18.11.15
Pertandingan Khat Spontan 28 November 2015 sempena Karnival MAIJ
PERTANDINGAN MENULIS KHAT SPONTAN
KARNIVAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 2015
PENDAHULUAN
Seni khat merupakan identiti masyarakat Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya negeri Johor. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan. Oleh itu pelbagai langkah dan usaha perlu diambil bagi memelihara dan mengembangkan kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Negara.
Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mengadakan Karnival MAINJ 2015. Sehubungan dengan itu, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor (PSKKCJ) mengambil peluang ini untuk mengadakan “ Pertandingan Menulis Khat Spontan”.
Dengan adanya program ini, diharapkan ianya menjadi pemangkin kepada ahli-ahli persatuan agar lebih bersemangat dalam memartabatkan seni khat dan menyemarakkan kesenian ini khususnya di negeri Johor.
TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Pertandingan Seni Khat Spontan akan diadakan pada:
Tarikh: 28 November 2015 (Sabtu)
Tempat: Plaza Angsana Johor Bahru
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengahari
ANJURAN
Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.
JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dalam bentuk Spontan:
1)Kategori - berumur di bawah 15 tahun. (Khat Nasakh).
2)Kategori 2 - Terbuka berumur 16 tahun ke atas. (Khat Thuluth).
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1)Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.
3)Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:
Dakwat (tidak melebihi 3 warna)
Pena khat / Calligraphy Pen
Lain-lain alat keperluan sendiri.
Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.
3)Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Jenis tulisan adalah jenis khat Nasakh bagi kategori di bawah umur 15 tahun; dan khat Thuluth bagi peserta kategori 16 tahun ke atas.
4) Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.
5) Peserta akan diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.
6) Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak penganjur dan kami berhak mencetak atau menerbitkannya semula.
7) Ahli Jawatankuasa pertandingan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
8) Peserta hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya 70% dari saiz kertas.
9) Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini akan dibiayai oleh peserta sendiri.
YURAN PENYERTAAN
Percuma
TENTATIF
9.00 pagi - pendaftaran peserta
10.00 - 1.00 tengahari - pertandingan berjalan
2.00- penyampaian hadiah
HADIAH PERTANDINGAN
1)Hadiah berupa wang tunai akan diberikan kepada pemenang-pemenang pertama, kedua, ketiga dan hadiah saguhati seperti berikut:
Kategori 1 - umur 15 tahun ke bawah:
Pertama: RM 300.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 200.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 100.00 dan hadiah iringan
4 hadiah saguhati setiap satu RM 50.00 dan hadiah iringan
Kategori 2 – terbuka umur 16 tahun ke atas :
Pertama: RM 1,500.00 dan hadiah iringan
Kedua: RM 1,000.00 dan hadiah iringan
Ketiga: RM 500.00 dan hadiah iringan
4 hadiah saguhati setiap satu RM 100.00 dan hadiah iringan
2)Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mengambil bahagian.
BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati daripada:
Urusetia Pertandingan Seni Khat
Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor,
( Rahman Sahlan H/P: 013-7027770).
Peserta yang berminat tetapi tidak sempat mengirimkan borang penyertaan hendaklah:
Menghantar nama, alamat dan tarikh lahir kepada Urusetia Pertandingan melalui SMS atau whatsapp : 013-7027770;
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SPONTAN
KARNIVAL MAINJ 2015
___
(KATEGORI)
Kategori 1 – Terbuka 16 Tahun Ke atas
Kategori 2- bawah 15 Tahun.
MAKLUMAT PESERTA
Nama : ......................................................................................................
Alamat : ......................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................
Tarikh Lahir : ...........................................................................................................
Peserta bawah 15 tahun:
Sekolah : ..................................................................................................
No. Telefon/HP : ......................................................................................................