2.7.12

Pertandingan Buku Skrap Jawi Utusan Malaysia Julai 2012

# Pemenang bagi pertandingan ini telah mendapat hadiah dan dihubungi oleh Utusan Malaysia sendiri. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa ye...cuba lagi tahun depan...

Berita berkaitan :
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.
Berikutan kejayaan itu, SK Sena menerima hadiah RM1,000 dalam satu majlis yang diadakan sempena dengan hari anugerah cemerlang sekolah berkenaan di Dewan Kapitol di sini semalam.
SK Sena merupakan di antara 3,100 penyertaan yang diterima dari sekolah rendah bagi pertandingan anjuran Utusan Melayu Mingguan yang ditaja oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu sejak ia diadakan Mei lalu.
Hadiah tersebut diserahkan oleh Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Perlis, Ismail Hashim kepada Guru Besar SK Sena, Roslan Yatim dengan disaksikan oleh Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusoff.
Menurut Roslan, SK Sena sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja program yang dapat mendidik atau membina kecemerlangan murid termasuk Pertandingan Buku Skrap Jawi.
Kata beliau, pertandingan tersebut dapat mendedahkan kepada murid mengenai penulisan jawi yang suatu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di negara ini terutama orang Melayu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121112/pe_aa/SK-Sena-catat-paling-tinggi#ixzz2D7GBW7sC
© Utusan Melayu (M) Bhd

SK Sena catat paling tinggi


Ismail Hashim (kanan) menyampaikan replika cek atas penyertaan tertinggi Pertandingan Buku Skrap Jawi kepada Roslan Yatim sambil disaksikan Mohd. Kamil Yusoff pada hari anugerah cemerlang di SK Sena, Kangar, Perlis, kelmarin.
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121112/pe_aa/SK-Sena-catat-paling-tinggi#ixzz2D7G1Om95
© Utusan Melayu (M) Bhd
1. SK Sena dapat penyertaan tertinggi klik sini http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121112/pe_aa/SK-Sena-catat-paling-tinggi


Julai 2012- Utusan Malaysia sedang mengadakan Pertandingan Buku Skrap Jawi khas untuk pelajar sekolah rendah.  Tarikh tutup pada 31 Julai 2012. hadiahnya memang lumayan ye..RM 2000 untuk johan. So, apa lagi adik-adik dan cikgu-cikgu..Layari link berikut untuk maklumat lanjut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/skrap_jawi/index.html


Bagaimana nak buat buku skrap ni?Senang je :

1. Kumpulkan semua bahan bacaan yang bertulis jawi ( kecuali al-Quran dan Muqaddam) .
2. Pilih tajuk atau perkataan yang menarik contohnya 'sekolah saya ada batu belah batu bertangkup', 'malaysia maju menuju 2020'.
3. Tulis satu cerita dalam kertas A4 dalam tulisan rumi dan cari perkataannya dalam bahan bacaan jawi tadi. Gunting atau potong dan tampal satu persatu dalam kertas A4 yang baru mngikut kreativiti anda.
4. Buat tajuk lain dan ulang langkah 2 dan 3 di atas. Buat 10 mukasurat A4.
5. Jangan lupa buat satu mukasurat yang ditulis jawi dengan tangan anda
 sendiri dan tampalkan gambar anda yang comel tu di bahagian atas.
6. Ok, isi bor4ng dan hantar sebelum 31 Julai 2012. Harap2 dapatla hadiah, boleh buat duit raya hehe..selamat mencuba!

Cara-cara nak ambik borang di atas :
1. Klik kanan mouse anda pada gambar di atas.
2. Pilih menu 'save image as' dan pilih untuk simpan di 'desktop'.
3. Buka gambar tadi dan print dalam kertas A4.

Ataupun kalau anda dah ada pc yang bersambung dengan printer, klik kanan mouse anda pada gambar di atas dan pilih 'print'. Ok ada masa lagi ni...cepat2 hantar ye!

26 ulasan:

  1. sy mahu menang lh dpt duit raya ..
    hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy akn pstikn sy menang dlm prtandingan ini ..

      Padam
  2. bagaimana untuk mendapatkan borang?

    BalasPadam
  3. bagaimana untuk mendapatkan borang?

    BalasPadam
  4. caraa dapatkan borang ada di atas..

    BalasPadam
  5. Bolehkah jikalau print borang dengan tidak berwarna???

    BalasPadam
  6. Adakah diterima jika pos dengan poslaju

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..
    Saya harap maaf dengan tutur kata saya ini.Saya ingin membuat satu permintaan.Saya harap pihak tuan/puan dapat menangguhkan lagi tarikh tamat penyertaan kerana saya baru ingin membuat buku skrap di atas namun saya tidak faham.Bolehkah tuan/puan menjelaskan lagi caranya.Saya ingin bermula membuat esok (30/07/2012).Saya bimbang jikalau saya tidak sempat untuk menyiapkannya atau menghantarnya.Harap maaf dengan segala permintaan saya dan bolehkah saya ingin tahu berapa orang peserta yang menyertai pertandingan ini.
    Sekian,harap maaf dipinta jika ada tersalah menutur kata atau menyakitkan hati sesiapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Zahidah Idah,
      Boleh gunakan borang yang hitam putih.
      Poskan sebaiknya dengan pos laju atau pos ekspress.
      Sebenarnya pertandingan ini dianjurkan oleh Utusan Malaysia jadi kami tiada kuasa untuk menangguhkannya.
      Adik buat saja mana yang adik mampu yang penting perkataan jawi ditampal atas kertas kosong dengan kreatif.
      ok.Mulakan sekarang jugak...

      Padam
  8. Jikalau bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan `tradisi malaysia` bagaimana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole saya tahu bila tarikh keputusan pemenang di keluarkn

      Padam
  9. salam, boleh saya tahu bila tarikh keputusan pemenang di keluarkan?

    BalasPadam
  10. salam, maaf, bila nak umumkan keptusan buku skrap jawi

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...jika sya memasuki pertandingan...adakah saya ble mendapatkan sijil pernyataan?

    BalasPadam
  12. setakat ni tiada maklumat dari utusan malaysia...kalau nak telefon sendiri bolehlah telefon pegawai yang bertugas, shima 03-8221 0202..

    BalasPadam
  13. siapa menang ?????

    BalasPadam
  14. assalamualaikum..sy dh dpt keputusan buku skrp jawi tu..murid sy dpt tempat ke2..org utusan call n dah dpt cek pun.alhamdulillah ok la rezeki dia.puas juga nk siapkan dkt sebulan gak la..-sk pulau betong,penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kpd tanpa nama sk pulau betong penang. tahniah kerana mendapat tmpt kedua dlm pertandingan buku skrap jawi 2012. sudikah berkongsi ilmu dgn sy? adakah sekolah anda menghantar penyertaan awal? adakah buku skrap anda dibuat sendiri? blh sy tau buku skrap apa yang anda buat? apakah cnth ayat yang anda buat? terima kasih byk. hrp sudi berkongsi ilmu dgn semua! tahniah! salam ukhuwah!

      Padam
    2. adakah anda menggunakan tulisan khat? adakah anda menyertainya setiap tahun? adakah anda banyak menggunakan bahan terbuang? berapa gambar yang anda letak dalam satu muka surat? tq

      Padam
  15. tahniah kepada semua pemenang yang telah pun mendapat hadiah masing-masing...teruskan menyokong acara seperti ini di masa akan datang...'bila dah pandai khat, mudahnya membaca jawi'

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya tau pemenang dari sekolah mana? bagaimanakah bentuk buku skrap yang dihasilkan oleh pemenang? boleh letak gambar buku skrap yang menang? tq

      Padam
    2. pada kulit depan dan isi kandungan buku skrap saya menampal tulisan yang ditaip jawi komputer. adakah salah dari segi peraturan? tetapi pada ulasan gambar saya menggunakan tulisan jawi yang ditulis dengan tangan sahaja. boleh bagi penjelasan? tq

      Padam
  16. assalamualaikum....sy guru dari sk padang mengkuang terengganu nk tanye...skit. penyertaan dari sek sy seramai 110 orang tp sijil 57 sajer...yang utusan hantar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kpd tanpa nama sk pulau betong penang. tahniah kerana mendapat tmpt kedua dlm pertandingan buku skrap jawi 2012. sudikah berkongsi ilmu dgn sy? adakah sekolah anda menghantar penyertaan awal? adakah buku skrap anda dibuat sendiri? blh sy tau buku skrap apa yang anda buat? apakah cnth ayat yang anda buat? terima kasih byk. hrp sudi berkongsi ilmu dgn semua! tahniah! salam ukhuwah!

      Padam
  17. kpd tanpa nama sk pulau betong penang. tahniah kerana mendapat tmpt kedua dlm pertandingan buku skrap jawi 2012. sudikah berkongsi ilmu dgn sy? adakah sekolah anda menghantar penyertaan awal? adakah buku skrap anda dibuat sendiri? blh sy tau buku skrap apa yang anda buat? apakah cnth ayat yang anda buat? terima kasih byk. hrp sudi berkongsi ilmu dgn semua! tahniah! salam ukhuwah!

    BalasPadam