Kami@TV Alhijrah

LOGO SUMBANGAN KAMI DI TV ALHIJRAH






EVENT KAMI BERSAMA TV ALHIJRAH 

1. Karnival Karangkraf di Kompleks Karangkraf Shah Alam Januari 2012
2. Karnival Cinta Masjid, Masjid Saidina Hamzah Kg Batu Muda Sentul Februari2012
3. Karnival Cinta Masjid, Masjid Ampang , April 2012
4. Karnival Cinta Masjid, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Jun 2012
5. Karnival Pondok dan Perasmian oleh Perdana Menteri Ogos 2012
6. Karnival Demi Palestin, Kompleks Penyiaran Alhijrah Disember 2012
7. Karnival Karangkraf, Kompleks Karangkraf Februari 2013
8. Karnival Hijrah, Dataran Arena Merdeka Dungun Terengganu September 2013

Kisah ini bermula pada pagi suatu hari di bulan Oktober 2011 apabila kami mendapat panggilan dari seorang pegawai TV Alhijrah bernama Muhammad Yusuff Hassan (sekarang bertugas sebagai Penerbit di TV ALHIJRAH) yang meminta kami untuk membuat logo Hijrah Bersama sempena ulangtahun pertama stesen tv tersebut. Dengan penuh rasa teruja kami menerima pesanan tersebut dan mendapat email yang menyatakan bentuk yang mereka kehendaki. Dengan segera kami melakarkan 8 bentuk dalam tulisan khat jenis Diwani. Petang itu juga kami hantarkan email kepada beliau.
dan keesokan paginya, siaplah logo ulangtahun pertama TV Alhijrah. Logo ini digunakan dalam semua penerbitan TV Alhijrah termasuk di televisyen.



Event Pertama kami bersama TV Alhijrah ialah Karnival Karangkraf di Kompleks Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam pada 27, 28, dan 29 januari 2012. Karnival selama 3 hari berlangsung dengan jayanya alhamdulillah.





Event Kedua kami ialah Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah Kg Batu Muda Sentul pada 4 dan 5 Februari 2012. Kali ini kami diberi peluang untuk mengadakan demonstrasi khat secara langsung disiarkan dalam rancangan Assalamualaikum. Kami juga telah ditemuramah oleh Irma Hasmie selaku pengacara. 










Seterusnya kami telah melakarkan logo untuk rancangan Assalamualaikum, rancangan bual bicara pada setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad di TV Alhijrah.


Karnival Cinta Masjid yang seterusnya di Masjid Pandan Indah Ampang pada 16 April 2012. Kami telah menyumbangkan cenderahati untuk majlis ini. Kami juga mendapat slot demo dan siaran langsung selama 3 minit bersama pengacara Tun Nurul Huda.










Langkah kami semakin panjang dengan acara Majlis Pelancaran Pondok 1 Malaysia di Masjid Bukit Indah Ampang pada 8 November 2012.

Pada 23 Disember 2012, kami bersama menjayakan program Demi Palestin di Kompleks TV Alhijrah di Jalan Perdana Kuala Lumpur berhadapan Masjid Negara. 







Dengan niat untuk mengembangkan lagi seni khat di Malaysia ini, kami akan terus bersama TV Alhijrah insya Allah. Terima kasih buat semua staf TV Alhijrah. Syukran Jazeelan Katheeran! Salute!