah 1 jam 30 minit.
4. Peserta hendaklah menggunakan alatulis dan kertas A3 yang disediakan. Sekiranya peserta ingin menambahkan hiasan pada kertas hendaklah menggunakan alatulis peserta sendiri.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.

* Makluman : Puisi yang akan ditulis oleh peserta adalah berkaitan dengan Maulidurrasul antaranya selawat dan marhaban.