2.8.21

Tulisan khat Jawi Paling Bernilai

 


Melihat sekeping wang kertas bernilai RM50, sudah pasti semua akan melihat dari sudut berapakah nilainya, jauh sekali menghargai rekaan, motif, pilihan warna mahupun jenis kertas yang digunakan.

Pun begitu, bagi Sulaiman Awang, 75, setiap kali melihat kepingan wang kertas ringgit Malaysia itu, dia pasti tersenyum sendirian dan acap kali terimbau kenangan yang tersimpan kemas di benak fikiran sejak lebih 20 tahun lalu.

Baginya, tiada tulisan khat yang lebih bernilai daripada tulisan khat jawi yang terdapat di setiap kepingan wang kertas itu, kerana tulisannya itu merupakan tulisan khat yang mempunyai ‘nilai’ amat berharga pada setiap keping.

Sulaiman merupakan individu penting di sebalik tulisan khat jawi ‘Bank Negara Malaysia’ dan Ringgit Malaysia yang tertera di setiap kepingan wang kertas yang digunakan ketika ini kerana dia adalah penulisnya.

Ketika bertemu lelaki itu, dia berkali-kali memberitahu bahawa itu kisah lama dan menganggap tiada siapa peduli tentang itu kerana sudah pasti menyebut tentang duit, nombor yang tertera adalah lebih berharga.

“Tiada apa pun yang istimewa tentang saya, malah masih ramai yang tidak tahu tentang siapa di sebalik tulisan khat berkenaan sehingga hari ini walaupun hari-hari bertemu dengan saya,” ujarnya tersenyum lebar memulakan bicara.

Anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mengakui, sejak kecil dia bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis karikatur seperti idolanya iaitu Raja Hamzah, namun mendapat halangan daripada bapanya.

Anak kepada seorang pengutip kelapa itu memberitahu, minat itu tidak mendapat sokongan kerana bapa tidak percaya bidang melukis karikatur dapat memberi kesenangan kepada keluarga, malah disebabkan itu dia hampir berputus asa meneruskan minat tersebut.

Pun begitu, mahu terus mengejar minatnya, Sulaiman membawa diri ke Kuala Lumpur dan mendapat peluang bekerja di ibu kota sebagai seorang penulis khat dan kartunis di Utusan Melayu (M) Berhad dari tahun 1962 sehingga 1970.

Kemahiran penulisan khat terus diasah memandangkan ketika berkhidmat di bahagian pengarang, dia diletakkan bersebelahan dengan seorang senior dikenali sebagai Ramli Salleh, yang bertanggungjawab menulis khat tajuk-tajuk akbar.

“Setiap hari saya akan menulis khat dan jika Ustaz Ramli bercuti, saya pula diberi tanggungjawab menggantikan tempatnya.

“Lama-kelamaan, bakat menulis khat saya semakin mahir selain melukis kartun dan komik untuk terbitan akhbar Utusan Melayu ketika itu,” jelasnya, yang juga mereka bentuk logo asal syarikat Utusan Melayu.

Sulaiman, yang juga pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pegawai Seni Reka selama 26 tahun, berkata, peluang menulis tulisan khat jawi pada wang kertas itu tidak pernah terfikir.

Ini kerana, seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad telah mencari dan meminta dia menulis perkataan Bank Negara Malaysia pada sehelai kertas dan memaklumkan tulisan berkenaan akan memasuki senarai tender untuk Bank Negara.

Seminggu kemudian lelaki itu memberitahu tulisan hasil tangannya berjaya selepas Bank Negara tertarik dengan tulisan tersebut dan beberapa bulan kemudian, setiap helaian wang kertas Malaysia terdapat cetakan tulisan khat jawi itu bermula nilai RM2 hingga RM1,000.

“Saya masih ingat ketika itu tahun 1997. Saya tidak mengambil banyak masa untuk menulis perkataan berkenaan, kalau tidak silap hanya dua kali sahaja saya menulis tulisan yang menggunakan khat nasakh dan terus menyerahkan tulisan itu kepada Mohamad.

“Sebaik sahaja melihat wang kertas itu dicetak dengan tulisan saya, memang seolah-olah rasa tidak percaya itu tulisan saya.

“Rakan-rakan rapat saya juga pada mulanya tidak percaya dan berkali-kali bertanya tentang itu, tetapi mereka tidak menafikan kerana mengenali jenis tulisan saya sebelum ini,” jelasnya yang dibayar RM10,000 untuk tugas berkenaan selain mendapat hadiah kepingan duit RM2 dan RM10 yang belum dipotong dari Bank Negara.

Terus-terang dia sendiri tidak mengetahui darah seninya mengalir daripada siapa kerana kedua-dua kakaknya tidak pandai menulis khat, manakala ibu bapanya juga tidak mempunyai bakat sedemikian. - Gambar AMIN FARIJ SIRAJUDIN

Mahu tulisan khat, jawi dihargai

Bakatnya mula menyinar ketika berusia 20-an, Sulaiman, percaya seni khat dan tulisan jawi perlu didedahkan kepada generasi muda supaya tidak pupus ditelan zaman dan menjadi tulisan yang penting buat peradaban manusia.

Biarpun sudah tidak aktif melukis komik dan menulis khat, dia mahu seni itu terus mengalir dalam darahnya agar menjadi contoh kepada cucu-cucu kelak.

Sulaiman, yang kini lebih aktif dengan jemaah masjid dan mengambil tanggungjawab menulis nama mereka yang telah meninggal dunia pada kertas sebelum dipindahkan kepada batu nisan, mengakui selesa melakukan kerja itu.

“Ini cara saya untuk terus memartabatkan seni tulisan khat dan banyak juga tempahan yang saya terima setiap hari. Tidak sukar mana pun, hanya beberapa minit sahaja saya tulis.

“Bukan soal duit tetap lebih kepada seronok melihat tulisan khat masih menjadi minat masyarakat, namun saya harap ia tidak hanya terhenti di batu nisan sahaja,” katanya dibayar RM10 untuk setiap tempahan.

Pernah membuat kelas mengajar tulisan khat bagi menurunkan kemahiran yang ada, namun akui lelaki itu, ia tidak mendapat sambutan masyarakat termasuk generasi muda.

“Mungkin tulisan khat atau tulisan jawi ini dilihat sebagai tulisan yang tidak penting dan bukan sesuatu yang boleh membawa duit, sebab itu ramai yang tidak berminat.

“Namun, mungkin pengalaman saya yang diberi peluang untuk menjadi sebahagian sejarah wang kertas Malaysia boleh menjadi pemangkin buat generasi muda mempelajari tulisan ini yang mungkin pada suatu hari nanti mendapat pengiktirafan yang lebih banyak,” akuinya.

Anak warisi bakat seni

Mengakui ada kemungkinan darah seninya daripada orang tua terdahulu, ujar Sulaiman, minat dalam penulisan khat dan karikatur turut diwarisi dua anaknya, Kamarul Khazim Sulaiman, 46, yang kini bertugas sebagai pelukis kartun di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Intan Azura, 40, merupakan seorang pelakon.

Menurutnya, Intan Azura pernah menang beberapa pertandingan penulisan khat sebelum menjadi artis, manakala Kamarul Khazim pernah merangkul Kategori Kartun Editorial Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI) Petronas 2016 mewakili akhbar Kosmo!.

“Saya tidak memaksa anak-anak mengikut jejak langkah tetapi mereka sendiri yang mencuba dan akhirnya menjadi mahir. Saya juga belajar sendiri dan pernah menyertai beberapa pertandingan menulis khat untuk melihat kemampuan diri,” katanya yang juga pernah mendapat tempat pertama dan ketiga pada pertandingan Seni Khat di Festival Malaysia pada tahun 1987.

Jelasnya, penulisan khat era ini berbeza berbanding zaman dahulu, kerana jika dahulu tulisan khat menggunakan pen yang diperbuat daripada pelepah kayu resam (sejenis pokok paku) dan agak sukar untuk menulis kerana perlu mencelup dakwat secara berhati-hati.

Berbeza pen mata besi yang banyak berada di pasaran sekarang, yang lebih mudah dikawal pengeluaran dakwat daripada mata pen sehingga mampu menghasilkan tulisan yang lebih lancar dan cantik.

“Saya suka tulis guna pen kayu sebab sudah terbiasa dan menulis khat ini adalah rutin saya. Tidak sukar langsung untuk menulisnya sama seperti saya menulis perkataan Bank Negara Malaysia 20 tahun lalu. Saya tulis secara bersahaja sahaja, namun ia memberi erti sehingga kini,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

Read more...

Jangan Politikkan Tulisan Jawi -Sharkar

 

Jangan Politikkan Tulisan Jawi -Sharkar

KUANTAN, 2 Ogos – Hentilah mempolitikkan tulisan Jawi, tegas Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, tidak perlulah kaum lain menganggap bahawa tulisan Jawi sebagai proses Islamisasi seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak.

“Tulisan Jawi bukan isu agama, tetapi isu ini berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Kita pula tidak pernah mempertikaikan tulisan Cina kerana Itu sebahagian dari budaya kaum Cina, sebagai contoh,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut, hari ini.

Soal beliau, salahkah kerajaan negeri Pahang mahu memartabatkan tulisan Jawi?

“Lagipun arahan menyertakan semua papan tanda di jalan raya dan premis perniagaan dengan tulisan tulisan Jawi bukanlah suatu yang sukar untuk dilaksanakan.

“Saya tidak faham mengapa masih ada pihak yang menentang kerana tulisan Jawi sememangnya sebahagian daripada bahasa Melayu.

“Bimbang didenda RM250? Jika bimbang sertakan sahajalah tulisan Jawi di papan tanda premis perniagaan, jika tidak mahu membuat papan tanda baru, tampal sahaja tulisan Jawi mengikut saiz dan ukuran yang ditetapkan.”

Soalnya lagi, adakah cara sebegini pun sukar untuk dilaksanakan?

“Jadi saya tidak faham kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui memfailkan permohonan mahkamah mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.”

Sejurus selepas itu, katanya, ADUN Ketari, Young Syefura Othman memaklumkan Dap negeri menyokong usaha bagi menggalakkan penggunaan tulisan Jawi di Pahang tetapi jangan sampai membebankan rakyat khususnya golongan peniaga kecil.

“Persoalannya, adakah menyertakan tulisan Jawi di papan tanda adalah suatu yang membebankan?

“Saya berpandangan, usaha kerajaan negeri Pahang itu tidak memberikan sebarang tekanan pun kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini.”

Terangnya, penggunaan tulisan Jawi, termasuklah pelaksanaan mandatori dalam papan tanda tidak menyekat kebebasan mana-mana kaum atau agama.

“Adakah ADUN Tras, ADUN Ketari dan Dap Pahang menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah supaya kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda premis perniagaan di negeri ini?

“Kepada seluruh rakyat di negeri ini, rujuklah kepada pihak yang mempunyai kepakaran untuk mendapatkan nasihat berhubung tulisan Jawi.

“Janganlah dipengaruhi oleh orang berkepentingan politik, ini akan memburukkan keadaan, malah boleh menjejaskan perpaduan rakyat bukan sahaja di Pahang malah seluruh negara,” tegasnya lagi yang juga ADUN Lanchang. – UMNO Online


Read more...

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/14/remaja-cina-belajar-khat

 
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/14/remaja-cina-belajar-khat




Read more...

Tulisan khat pengisian tambahan seni bahasa

 

Tulisan khat pengisian tambahan seni bahasa

Foto Hiasan.
Foto Hiasan.

KEMENTERIAN Pendidikan hari ini mengedarkan set soalan lazim bagi menjelaskan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

S: Apakah yang berlaku?

J: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun Empat memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.

S: Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?

J: Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

S: Bagaimana pengisian ini dilakukan?

J: Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat enam muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.

S: Adakah murid akan menguasai jawi melalui enam muka surat ini?

J: Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai jawi.

S: Adakah ini berlaku di SJK sahaja?

J: Tidak. Pengenalan ini membabitkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJK.

S: Bilakah keputusan ini dibuat?

J: Perancangan pengenalan tulisan khat ini dilaksanakan melalui semakan semula KSSR sejak 2014.

S: Adakah untuk Tahun Empat sahaja?

J: Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap Dua dengan membabitkan Tahun Empat pada 2020, Tahun Lima pada 2021 dan Tahun Enam pada 2021. Murid Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tiga) tidak terbabit dengan pengenalan tulisan khat.

S: Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?

J: Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

S: Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?

J: Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan jawi juga diajar di SJK melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak 2015. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun Lima cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

S: Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada 'coding' dan cabang ilmu lain?

J: Tulisan khat adalah pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. KPM memperkenalkan ‘coding’ atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia membabitkan murid Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam). Manakala untuk sekolah menengah membabitkan Tingkatan Satu hingga Tiga. Aspek ‘coding’ ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.


Read more...

Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama - TPM

 

Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama - TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Video Kreatif ‘Hentikan!Stop It!’ dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Video Kreatif ‘Hentikan!Stop It!’ dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan.

“Memang saya ambil maklum dan akan bincang secara mendalam dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) walaupun beliau sudah keluarkan kenyataan.

“Kita ambil maklum keresahan masyarakat Tionghua dalam isu ini tetapi ini (khat dan tulisan Jawi) adalah seni, bukan agama,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertandingan Video Kreatif ‘Hentikan!Stop It!’ dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah menghalang kaum lain mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan negara ini istimewa.

Sebelum ini, beberapa pemimpin akar umbi DAP termasuk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi sebagai sebahagian subjek bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah jenis kebangsaan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, mengumumkan penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun depan.


Read more...

Dr M terkejut bantahan isu khat Jawi

 

Dr M terkejut bantahan isu khat Jawi

Dr Mahathir menjawab pertanyaan media Malaysia pada sidang media sempena lawatan kerja dua hari bermula semalam di Fukuoka hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan). - foto BERNAMA
Dr Mahathir menjawab pertanyaan media Malaysia pada sidang media sempena lawatan kerja dua hari bermula semalam di Fukuoka hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan). - foto BERNAMA

FUKUOKA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terkejut berlaku bantahan terhadap pengenalan tulisan khat Jawi sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4, tahun depan.

Perdana Menteri berkata, keputusan memperkenalkan tulisan khat itu dibuat pada tahun 2012 dan topik itu terkandung dalam buku teks.

“Tulisan khat akan diajar sebagai subjek seni kaligrafi. Ia diputuskan oleh kerajaan pada tahun 2012. Saya tidak tahu mengapa ia menjadi isu sekarang.

“Tiada siapa yang ‘bising’ sebelum ini. Ia tiada perbezaan seperti diputuskan sebelum ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mengesyaki pihak tertentu termasuk pemimpin politik dan ‘surat khabar’ cuba menggunakan isu berkenaan untuk memburukkan DAP.

“Mereka mahu menguji DAP. Jika DAP bersetuju dengan pelaksanaannya, mereka akan kata DAP dikawal. Jika berlaku sebaliknya mereka akan kata pula DAP mengawal kerajaan,” katanya.



Read more...