31.5.11

Bengkel Khat Guru-guru Zon Yong Peng


Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas 26/5/2011 bengkel khat telah berjalan dengan jayanya di
SK Seri Telok, Parit Yaani, Yong Peng, Batu Pahat. Seramai 40 orang guru Pendidikan Islam dan
j-Qaf bagi Zon Yong Peng telah bersama-sama mempelajari teknik khat terkini daripada AR Khat
Design.
Menurut Setiausaha Guru-guru Pendidikan Islam Zon Yong Peng, Ustazah Nor Laila Salehan,
bengkel yang julung kali diadakan ini amat penting bagi menambah kemahiran guru-guru dalam
pengajaran khat di kelas. Insya-Allah selepas ini akan diadakan pula bengkel bagi pelajar SK
Seri Telok terutamanya pelajar yang terlibat dengan j-Qaf.