17.10.14

Nama Pengantin Bentuk Love

Khat Nama Pengantin

NURUL HUSNA DAN MUHAMMAD HAFIZAN

Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


posted from Bloggeroid

Read more...

28.9.14

Khat Thuluth : " Fawailul lilmusholliin "

Ayat ini daripada surah al-Ma' uun yang ertinya " Maka celakalah untuk orang yang lalai dalam solat mereka, yang membuat kebaikan untuk dilihat orang dan yang enggan membayarkan zakat"....


posted from Bloggeroid


Read more...

20.9.14

Ulasan Karya : Thuluth " Fainna ma' al'usri yusra" karya Mehmed Ozcay

Assalamualaikum semua...pagi ni kita melihat karya hasil tulisan Mehmed Ozcay dari Turki. Beliau adalah antara khattat tersohor pada zaman ini sebaris dengan Adnan Syeikh Osman, mehmed Kurlu, Mumtaz Durdu, Hasan Celebi dan lain- lain. Kelebihan mereka ialah kehalusan penulisan huruf-huruf khat itu walaupun mereka bukan orang Arab. Lagipun tulisan khat di sana dah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Lihat susunan huruf bermula dengan ' nun' pada fainna ditulis bukan nun biasa, diikuti dengan perkataan ' ma'a' huruf 'ain terbuka, 'al'usri yusra' disusun bertindih sebegitu indah ya....dan diulang pulak tu lagi sekali dengan corak yang sama...

Apa lagi nak betah...memang " legend"....


posted from Bloggeroid

Read more...

17.9.14

Frame : Khat Set Hadiah Pengantin

Frame + Sampul + Reben + Kad ucapan + Delivery = RM 50 / A4
Sila hubungi call/ whatsapp 013-7027770 untuk pertanyaan.


posted from Bloggeroid

Read more...

14.9.14

Tile Sandblasting : Masjid Temu Jodoh Segamat

Asmaaul Husna dan Laqad Jaakum ( dalam ruang solat) dan di luar masjid. 2012 dapat design tulisan....




posted from Bloggeroid


Read more...

12.9.14

Ulasan Karya : Nama Ahmad ( karya Adnan Syeikh Osman)

Jenis khat : Thuluth ' Ahmad' ' 'Iraqiah'

Ahmad : maksudnya yang terpuji...telah dibuat satu kajian bahawa nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia ialah Ahmad dan Muhammad selepas itu barulah John dan lainnya.

Dalam karya ini Master Adnan menggayakan huruf 'ha' tipis, dengan memusingkannya ke atas menjadi bujur barulah ditarik ke bawah bersambung dengan 'mim'...memang ' legend' bentuk ni....


posted from Bloggeroid


Read more...

11.9.14

Ulasan Karya : Nama Abdur Rahman ( karya Master Adnan Syeikh Osman)

Jenis khat : Diwani - ar-Rohman
: Farisi - Abdu dan Qadri

Post kali ini membincangkan kreativiti seorang tokoh khat yang tidak asing lagi iaitu Adnan Syeikh Osman ( beliau akan bersama kita di Terengganu November ini) dalam menulis nama ' Abdul Rahman Qadri'....perhatikan " susunan yang begitu indah"...ya...perkataan paling sesuai...asalnya nak letak perkataan " susunan yang begitu dahsyat " tapi tak kena pulak...
Yang menjadikan karya ni bertaraf ' legend', ' rare' dan ' cult' ialah huruf nun dalam khat diwani yang dipusingkan ke atas menjadi bentuk bujur macam kacang soya...pehhh memang meleleh air liur tengok pergerakan dakwatnya....smooth betul lah....dakwat apa agaknya yang Master ni guna ya...takde kesan dakwat terkucil langsung...
Ok lepas ni kita bincang karya yang lain pulak ya...


posted from Bloggeroid


Read more...

9.9.14

Poster : Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir beserta maknanya ( Khat Nasakh)

Poster 2011...dalam khat nasakh...susunan huruf dalam khat nasakh memang susah...kalau salah susun sikit pun nanti hasilnya kurang kemas...



posted from Bloggeroid


Read more...