30.9.15
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 31 Oktober 2015
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015
TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:
Tarikh: 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Yayasan Warisan Johor,Jalan Mariamah, Johor Bahru
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
ANJURAN
Yayasan Warisan Johor
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.
JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dalam bentuk Spontan:
Kategori Pelajar berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).
Kategori Terbuka berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thulus).
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi.
Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:
Dakwat hitam
Pen khat / Calligraphy Pen
Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid.
Lain-lain alat keperluan sendiri.
Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.
Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thuluth bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.
Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 9.30 pagi setengah jam sebelum pertandingan dimulakan.
Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.
Peserta akan diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.
Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur.
Ahli Jawatankuasa Pengelola tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
PENGADILAN
Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.
Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan.
Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indah dan menarik.
Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai bingkai tulisan adalah dialu-alukan bagi memperindahkan lagi karya yang dihasilkan, tetapi markah tidak akan diambil.
BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati daripada:
Urusetia Pertandingan Seni Khat
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor,
( Rahman Sahlan H/P: 013-7027770).
Atau:
Yayasan Warisan Johor
(Siti Raihan H/P: 012-4771058)
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada:
Urusetia Festival Kesenian Islam Negeri Johor
Bhg. Pembangunan Seni Budaya
Yayasan Warisan Johor,
JKR 303,Jalan Mariamah,
80100 Johor Bahru
Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklah:
Menghubungi Urusetia Pertandingan di telefon atau whatsapp : 013-7027770;
TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH PADA 20 OKTOBER 2015
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
FESTIVAL KESENIAN ISLAM JOHOR 2015
___
(KATEGORI)
Kategori Terbuka (16 Tahun ke atas)
Kategori Pelajar (Bawah 15 Tahun)
Tarikh: 31 0KTOBER 2015 (SABTU)
Tempat: Kompleks Yayasan Warisan Johor,Jalan Mariamah, Johor Bahru
Masa: 10.00 PAGI – 1.00 PETANG
MAKLUMAT PESERTA
Nama :
Alamat :
Tarikh Lahir :
Peserta bawah 15 tahun:
Sekolah :