28.11.14

Kufikan Nama Anda : Khat Kufi Colorful Softcopy

Khat kufi square ni sekarang dah jadi label , maksud saya bila sebut khat kufi orang akan terus terbayang khat kufi square ni. Walhal khat kufi itu sendiri ada banyak jenis....so far ianya bagus untuk memupuk minat masyarakat meminati khat , better late than never....

Lepas bulan November ni harga kufi ni dah lain ya,....
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.



















Read more...

Frame : Hadiah A4 Nama

Biasanya khat bunga ni penulis khat akan gunakan khat diwani Jali, tapi yang ini ada kelainan. Dengan menggunakan khat Farisi dan Diwani ianya nampak jauh berbeza.



posted from Bloggeroid

Yang ni pun nampak lebih eksklusif dengan frame kayu yang lebih besar.
Harga RM 50 termasuk pos.







Read more...

Frame : Khat Bentuk Bas atas Kanvas

Painting atas kanvas. Memang pening nk lukis ni...tempahan cenderahati untuk sekolah.



posted from Bloggeroid


Read more...

Kelas Khat Melukis Atas Kanvas bersama Shah Kaligrafi

"KELAS MELUKIS ATAS KANVAS"

1) TERBUKA kepada umum (dicadangkan 12 tahun
keatas)
2) Antara pengisian program:
-Pengenalan dan tips asas melukis atas kanvas.
-Demonstrasi mewarna dan melukis atas kanvas
oleh sdra Shah Tumin.
-Bengkel lukisan (peserta menghasilkan lukisan
sendiri dengan bimbingan)
-Pendedahan kepada seni khat dalam lukisan
kanvas.
3) Semua keperluan asas disediakan dan karya
peserta boleh dibawa balik.
*Untuk menyertai, sila daftarkan NAMA & I.C
melalui sms/whatsapp 013690 2996


posted from Bloggeroid


Read more...

20.11.14

Kanvas 3x2 : Karya Pepatah Melayu

" Jika menebang menuju pangkal,
jika melanting menuju tangkai "

Jenis khat: Kufi Fatimi dan Farisi ( background)
Medium: Painting acrylic on canvas
Price: RM 1800.00



posted from Bloggeroid


Read more...

Tulis Sijil: Nama dalam khat Nasakh PASTI

Kami menerima tempahan nama pada sijil dengan harga yang sangat berpatutan.

Sijil Pasti : RM 2.50 sekeping ( nama penuh, tarikh lahir, tahun)

Harga berlainan mengikut jenis sijil.





posted from Bloggeroid


Read more...

16.11.14

BENGKEL SENI KHAT (SIRI 1) anjuran GALERI SENI KHAT (Al-Ahnaf Enterprise) Sungai Petani Kedah 6 Disember 2014

Pengumuman | BENGKEL SENI KHAT (SIRI 1) anjuran
GALERI SENI KHAT (Al-Ahnaf Enterprise). Bengkel sehari ini
akan diadakan sepertimana butiran berikut :
Tarikh : 6 Disember 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : No 11A, Lorong 1/1, Bandar Laguna Merbok, Sg.
Petani, Kedah
Yuran : RM70 termasuk MAKAN dan ALATAN KHAT
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Zuhud :
011-15157431
Peluang untuk mempelajari Seni Khat dari pakar di negeri
Kedah dan yang berhampiran, jangan lepaskan peluang!
Sebarkan

posted from Bloggeroid


Read more...

12.11.14

Bengkel Khat Thuluth Sehari anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan 20 Disember 2014





BENGKEL SEHARI KHAT THULUTH ANJURAN JABATAN WARISAN NEGARA DAN PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN (PSKK) SESI 2014

Seperti tahun2 lepas bengkel sehari ini akan diadakan
sepertimana butiran berikut :

Tarikh : 20 Disember 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Bangunan Warisan Negara (Berdekatan Stesen
Keretapi dan Masjid Negara)

Yuran : PERCUMA termasuk MAKAN dan ALATAN KHAT
Bawa badan sahaja...
TERHAD 100 pendaftaran awal sahaja, Maaf tiada rayuan.

Digalakkan kepada yang sudah ada asas penulisan khat
bagi memudahkan kelancaran bengkel.

Sila isikan maklumat dalam borang online di bawah :
Maklumat ttg. program lepas ada di sini :
http://www.heritage.gov.my/pdf/anjung/AW20.pdf

https://docs.google.com/forms/d/1HuFL6GN47whc-_-u4pvKN0t_UcGAEvjzJ6pyTQJ0yc0/viewform?usp=send_form
posted from Bloggeroid

https://docs.google.com/forms/d/1HuFL6GN47whc-_-
u4pvKN0t_UcGAEvjzJ6pyTQJ0yc0/viewform?usp=send_
form

Atau buka sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=721022591317216&id=100002284449760&refid=28&_ft_=qid.6080854825631220859%3Amf_story_key.8827270037121304797&tn=%2As


Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

11.11.14

DekoMeja: Khat Family Tree Mohd Hanif dan Azliana

Saiz 5x7 inch bercermin RM 25 termasuk pos...





posted from Bloggeroid


Read more...

DoorDeko: Doa Surah aali-'Imraan 148 in Diwani Jali with translation in Nasakh

Surah aali-'Imraan 147

" Robbanaghfir zunuubanaa wa israafana fii amrinaa wa thabbit aqdamanaa wanshurnaa 'alalqoumil kaafiriin "

Makna ayat:
"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak perdirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir".

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris

All that they said was: "Our Lord! Forgive us our sins and anything We may have done that transgressed our duty: Establish our feet firmly, and help us against those that resist Faith."


posted from Bloggeroid


Read more...

9.11.14

Frame: Pelbagai Ayat Pendinding

Saiz: 3x2 kaki (90x60cm)
Frame bercermin kilat dan ada kadbod
Harga: RM 380.00

Mengandungi:
- Ayat Kursi
- 3 Qul
- Basmalah 5
- Wama Romaita iz romaita walakinnallaha roma
- Wama hum bidhooorriina bihi min ahadin illa biiznillah



posted from Bloggeroid


Read more...

Frame: Surah al-'Asr in Thuluth on tile

Surah Al-'Asr - ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻌﺼﺮ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.



Mendalam kan maknanya....

posted from Bloggeroid


Read more...

Frame (Kertas Nanas) : Surah al-'Asr in thuluth with Basmalah in Diwani Jali

Kertas nanas? Ada eh? Memang ada, real ni...Cuma agak susah nak tulis atasnya...


posted from Bloggeroid


Read more...

7.11.14

Frame : Ayat Seribu Dinar in Thuluth Jali with Basmalah in Diwani Jali

Ayat 1000 Dinar : Ayat ini sangat baik jika diamalkan dan dihayati maknanya. Jom tengok terjemahan ayat ni, baru kita boleh mengamalkannya.

Terjemahannya:

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluannya) .Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakinya) nya. Sesungguhnya
ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)





Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.

Read more...

5.11.14

Artikel Menarik : Presiden PSKK Ust Mohamed Yusof Abu Bakar

Ustaz Muhamed Yusof : Perwira Warisan Islam


Dipetik dari blog:

http://superheroesofislam.wordpress.com/home-1/

Latar Belakang
Tanggal malam selasa 21 jumadil Awwal 1349 H
bersamaan 13 oktober 1930, lahirlah seorang
insan di kg. Anak Temseu (Tembesu), Tawang,
Bachok, Kelantan yang diiberi nama Mohammed
Yusof Bin Abu Bakar.
Bapanya bernama Abu Bakar bin Haji Ismail,
berasal dari kampong Pasir To` Kambing,
Sering, Kota Bharu. Bertugas sebagai Penggawa
Daerah Mentuan (Tawang) Bachok. Sementara
Ibunya bernama Aminah binti Ismail, berasal
dari Kg Tok Belian, Mentuan (Tawang) Bachok.

Mempelajari Seni Khat
Beliau mula meminati bidang seni khat
semenjak di bangku Mahaad Muhammadi lagi.
Pada ketika itu, mata pelajaran seni khat adalah
subjek wajib. Antara guru beliau waktu itu ialah
Ustaz Haji Wan Salleh Fathi Wan Esa, Ustaz
Hashim Ismail dan Ustaz Nik Abdul Rahman Nik
Muhammad.
Di Madrasah al-Falah, Makkah, seni khat
dijadikan mata pelajaran wajib dan gurunya
ialah Ustaz Mahmud Fatani. Manakal di al-
Maahad al-Ilmi as-Saudi, beliau belajar dengan
Ustaz Mohamed Hilmi dan Ustaz Abdul Salam
Silmi. Semasa di Makkah, beliau pernah
mendampingi Muhammad Tahir bin Abdul
Qadir al-Kurdi al-Makki al-Khattat yang terkenal
pada masa itu.
Semasa di Mesir, beliau mendalami minatnya
melalui penelitian dan latihan terhadap conto-
contoh kara yang dihasilkan oleh penulis-penulis
khat yang terkenal pada masa itu di Mesir,
disamping menyalin tajuk-tajuk berita dan
iklan-iklan di akhbar yang ditulis dalam tulisan
khat.
Sekembali ke tanah air, banyan pengalaman dan
kemajuan yang beliau raih dalam bidang seni
khat terutama ketika menjadi pensyarah di Kolej
Islam Malaya, Kelang / Petaling Jaya. Beliau
berkemahiran dalam bidang penulisan seni khat
gaya Nasakh, Riq`ah, Thuluth, Diwani, Kufi,
Ijazah, Jali Diwani dan Nasta`liq.

Sumbangan dalam bidang khat

Pameran :

Kebangsaan -
Pameran Formalisa Tampak dalam seni
khat dan seni tampak Malaysia anjuran
Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Balai
Seni Lukis Negara dan Universiti
Teknologi Mara di Galeri Kris Masn,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
(15-31 Disember 2003)
Pameran Gabungan Kaligrafi dan
Kebudayaan Antarabangsa di Balai Seni
Lukis Negara (4-13 Jun 2005)
Pameran Tulisan Jawi di Jabatan Muzium
dan Antikuiti keKKWA (6 Mac-5 April
2006)
Disamping beberapa pameran lain anjuran
Pusat Islam, Institusi pendidikan, Muzium-
muzim, dan Galeri-galeri.

Antarabangsa –

Mahrajan (festival) Seni Khat dan Ragam
Hias Islam Antarabangsa, Baghdad (1988)
Pameran Seni Kontemporari Islam,
Singapura (1992)
Mahrajan Seni Khat, Tehran (1996)
Mahrajan Kazimah ke 2 (Warisan Islam),
Kuwait (1997)
Berdasarkan kemahiran dan kepakaran
beliau, beliau seing dijemput menjadi hakim
dalam pertandingan seni khat, antaranya :
Pertandingan Seni Khat Antarabangsa
IRCICA ( atas nama Hamid al-Hamidi),
Turki (1986)
Peraduan Menulis Khat ASEAN dwi
tahunan anjuran Kerajaan Brunei
Darussalam (1987-2002)
Pertandingan Seni Khat Seramik
Peringkat Kebangsaan anjuran PKENJ
johor (1995)
Ahli Panel penilai Hadiah Yayasan Kuwait
bagi kemajuan Sains (seni Khat) anjuran
kerajaan Kuwait (1998)
Pengerusi Jemaah Hakim Manifestasi
Perdana Seni Khat (1990, 2001, dan 2003)
Pertandingan Lestari Jawi dan Khat (2005)
Disamping beberapa pertandingan lain.
Beliau juga banyak membentangkan kertas
kertas dan buku-buku yang membincangkan
bidan seni khat di Malaysia, hinggakan beliau
banyak menjawat jawatan dan menjadi panel,
antaranya :
1989-sekarang, Yang dipertua Persatuan Seni
Khat Kebangsaan (P.S.K.K)
1997-1999, Konsultan Bahagian Seni Khat Al-
Quran Mushaf Malaysian, Yayasan Restu
Kompleks Taman Islam Selangor.
Karya-karya Agung beliau
Menyediakan ayat-ayat Al-Qur`an dalam
bentuk khat untuk beberapa buag masjid
ternama di Malaysia :
1. Masjid Taqwa TTDI (1990)
2. Masjid Negara (1990)
3. Masjid as-Syakirin Bintulu
Sarawak (1992)
4. Masjid Wilayah persekutuan,
Kuala Lumpur (1998)
5. Menyelia ukiran khat Masjid
Putra, Putrajaya (2002)
6. Masjid Sultan Miazn, Putrajaya
(2009)

Karya-karya ternama

Penulis Khat di dalam logo `Halal
Malaysia`
Penulis Khat `Univesiti Malaya`
Penulis Khat Dinar Emas
Dan banyak lagi karya-karya beliau
Anugerah
Diatas jasa dan usahanya, beliau telah
dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N)
pada tahun 1983.

Harapan

Di samping kerendahan hati yang dimilikinya,
beliau mempunyai cita-cita yang amat tinggi,
iaitu ingin melihat penulisan seni khat di
Malaysia terus maju dan para penulisnya dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan penulis khat tersohor di seluruh dunia.
Karya penulis tempatn stanyding dengan karya
khat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa,
semoga permata yang tersembunyi sinarnya ini
akan terus memberi sinar kepada generasi
muda.


posted from Bloggeroid


Read more...

4.11.14

Khat Door Deko: Danita in Thuluth

Hiasan pintu rumah/bilik/pejabat. Tiada cermin.
Saiz 10x20 inch bingkai kayu




posted from Bloggeroid


Read more...

3.11.14

Bookmark: Khat Nama

Bookmark pun ada sekarang...
RM 3 sekeping



posted from Bloggeroid

Read more...

26.10.14

Design: Kufi MRSM Tun Ghafar Baba

Dua deaign susunan kufi yang berlainan siap warna untuk membezakan setiap perkataan.






posted from Bloggeroid

Read more...

Dekomeja: Khat Thuluth atas Jerami Padi

Allah dan Muhammad
Saiz A4 siap frame dan pos RM 60.


posted from Bloggeroid


Read more...