Memaparkan catatan dengan label pertandingan khat 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertandingan khat 2012. Papar semua catatan

2.1.13

Sumbangan Seni Khat Solution kepada SMK Tun Hussein Onn Kluang


Sempena majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tulisan Khat  SMK THO Kluang Johor. Cenderahati bernilai RM600.00 disampaikan kepada Pengetua, Tuan Haji Fauzan Sukimi disaksikan oleh Ketua NSTP Batu Pahat, En Mahat Atip, dan Pegawai  Adabi Johor Bahru.










Read more...

28.11.12

Update : Pertandingan Khat November 2012 Peringkat Negeri Kelantan

Pelbagai cerita berkaitan :

Antara karya dalam pertandingan :







Berita baik untuk anda semua : Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) akan mengadakan Pertandingan Khat sempena Mahrajan Kesenian Islam 2012. Hadiahnya lumayan, untuk kategori terbuka RM 2000.00. Banyak tu...wau...

Berita tak berapa baik : ia terbuka untuk rakyat Kelantan sahaja..tertutup untuk negeri lain...alamak...



Read more...

24.11.12

Update : Pertandingan Seni Khat Jawi Nusantara 2012





Berita berkaitan :
1. Nur Yasrin Maisarah naib juara Seni Jawi Nusantara
klik sini  
http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121103/wp_02/Nur-Yasrin-Maisarah-naib-juara-Seni-Jawi-Nusantara 

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat menang Seni Jawi Nusantara
klik sini 
http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121103/wj_02/Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Agama-Segamat-menang--Seni-Jawi-Nusantara

3. Ahmad Faris tempat ketiga Seni Jawi Nusantara Utusan Melayu
klik sini 
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121102/wt_04/Ahmad-Faris-tempat-ketiga--Seni-Jawi-Nusantara-Utusan-Melayu 

TANAH MERAH 4 Nov. - Usaha lebih 250 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mahmud Paduka Raja 2 di sini menyertai Pertandingan Seni Jawi Nusantara baru-baru ini membuahkan hasil apabila sekolah itu dipilih sebagai antara pemenang penyertaan tertinggi peringkat kebangsaan.
Dalam pertandingan anjuran Utusan Melayu (M) Berhad melalui sisipan Utusan Melayu Mingguan (Jawi) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu, pihak sekolah telah menghantar sebanyak 3,260 penyertaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121105/pe_06/SMK-Dato%27-Mahmud-Paduka-Raja-2-menang#ixzz2D7JkbvF1
© Utusan Melayu (M) Bhd






KUALA LUMPUR 11 Julai - Pertandingan Seni Jawi Nusantara anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Utusan Melayu Mingguan yang berlangsung pada Februari hingga April lalu sampai ke penghujungnya apabila pemilihan pemenang dilakukan hari ini.
Sebanyak 35,116 penyertaan diterima daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh negara yang mensyaratkan mereka menulis semula empat ayat dalam tulisan jawi mengikut kreativiti masing-masing.
Pemilihan dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum.

Read more...

16.10.12

Karnival Semarak Jawi Kebangsaan Oktober 2012 Perpustakaan Negara

Perpustakaan Negara Malaysia

KARNIVAL SEMARAK JAWI KEBANGSAAN 2012

PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)


AKTIVITI DI GERAI
18 - 20 OKTOBER 2012
10.00 Pagi- 9.00 Malam
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Gerai Jualan Bahan Terbitan Jawi dan Umum
  • Gerai Perisian Jawi
  • Gerai Seni Khat & Kraftangan
  • Gerai Cenderahati
  • Gerai Pakaian, Makanan dan Minuman
PAMERAN
18 - 20 OKTOBER 2012
10.00-Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pameran Manuskrip dan Seni Khat oleh Perpustakaan Negara Malaysia & Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Terengganu

HARI PERTAMA
18 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Mari Eja Jawi bersama Ustaz Zambri
  • Persembahan Nasyid Dua’
  • Pintar Jawi bersama Utusan Publications
  • Pantas Jawi bersama Utusan Melayu (UMMB)
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Bengkel Khat bersama Persatuan Seni Khat Terengganu
  • Bengkel Doktor Jawi bersama Ustaz Abdul Manan
HARI KEDUA
19 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Membaca Naskhah Jawi Lama
  • Persembahan Dikir Barat bersama Remaja Kok Keli
  • Bicara Buku bersama Fatima Syarha
  • Susun Atur Gambar bersama Queffa Enterprise
Tempat : Galeri A, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Mewarna Jawi (kanak-kanak)
  • Pertandingan Tulisan Jawi Cantik
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Wacana Manuskrip Melayu oleh En. Wan Dasuki bin Wan Abdullah (UM) dan En. Khamis bin Mohammad, (UKM)
  • Bengkel Klinik Jawi bersama Ustaz Azman Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
HARI KETIGA
20 OKTOBER 2012
10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Bersama Raja Lawak
  • Cinta Jawi bersama Ustaz Syed Tuan Mohd Norhisyam bin Tuan Padang
  • Persembahan Voice of Ummi
  • Ceramah Motivasi bersama Imam Muda Najdi
  • Promosi Sahibba Jawi bersama Syarikat Permainan Malaysia (SPM)
Tempat : Galeri B (Bilik Seminar) , Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  • Pertandingan Sahibba Jawi bersama Syarikat Permainan Malaysia (SPM)
  • Pertandingan Khat Jawi
  • Pertandingan Susun Atur Huruf Jawi

Read more...

18.9.12

Keputusan Pertandingan Seni Khat 2012 Taman Tamadun Islam Terengganu

Terkini : GAMBAR PEMENANG PERTANDINGAN KHAT TTI 2012



KATEGORI LOGAM

1. Syed Ubaidillah Syed Mohd (juga Juara Keseluruhan)
1. Abdul Wahab Mohd
3. Syed Mohd Syafi Tuan Sidi

KATEGORI KAYU

1. Mohd Yazid Misdi
2. Ahmad Rajaei Awang
3. Ahmad Ali Mahfuz Osman

KATEGORI KANVAS

1. Nik Abdul Rahman Nik Abdul Kadir
2. Mohd Fadil Sulaiman
3. Zamri Amid

KATEGORI SPONTAN (TERBUKA)

1. Nik Abdul Rahman Nik Abdul Kadir
2. Mohd Zulfikri Mohd Sobri
3. Mohd Hafizuddin Mohd Rasid

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1. Mohd Nazmi Mohd Rasid
2. Mohd Yazid Samsudin
3. Mohd Afifuddin Sobri

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1. Nik Muhsinah Nik Abdul Rahman
2. Zul Nurain Muhzalilahfah
3. Nik Maghfirah nik Abdul Rahman



  

TERENGGANU INTERNATIONAL  ISLAMIC ART FESTIVAL SEPTEMBER 2012

14-17 SEPTEMBER 2012

Assalamualaikum semua pembaca blog ini yang pastinya adalah peminat seni khat dan kaligrafi. nampaknya Taman Tamadun Islam terengganu telah menjadikan Festival Kesenian Islam sebagai acara tahunan mereka. Tahun ini acaranya tidak kurang hebat dengan seminat seni khat dari penulis yang hebat dan masyhur antaranya Adnan Sheikh Othman (Syria), Shreen Abdul Halim (Mesir) dan seorang 'khattatah'-penulis khat wanita iaitu Nuna Garcia Macep (Sepanyol). Ada 3 hari festival yang akan diserikan lagi dengan Pertandingan Seni Khat yang menawarkan hadiah yang begitu lumayan..jom tengok apa yang ada..

Berikut adalah info yang diambil dari website www.tti.com.my

Kalau anda nak borang pertandingan, download di sini..



Persatuan Seni Khat Johor akan menghantar sebuah bas untuk rombongan ke sana selama 3 hari. Setakat ini masih ada kosong lagi. Nanti says akan update lagi kalau ada berita kalau ada sapa2 yang nak join ye..






JADUAL SEPANJANG FESTIVAL








Yang ini pula maklumat berkenaan Inspirasi Seni Khat 2011
















Read more...

2.7.12

Pertandingan Buku Skrap Jawi Utusan Malaysia Julai 2012

# Pemenang bagi pertandingan ini telah mendapat hadiah dan dihubungi oleh Utusan Malaysia sendiri. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa ye...cuba lagi tahun depan...

Berita berkaitan :
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.
Berikutan kejayaan itu, SK Sena menerima hadiah RM1,000 dalam satu majlis yang diadakan sempena dengan hari anugerah cemerlang sekolah berkenaan di Dewan Kapitol di sini semalam.
SK Sena merupakan di antara 3,100 penyertaan yang diterima dari sekolah rendah bagi pertandingan anjuran Utusan Melayu Mingguan yang ditaja oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu sejak ia diadakan Mei lalu.

Read more...

7.4.12

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SENI KHAT HJ WAN SALLEH FATHI




JOM KITA TENGOK PEMENANGNYA..

KATEGORI DEWASA

Johan : Abdul Baki B Abu Bakar
N. Johan : Fadhil B. Sulaiman
Ketiga : Muhd Zul Fikri B Muhd Sobri

Saguhati 1 : Nor Shahrizal B. Shapiaz
Saguhati 2 : Zamri B Amid
Saguhati 3 : Mohd Hafizuddin B. Mohd Rasid

pergh..memang otai semua yang kat atas ni..

KATEGORI REMAJA

Johan : Mohd Yazid B. Shamsudin
N.Johan : Mohd Nazmi B. Mohd Rasid
Ketiga : Mohd Afifuddin B. Sabri

Saguhati 1 : Muhd Bunyamin B. Mat Isa
Saguhati 2 : M. Hafiz B. Rosli
Saguhati 3 : Muslim Baihaque B. M. Suhaimie

barisan pelapis untuk masa akan datang...





Read more...

9.3.12

Borang Pertandingan Seni Khat 2012 - Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi (Tokoh Khat Maahad Muhammadi)


Akhirnya borang pertandingan yang kita tunggu dah keluar!


Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi pada 31hb Mac 2012 hari Sabtu bertempat di Dewan C Maahad Muhammadi Perempuan jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Ia dinamakan Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi bagi memperingati Tokoh Khat Maahad Muhammadi.
Suatu Seminar Khat juga akan diadakan di Dewan Fatimah Maahad Muhammadi Perempuan pada 1 April 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Syarat-Syarat Pertandingan 
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Penyertaan terhad kepada 100 orang terawal bagi setiap kategori
  • Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri, kertas disediakan penganjur.
  • Setiap karya yang dihasilkan hendaklah mengandungi semua jenis khat dan ayat yang telah ditetapkan oleh kategori masing-masing
  • Bahan rujukan dan lakaran tidak dibenarkan masuk ke dewan.
  • Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak
  • Semua karya pemenang menjadi milik penganjur
  • Penghakiman berdasarkan kaedah khat yang muktabar, susunan huruf, kreativiti, kebersihan dan keseimbangan huruf
  • Penyertaan pertandingan atau seminar khat adalah percuma dan perbelanjaan penyertaan ditanggung sendiri oleh peserta.
  • Peserta hendaklah membuat latihan awal dengan ayat yang telah ditetapkan sebelum menghadiri pertandingan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Kategori pertandingan 
Remaja (18 tahun ke bawah)
  1. Bahan : kertas
  2. Saiz kertas: A2 (23.4 inci x 33 inci)
  3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth dan Riq'ah
  4. Dakwat: Hitam sahaja
  5. Masa: 3 jam
  6. Ayat : 1-5 Surah Al-Alaq
Dewasa ( 18 tahun ke atas)
  1. Bahan: kertas
  2. Saiz kertas: A2 (23.4 x 33 inci)
  3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth, Diwani dan Farisi
  4. Dakwat: Hitam sahaja
  5. Masa: 3 jam
  6. Ayat: 27-28 Surah Al-Fathir

Hadiah Menarik menanti para peserta:
Kategori Remaja:
Johan: RM1,500.00 serta Sijil Penyertaan
Naib Johan: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM500.00 serta Sijil Penyertaan
3 Saguhati: RM200.00 serta Sijil Penyertaan
Kategori  Dewasa:
Johan : RM3,000.00 serta Sijil Penyertaan
Naib Johan : RM2,000.00 serta Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan
3 Saguhati : RM400.00 serta Sijil Penyertaan 
Borang penyertaan boleh didapati dan diserahkan sebelum atau pada 29 Mac 2012 ke alamat berikut:
Urusetia Pertandingan Seni Khat d/a Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (u/p: Puan Siti Masaliny Ismail)
Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Galeri Khat 09-7430953Ustaz Nik Abdul Rahman bin Dato’ Nik Abdul Kadir (013-9287197) atau anda boleh Faks kepada Galeri Khat 09-7430953.


Read more...

28.2.12

Pertandingan Seni Khat Terbuka Kebangsaan 2012 Maahad Muhammadi

Sempena dengan sambutan ulang tahun ke 75 Maahad Muhammadi Kelantan akan mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka yang dirancangkan pada 4 April 2012 pukul 3 petang. Maklumat yang saya dapat masih terhad, so belum ada info macamana nak masuk dan apa syaratnya. Untuk lebih info bolehlah ke website www.alumnimaahadmuhammadi.com atau hubungi Ustaz Nik Abdul Rahman.

Dapatkan borang dan syarat penyertaan di sini http://seni-khat.blogspot.com/2012/03/pertandingan-seni-khat-2012.html 



--
Abdul Rahman bin Sahalan
Founder and Calligrapher
Seni Khat Solution
Batu Pahat Johor
013-7107022
www.khatsolution.com.my
http://seni-khat.blogspot.com
Read more...

26.1.12

Temui kami di Karnival Karangkraf pada 27-29 Januari ini dalam booth TV Alhijrah



Seni Khat Solution telah mendapat undangan untuk menjayakan slot Pertandingan Seni Khat dan demo khat di booth Tv Alhijrah sempena Karnival Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada hujung minggu ini bermula esok sehingga hari Ahad.

Pelbagai program akan diadakan di booth Alhijrah seperti pertandingan khat, pertandingan mewarna, pertandingan azan, temubual, rancangan Assalamualaikum, sesi Ustaz Don dan banyak lagi. Temui kami di sana..sana..saaanaaaa.....
Read more...

25.1.12

Pertandingan Seni Khat 2012 Peringkat Negeri Sarawak

Persatuan Melayu Miri Sarawak akan mengadakan pertandingan seni khat peringkat negeri Sarawak pada 28 Januari ini. Ada 3 kategori iaitu dewasa, 15-19 tahun dan 10-14 tahun.
Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari lepas tapi try tanya dulu pada urusetia mana tau boleh masuk lagi. Anda boleh buka blog ni untuk maklumat lanjut
http://persatuanmelayumiri-pmm.blogspot.com/2012/01/pertandingan-menulis-seni-khat-jawi.html
Read more...