4.9.11

PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU 2011


1.                Layari http://senikhatjohor.webnode.com untuk download borang penyertaan
      
  TARIKH, TEMPAT DAN MASA

1.1.            Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:

Tarikh:             18 September 2011 (Ahad)
Tempat:           Plaza Angsana Johor Bahru.
Masa:               10.00 pagi – 1.00 petang

            ANJURAN
2.1.            Majlis Kebudayaan Daerah Johor bahru;
2.2.            Pejabat Daerah Johor bahru; dengan kerjasama
2.3.            Persatuan Seni Khat dan Taulisan Jawi Masjid Jamek Bandar Baru UDA;
2.4.            Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

  JENIS PERTANDINGAN
3.1.            Pertandingan dalam bentuk Spontan:
3.1.1.      Kategori Pelajar berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).
3.1.2.      Kategori Bebas berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thulus).

  SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1.            Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga Negara Malaysia yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi.
4.2.            Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:
§                  Dakwat hutam (Indian Ink)
§                  Pen khat / Calligraphy Pen 3.0.
§                  Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid.
§                  Lain-lain alat keperluan sendiri.
§                  Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.
4.3.            Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thulus bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.
4.4.            Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 9.30 pagi setengah jam sebelum pertandingan dimulakan.
4.5.            Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.
4.6.            Peserta akan diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.
4.7.            Kera-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur.
4.8.            Ahli Jawatankuasa Pengelola tiidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
4.9.            Yuran pendaftaran bagi kategori terbuka (16 tahun ke atas) sebanyak RM10.00. Manakala di bawah 15 tahun tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan. Bayaran dibuat semasa pendaftaran.

5.                  PENGADILAN
5.1.            Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.
5.2.            Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan.
5.3.            Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunsn huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indaj dan menarik.
5.4.   Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai bingkai tulisan adalah dialu-alukan bagi memperindahkan lagi karya yang dihasilkan.

6.                  HADIAH PERTANDINGAN
6.1.            Hadian berupa wang tunai akan diberikan kepada pemenang-pemenang pertama, kedua, ketiga dab 3 hadiah saguhati seperti berikut:
6.1.1.      Kategori umur 15 tahun ke bawah:
§                  Pertama:          RM 300.00
§                  Kedua:                        RM 200.00
§                  Ketiga:                        RM 100.00
§                  3 hadiah saguhati setiap satu RM50.00
6.1.2.      Kategori umur 16 tahun ke atas (Bebas):
§                  Pertama:          RM 500.00
§                  Kedua:                        RM 400.00
§                  Ketiga:                        RM 300.00
§                  3 hadiah saguhati setiap satu RM100.00
6.2.            Sijil penyertaan dan cenderahati akan diberikan kepada peserta yang mengambil bahagian.

7.                  BORNG PENYERTAAN
7.1.            Borang penyertaan boleh didapati daripada:
Urusetia Pertandingan Seni Khat
Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru
Pejabat Daerah Johor Bahru.
(Haji Yunos Haji Md. Ari H/P: 016-7705608).
Atau:
Pejabat Pentadbiran Masjid Bandar Baru UDA
(Tuan Haji Mohd. Sunawan Haji Mohd. Som
H/P: 019-7731264). Fax: 07-2323891
7.2.            Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada:
Urusetia Pertandingan Seni Khat
Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru
Pusat Pengembangan Seni Khat dan Jawi
Masjid Bandar Baru UDA
81200 Johor Bahru.
7.3.            Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklaah:
7.3.1.      Menghubungi Urusetia Pertandingan di telefon: 07-2388166; atau
7.3.2.      Mengirim SMS memaklumkan penyertaan kepada Tuan Haji Mohd. Sunawan Haji Mohd. Som, H/P: 019-7731264) dengan menyertakan nama, alamat dan no. telefon sebelum 30 Ogos 2011.
7.3.3.      Mengirimakan permohonan melalui e-mail ke: sunawanbbu@gmail.com