Bersama rakan saya, Gajir dan Faisal Alwie.
Seni khat gabungan lima pelukis pamer karya
07 April 2015 12:16 AM
MELAKA 6 April – Lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka, di sini, dari 21 Mac hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu menggabungkan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam, kini diadaptasi dengan karya yang lebihmoden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.
“Bagi pameran kali ini, 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pameran Ekspressi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis, Jalan Laksamana di sini, baru-baru ini.Majlis itu dirasmikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin dan hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Hamdin Abdollah.Sementara itu,Nurgajir Noor,33, berasal dari Sabahberkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang tersebut.“Sebelum ini, saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.
“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat dhiwani serta dhiwani jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” katanya.
BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, yang berasal dari Kedah berkata, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.“Tidak mudah untuk kami menghasilkannya kerana memerlukan idea serta masa yang mencukupi supaya karya yang dihasilkan adalah yang terbaik. Ada diantara karya yang kami hasilkan ini mengambil masa beberapa hari malah, berbulan untuk disiapkan.“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberansangkan kerana ada antara peminat seni khat ini menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang tersebut.
MELAKA 9 April - Seni khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, apabila kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan menerusi Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepen- tingan dan masih utuh sehinggakini.
Menyingkap seni halus penulisan yang telah menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini, khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai iaitu khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh.Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan peminat seni tulisan itu.Bagi meneruskan ke- gemilangan seni tersebut, lima pelukis seni khat atau kaligrafi moden tanah air bergabung mempamerkan karya kaligrafi Islam menerusi Pameran Eks-presi Seni Khat Kontemporari di Balai Seni Lukis Melaka di sini bermula pada 21 Mac lalu hingga 3 Mei depan.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pameran yang julung kali diadakan itu dijayakan hasil karya Nurgajir Noor, Muhammad Faisal Alwie, Ahmad Raja'ei Awang, Zuhud'Ulya Iberahim dan Ainun Jariah Yaacob.
“Seni kaligrafi Islam atau khat adalah satu khazanah tertua dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan kini diadaptasi dengan karya lebih moden tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.“Bagi pameran kali ini, sebanyak 86 karya seni khat kontemporari dipamerkan bagi memberi peluang kepada peminat seni ini menghayati sendiri keunikan karya khat yang dihasilkan lima pelukis tersebut,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui semasa pameran itu di sini baru-baru ini.Sementara itu penulis kaligrafi,Nurgajir Noor, 33, berkata, ini adalah pameran keduanya di Melaka selepas tujuh tahun menceburi bidang itu.“Sebelum ini saya pernah mengadakan pameran solo di Melaka dan kali ini Perzim memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan mempamerkan karya kami untuk tatapan mereka yang mencintai seni khat.
“Menerusi pameran ini, mereka boleh melihat sendiri jenis-jenis khat yang kami hasilkan antaranya khat thuluth yang banyak digunakan di negara Arab, khat nasakh yang lebih sinonim dengan tulisan al-Quran, khat khufi serta khat Dhiwani serta Dhiwani Jali yang dahulunya digunakan oleh pembesar atau raja-raja sebagai kod rahsia ketika menulis surat,” jelasnya yang berasal dari Sabah.Menurut Nurgajir, ibu bapa seharusnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya.“Tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagikanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari,” katanya.
Selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam seni kaligrafi, bapa kepada tiga cahaya mata itu mampumenarik nafas lega kerana berjaya membuka galeribersama adik-beradik lain diberi nama GajirArt Resources di Kajang, Selangor.BagiZuhud'Ulya Iberahim, 37, pelukis seni khat danjuga seorang guru, seni khat kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.Anak jati Kedah itu turut memberitahu dahulunya dia menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri yang diberi nama Ahnaf-Khat di Pulau Pinang.
“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat. Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karyakhat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” katanya.Menurut Zuhud'Ulya, tidak mudah untuk penulis khat menghasilkan sesuatu karya kerana memerlukan idea serta masa mencukupi agar menjadi karya yang terbaik.Katanya, malah ada di antara karya yang dihasilkanini mengambil masa beberapa hari malahan berbulan untuk disiapkan.
“Alhamdulilah, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap hasil seni ini amat memberangsangkan kerana peminat seni khat menjadikannya sebagai hiasan rumah mahupun pejabat,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang ini.Katanya, seni lukisan khat tetap menjadi pilihan anak muda meskipun penghasilannya memerlukan cara dan teknik betul bagi memperoleh hasil yang baik.