17.6.13

Pameran dan Bengkel di Masjid Kampung Siglap, Singapura

Alhamdulillah pada 14-16 Jun 2013 yang lepas, kami telah berjaya menjalankan program yang julung kali diadakan di Singapura iaitu "Penulisan Al-quran dan Seni Khat: Warisan Terbilang". Pihak kami bekerjasama dengan Nadi Furqan Services yang berpusat di Tampines dan juga Masjid Kampung Siglap, Singapura. Oh, rupa-rupanya di sinilah agaknya asal-usul kumpulan kugiran 60an kita, The Siglap 5. Masjid ini merupakan Pusat Pengembangan al-Quran dan Tahfiz di Singapura.

Berbekalkan keberanian dan keyakinan, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 60 peserta terdiri dari kanak-kanak dan dewasa. Yuran yang dikenakan ialah SGD60 bagi kursus asas dan SGD 120 bagi kursus asas dan lanjutan. Kami juga mengadakan ceramah "Seni Khat: Warisan Terbilang" yang dihadiri lebih 50 orang (berbayar). Mudah-mudahan program ini akan menjadi pembuka jalan bagi kelangsungan seni khat khususnya di Singapura. Terima kasih diucapkan kepada Puan Sulizah dan kakitangan Nadi Furqan Services dan pihak Masjid Siglap yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.



Iklan di Berita Harian Singapura.